omniture

Kajian Pembuatan Pintar 2023 Mendapati Lebih 45% Pengeluar Asia-Pasifik Bergelut untuk Mengatasi Pesaing Ekoran Kekurangan Inovasi,Teknologi dan Tenaga Kerja Mahir

Rockwell Automation
2023-03-21 08:05 64

Tinjauan global mendedahkan impak teknologi pembuatan pintar dalam memaksimumkan pemahaman data, menarik minat bakat dan meminimumkan risiko kepada rantaian bekalan, kualiti dan keselamatan siber.

SINGAPURA, 21 Mac 2023 /PRNewswire/ -- Rockwell Automation, Inc. (NYSE: ROK), syarikat terbesar di dunia yang mengkhusus untuk automasi perindustrian dan transformasi digital, mengumumkan keputusan "Kajian Keadaan Pembuatan Pintar" ("State of Smart Manufacturing Report") tahunan ke-8. Kajian global tersebut menyoal selidik lebih daripada 1,350 pengeluar merentas 13 negara pengilangan yang terkemuka di seluruh Australia, China, India, Jepun dan Republik Korea.

Laporan tahun ini mendedahkan tumpuan untuk menyampaikan pertumbuhan yang menguntungkan tanpa mengorbankan kualiti, penekanan pada mengakses potensi sebenar data dan meningkatkan penggunaan teknologi bagi membina daya tahan, mengupayakan ketangkasan, meningkatkan kemampanan dan menangani cabaran tenaga kerja.

Penemuan utama termasuk:

  • "Mengimbangi kualiti dan pertumbuhan" serta "menjejaki atau mengukur amalan lestari" merupakan halangan dalaman terbesar yang merencatkan kemajuan bagi pengeluar Asia-Pasifik (APAC) pada tahun ini, berbanding menggunakan dan mengintegrasikan teknologi baharu pada tahun 2022.
  • Secara global, dua kali ganda lebih banyak pengeluar percaya organisasi mereka kekurangan teknologi yang diperlukan untuk mengatasi persaingan, berbanding tahun 2022.
  • Empat daripada lima pengeluar masih kekurangan penyelesaian perancangan rantaian bekalan hujung-ke-hujung.
  • Hampir separuh (44%) daripada pengeluar APAC merancang untuk menerima pakai pembuatan pintar dalam tahun akan datang; daripada jumlah ini, China (80%), Australia (60%) dan India (59%) telahpun menggunakan beberapa komponen untuk pembuatan pintar.
  • Halangan terbesar untuk menerima pakai pembuatan pintar untuk pengeluar APAC ialah penentangan pekerja terhadap penerimaan dan perubahan teknologi, kekurangan set kemahiran untuk mengurus pelaksanaan pembuatan pintar dan kekurangan definisi yang jelas tentang nilai/ROI pembuatan pintar.
  • Sistem pengurusan kualiti (QMS) ialah sistem pembuatan pintar yang responden APAC telah melihat ROI terbesar, diikuti oleh sistem pelaksanaan pembuatan (MES) dan perancangan sumber perusahaan (ERP).
  • Risiko keselamatan siber tersenarai di kedudukan tertinggi sebagai halangan yang dicari oleh semua responden untuk dikurangkan dengan inisiatif pembuatan pintar.
  • 88% pengeluar APAC merancang untuk mengekalkan atau mengembangkan guna tenaga ekoran penerimaan teknologi. Di samping itu, 39% daripada responden percaya mereka akan dapat menggunakan semula pekerja sedia ada ekoran penggunaan teknologi yang semakin meningkat oleh mereka.
  • Daripada 94% pengeluar APAC yang memiliki dasar alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) formal atau tidak formal, hampir separuh (48%) memetik "pembeza kompetitif" sebagai faktor pemacu utama bagi meneruskan inisiatif ESG.

"Pengeluar terus mencari peluang untuk mencapai pertumbuhan yang menguntungkan namun menyedari bahawa ketidaktentuan dalam ketersediaan tenaga kerja menjejaskan kualiti, berserta keupayaan mereka untuk memenuhi keperluan pelanggan yang semakin berkembang," kata Veena Lakkundi, naib presiden kanan, Strategi dan Pembangunan Korporat, Rockwell Automation. "Tinjauan tersebut mendapati bahawa teknologi pengilangan pintar membolehkan pengeluar daripada semua saiz untuk mengoptimumkan penyelesaian yang lebih berdaya tahan, tangkas dan mampan yang dapat mempercepatkan transformasi. Sekiranya ada sesuatu yang kita telah pelajari daripada sejarah, ialah organisasi yang melabur dalam inovasi, dengan kecenderungan untuk bertindak, boleh mengatasi pesaing semasa tempoh ketidaktentuan."

Berdasarkan penemuan tinjauan, teknologi adalah amat penting untuk mengurangkan risiko dan menyampaikan pertumbuhan. Walau bagaimanapun,bagi satu pertiga daripada pengeluar seluruh dunia, rangkaian sistem dan platform yang tersedia membawa kepada "kelumpuhan teknologi" – ketidakupayaan untuk membuat keputusan menentukan penyelesaian. Pengeluar boleh mengatasi keraguan ini dengan memilih rakan kongsi dengan kepakaran dan pengalaman industri yang relevan yang dapat menasihati dan membimbing mereka bagi melaksanakan penyelesaian sesuai-untuk-tujuan bagi mencapai hasil yang diinginkan.

"Di Rockwell, kami menggabungkan kuasa portfolio penyelesaian industri kami dengan ekosistem rakan kongsi kami yang tiada tandingannya untuk berperanan sebagai penasihat yang dipercayai untuk syarikat-syarikat yang terkemuka di serata dunia," kata Lakkundi. "Sebagai syarikat terbesar yang menumpukan perhatian semata-mata pada automasi perindustrian dan transformasi digital, kami berusaha untuk meringkaskan yang rumit dan memulakan kerjasama dengan syarikat-syarikat di titik perjalanan mereka."

Penemuan penuh dalam laporan tersebut boleh ditemui di sini.

Metodologi

Laporan ini menganalisis maklum balas daripada 1,353 responden dari 13 negara pengilangan terkemuka dengan peranan bermula daripada pengurusan hingga pengurus tertinggi dan telah dijalankan dengan kerjasama Sapio Research dan Plex, sebuah syarikat Rockwell Automation. Daripada jumlah keseluruhan responden, 425 berpangkalan di Asia-Pasifik di Australia, China, India, Jepun dan Republik Korea. Tinjauan ini meliputi industri-industri diskret, proses dan hibrid merentas taburan seimbang saiz syarikat dengan hasil mencakupi $10 juta hingga lebih $10 bilion, menyediakan perspektif perniagaan pengilangan yang luas.

Latar Belakang Rockwell Automation

Rockwell Automation, Inc. (NYSE: ROK) ialah peneraju global dalam automasi perindustrian dan transformasi digital. Kami menghubungkan imaginasi manusia dengan potensi teknologi bagi mengembangkan apa yang mungkin boleh dilakukan secara insani, seterusnya mewujudkan dunia yang lebih produktif dan mampan. Beribu pejabat di Milwaukee, Wisconsin, Rockwell Automation menggaji kira-kira 26,000 penyelesai masalah khusus untuk pelanggan kami di lebih daripada 100 negara. Untuk mengetahui lebih lanjut cara kami menjadikan Connected Enterprise suatu kenyataan merentas perusahaan industri, kunjungi www.rockwellautomation.com.

Source: Rockwell Automation
Related Stocks:
NYSE:ROK
Keywords: Computer/Electronics Internet Technology Machinery Mining/Metals Telecommunications Data Analytics