omniture

Perjalanan Guizhou menjadi "muzium jambatan"

Huanqiu.com
2023-03-10 10:00 75

GUIYANG, China, 10 Mac 2023 /PRNewswire/ -- Laporan berita oleh Huanqiu.com:

"'Anugerah untuk Infrastruktur' jatuh kepada projek Jambatan Pingtang Guizhou," kata pengacara di majlis penyampaian anugerah untuk Outstanding Structure Award 2022 yang diadakan oleh International Association for Bridge and Structural Engineering (IABSE). Ketika ini, Yang Jian, Ketua Jurutera Guizhou Transportation Planning Survey & Design Academy Co., Ltd., tidak dapat menyembunyikan keseronokan beliau dan bersorak di atas pentas.

A view of Pingtang Bridge. (Photo by Chen Peiliang)
A view of Pingtang Bridge. (Photo by Chen Peiliang)

Sebenarnya, ia bukan kali pertama jambatan Guizhou ini memenangi anugerah antarabangsa yang berprestij. Sebaliknya, ia telah memenangi "grand slam" bagi anugerah-anugerah jambatan global termasuk Gustav Lindenthal Medal yang dikenali sebagai "Hadiah Nobel" dalam bidang kejuruteraan. Memandangkan jambatan Guizhou sering memenangi anugerah di peringkat antarabangsa, hakim-hakim IBC berteriak semasa penilaian, "Jambatan Guizhou sekali lagi, bersedia membawa pulang anugerah sebaik sahaja ia muncul."

Anehnya, pemenang anugerah tertinggi yang berterusan ini dahulunya pernah ketinggalan di belakang negara-negara lain dalam pembinaan jambatan. Kesukaran dalam bidang pengangkutan telah lama menjadi kekangan yang menyekat pembangunan Guizhou. Sebagai hab geografi barat daya China, ia tidak dapat menunjukkan sepenuhnya potensinya ekoran landskap yang bergunung ganang dan kemudahan lalu lintas yang tidak mencukupi, mengakibatkan penduduk tempatan bergelut. Beberapa dekad yang lalu, Guizhou mula mempelajari tentang pembinaan jambatan dan berusaha mendapat pengalaman daripada projek-projek jambatan termaju negara-negara asing seperti Jepun dan Jerman. Walau bagaimanapun, lantaran bentuk bumi karnya yang istimewa dan lebih 90% permukaan tanah dilitupi gunung dan bukit, tidak banyak yang dapat dipelajari daripada pendahulu ini.

"Sejak ingatan saya yang paling awal, bapa saya adalah seorang yang sangat jarang pulang ke rumah kami. Ibu saya berkata beliau membantu orang ramai membina jambatan dan jalan raya di tempat-tempat dengan keadaan pengangkutan yang kurang baik. Saya mempunyai minat yang tidak dapat dijelaskan terhadap jambatan ketika saya kecil dan saya tahu lebih banyak tentang pembinaan jambatan daripada mereka yang sebaya dengan saya. Kecintaan terhadap jambatan berakar umbi dalam hati saya dan saya memilih jurusan kejuruteraan jambatan, membina impian saya terhadap jambatan," kata Liu Hao, seorang jurutera Jambatan Huajiang daripada Guizhou Bridge Construction Group.

Kini, Guizhou telah membina hampir 30,000 jambatan termasuk jambatan yang sedang dalam peringkat pembinaan, dengan lebih 2,000 jambatan lebuh raya masih diteruskan. Terdapat jambatan gantung, jambatan tetap-kabel, jambatan gerbang dan jambatan galang di Guizhou, meliputi hampir kesemua jenis jambatan di dunia. Dikenali sebagai "muzium jambatan", Guizhou merupakan pusat kepada lima jambatan super sepuluh terbaik global merentas gunung dan lembah.

Dalam pada itu, konsep perlindungan terhadap alam sekitar telah dirangkumkan dalam reka bentuk dan teknik pembinaan jambatan yang merupakan satu lagi faktor penting untuk Guizhou diiktiraf oleh komuniti antarabangsa. Lihat transformasi Jambatan Huayudong sebagai contoh, pasukan Yang Jian mencadangkan penyelesaian "penanggalan selepas pembinaan" yang bukan sahaja mengelakkan pencemaran alam sekitar dan kemusnahan ekologi yang disebabkan oleh peletupan, tetapi juga dapat merealisasikan kitar semula jambatan lama. Justeru itu, jambatan tersebut menjadi jambatan jalan raya "berbentuk bakul" yang pertama di Guizhou.

Tambahan pula, kini Guizhou telah memperkenalkan teknologi dan reka bentuk jambatannya kepada rakan setara domestik serta asingnya. Sebagai contoh, Guizhou telah menyiapkan projek yang merentasi Sungai Kuning di wilayah Henan dan dijangka membangunkan projek-projek besar di Mongolia dan Georgia.

Seperti yang dinyatakan oleh Yang Jian, "Setiap kali saya melihat jambatan kami, saya berasa gembira seperti melihat anak saya sendiri." Kini, jambatan Guizhou menjadi model dalam bidang pembinaan jambatan, memberi sokongan padu untuk peranan Guizhou sebagai hab pengangkutan yang amat diperlukan di wilayah barat daya. Ia juga membantu Guizhou menuju global sepanjang Inisiatif Jalur dan Jalan, mempromosikan konsep perlindungan terhadap alam sekitar dalam era baharu dan idea "membina jalan merupakan langkah pertama untuk menjadi makmur."

 

Source: Huanqiu.com
Keywords: Computer/Electronics Construction/Building Publishing/Information Service Awards