omniture

Orang Asia inginkan kesihatan yang berpanjangan untuk menempuh alam persaraan yang lebih lama dan lebih sihat, menurut tinjauan Manulife

Manulife Financial Corporation
2023-03-29 11:00
  • Tinjauan terhadap lebih 7,000 individu di Asia menunjukkan jangkaan persaraan awal dan kemerosotan kesihatan awal
  • Kebimbangan tentang kos kesejahteraan mendorong orang ramai ke arah penjagaan kesihatan yang dilakukan sendiri menggunakan aplikasi mudah alih 
  • Sikap optimisme tentang pencapaian matlamat kewangan dan sasaran simpanan persaraan dalam tempoh 5 hingga 10 tahun akan datang 
  • Manulife akan terus membantu orang ramai menangani cabaran baharu untuk menjadi lebih sihat dan lebih kaya 

HONG KONG, 29 Mac 2023 /PRNewswire/ -- Kehidupan selepas bersara dengan usia yang panjang dan sihat merupakan cita-cita semua orang, namun ramai pengguna di Asia bimbang tentang kemerosotan kesihatan mereka sejurus selepas mereka berhenti daripada bekerja. Mereka mengatakan bahwa cabaran ini sukar diurus berikutan kos penjagaan kesihatan yang semakin meningkat dan tekanan kewangan peribadi yang mereka hadapi, menurut penyelidikan baharu daripada Manulife.

Damien Green, President and Chief Executive Officer, Manulife Asia
Damien Green, President and Chief Executive Officer, Manulife Asia

Tinjauan Penjagaan Manulife Asia 2023 menunjukkan bahawa secara purata, individu di Asia menjangkakan persaraan pada usia 60 tahun dengan tahap kesihatan yang lemah yang dijangka bermula pada usia 63 tahun, iaitu apa yang dipanggil sebagai tempoh kesihatan – tempoh kehidupan yang dilalui dalam keadaan sihat, bebas daripada hilang upaya yang dikaitkan dengan usia tua dan penyakit kronik – hanya dijangka berlaku dalam tempoh tiga tahun selepas bersara.1 Jangkaan dalam kalangan lebih 7,000 individu yang ditinjau secara relatifnya konsisten dengan dua unsur luaran utama: Singapura dan Indonesia. Di Singapura, orang ramai menjangkakan kesihatan mereka kurang baik setahun sebelum jangkaan persaraan mereka iaitu pada usia 62 tahun, manakala di Indonesia mereka berharap untuk terus hidup sihat selama lima tahun selepas bersara pada usia 58 tahun.

Cabaran kesihatan terbesar adalah untuk pembiayaan kos yang semakin meningkat bagi melanjutkan tempoh kesihatan tersebut dan menguruskan kesihatan yang semakin lemah di akhir usia. Hampir separuh daripada responden tinjauan (45%) mendapati bahawa perbelanjaan untuk rawatan penyakit kritikal memberikan tekanan yang paling besar, disertai dengan kesan penyakit tersebut terhadap pendapatan dan kestabilan pekerjaan mereka.

Pengguna di Asia juga mempunyai kebimbangan terhadap penyakit, dengan empat kebimbangan utama mereka kepada penyakit kanser (48%), sakit jantung (43%), strok (38%) dan diabetes (35%). Dengan populasi penduduk yang semakin menua di Asia, penyakit berkaitan usia seperti demensia dan Alzheimer juga menimbulkan kebimbangan dalam kalangan 20% responden. 

"Orang-orang di Asia bekerja keras sepanjang hidup mereka, oleh itu dapat difahami bahawa mereka merancang untuk menikmati usia persaraan yang sihat dan menyeronokkan," kata Damien Green, Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif, Manulife Asia. "Cabaran terbesar yang mereka hadapi ialah mencari kaedah yang dapat menangani kesejahteraan fizikal dan mental mereka dengan harga yang berpatutan. Di Manulife, kami komited untuk memperkasakan kesihatan dan kesejahteraan yang mampan, dan kami ingin bekerjasama dengan para pengguna sepanjang usia dewasa mereka dengan menawarkan pelbagai penyelesaian dan manfaat hidup yang memberi kesan kepada mereka dan boleh menjadikan kehidupan mereka lebih sihat dan kaya."

Kesanggupan untuk berbelanja lebih untuk melanjutkan tempoh kesihatan 

Sebilangan besar responden (92%) mengatakan bahawa mereka sanggup berbelanja lebih untuk melanjutkan tempoh kesihatan mereka. Pelaburan terhadap senaman dan diet yang lebih sihat adalah cara utama yang dilakukan oleh orang ramai yang ingin meningkatkan kesihatan mereka. Selain itu, dengan isu kesihatan mental yang semakin meningkat, aktiviti penuh kesedaran seperti yoga dan latihan otak juga merupakan cara yang popular untuk bantuan kendiri.

Bagi pendekatan penjagaan kesihatan yang lebih aktif, pemeriksaan tubuh badan (45%), perkhidmatan diagnosis awal (31%), mendapatkan nasihat profesional (29%) dan pertanyaan kesihatan dalam talian secara berkala (23%) merupakan antara aktiviti popular yang dilakukan. Cabarannya adalah berkaitan kos, terutamanya apabila lebih daripada satu pertiga (37%) responden bimbang tentang kehilangan pendapatan atau pekerjaan jika mereka mengalami penyakit yang serius.

Akibat kenaikan kos ini ialah meningkatnya penjagaan kesihatan yang dilakukan sendiri (DIY). Permintaan terhadap aplikasi mudah alih yang dapat membantu memantau kesihatan adalah sangat tinggi (86%) – dengan aplikasi untuk memantau senaman (52%), tidur (38%) dan diet (35%) sebagai tiga aplikasi paling popular.

Selain daripada merancang kesihatan, kebanyakan responden juga mempunyai matlamat kewangan peribadi. Tiga matlamat teratas dalam kalangan responden yang mengambil bahagian dalam tinjauan ini adalah menyimpan untuk: persaraan (49%); waktu sukar (42%); dan untuk keperluan penjagaan kesihatan atau perubatan (32%). Simpanan untuk persaraan adalah sangat tinggi terutamanya di Singapura (63%).

Simpanan tunai dan deposit bank (81%) dipetik sebagai cara utama orang ramai mencapai matlamat mereka, diikuti dengan insurans peribadi (59%). Di peringkat serantau, sokongan keluarga (42%) merupakan sumber utama untuk mencapai matlamat ini.

"Halangan yang paling berkemungkinan dalam mencapai sasaran kewangan ini ialah inflasi, kelembapan ekonomi dan pendapatan yang menurun, diikuti dengan kos penjagaan kesihatan yang semakin meningkat dan kesihatan peribadi yang semakin merosot," kata Green. "Walau bagaimanapun, yang paling membimbangkan ialah hanya satu pertiga daripada responden mempunyai pelan persaraan. Kami juga melihat pergantungan yang besar terhadap simpanan wang tunai, yang akan terhapus dengan cepat dalam suasana inflasi. Adalah lebih bijak jika hasil simpanan yang mendapat manfaat daripada pulangan pengkompaunan digunakan atau mula melabur dan mengekalkan pelaburan – atau lakukan kedua-duanya."

Keyakinan untuk mencapai matlamat kewangan

Insurans popular di rantau ini, dengan hampir tiga perempat (70%) daripada responden memiliki tiga jenis insurans secara purata dan 79% mengatakan bahawa mereka berhasrat untuk membeli insurans dalam tempoh 12 bulan akan datang. Insurans kesihatan pesakit luar (30%), insurans nyawa, insurans kemalangan (kedua-duanya 26%), serta insurans kemasukan ke hospital dan penyakit kritikal (kedua-duanya 25%) adalah yang paling diminati.

Sebahagian besar responden tinjauan (70%) yakin bahawa mereka dapat mencapai matlamat kewangan mereka, manakala hanya 14% yang tidak yakin untuk mencapainya. Responden di Hong Kong (57%) dan Singapura (52%) adalah yang paling kurang berkeyakinan berbanding di pasaran lain seperti China (81%) dan Indonesia (88%). Para responden yang mempunyai purata umur 41 tahun turut menjangkakan untuk mencapai sasaran simpanan persaraan mereka dalam jangka masa yang agak singkat. Satu pertiga responden percaya bahawa mereka akan mencapai sasaran persaraan mereka dalam tempoh lima tahun, manakala sekitar satu pertiga (26%) menjangkakan untuk mencapainya dalam tempoh lima hingga sepuluh tahun akan datang.  

"Memandangkan purata jangka hayat di rantau ini adalah melebihi 75 tahun2 dan jangkaan persaraan mereka adalah pada usia 60 tahun, jangkaan tempoh yang diperlukan untuk mencapai keperluan simpanan persaraan mereka mungkin tidak realistik," kata Green. "Adalah lebih baik untuk berwaspada, mula menabung lebih awal untuk tempoh yang lebih lama dan setelah itu semua orang boleh menikmati fikiran yang lebih tenang dan gaya hidup yang lebih selesa di kemudian hari."

Green menambah bahawa pengguna di Asia sedang berusaha untuk mengawal kehidupan mereka dengan lebih baik untuk persaraan. "Di Manulife, kami komited untuk membantu pelanggan kami menjalani detik-detik kehidupan yang penting ini, supaya mereka boleh membuat keputusan yang betul yang akan memberi kesan yang besar kepada masa depan mereka. Bagi mereka yang belum mempunyai pelan simpanan persaraan, kami amat mengesyorkan agar perkara ini tidak ditangguhkan lebih lama. Dan jika anda tidak pasti di mana untuk bermula, berbincanglah dengan penasihat kewangan anda."

Tentang Tinjauan Penjagaan Manulife Asia

Penyelidikan yang dijalankan oleh Manulife ini meneroka kajian mendalam tentang kebimbangan, keutamaan dan aspirasi kesihatan serta kesejahteraan bagi para penduduk yang tinggal di Asia. Tiga tinjauan terdahulu telah dijalankan pada November 2020, Mei 2020 dan November 2021. Versi terbaharu ini telah dijalankan pada bulan Disember 2022 dan Januari 2023 melalui soal selidik yang dilengkapkan sendiri dalam talian di tujuh pasaran seluruh Asia, termasuk Tanah Besar China, Hong Kong, Indonesia, Malaysia, Filipina, Singapura dan Vietnam. Seramai 7,224 individu berumur 25 hingga 60 tahun telah ditinjau. Respondennya adalah termasuk para pemilik insurans dan mereka yang tidak memiliki insurans tetapi berhasrat untuk membeli insurans dalam tempoh 12 hingga 24 bulan akan datang.

Tentang Manulife 

Manulife Financial Corporation ialah penyedia perkhidmatan kewangan antarabangsa terkemuka yang membantu orang ramai membuat keputusan dengan lebih mudah dan menjalani kehidupan dengan lebih baik. Dengan ibu pejabat global kami di Toronto, Kanada, kami memberikan nasihat kewangan dan insurans serta beroperasi sebagai Manulife di Kanada, Asia dan Eropah serta dikenali secara khusus sebagai John Hancock di Amerika Syarikat. Melalui Manulife Investment Management, jenama global untuk segmen Pengurusan Kekayaan dan Aset Global kami, kami memberikan perkhidmatan kepada individu, institusi dan ahli pelan persaraan di seluruh dunia. Pada akhir tahun 2022, kami mempunyai lebih 40,000 orang pekerja, lebih 118,000 ejen dan ribuan rakan pengedar yang memberi perkhidmatan kepada lebih 34 juta pelanggan. Kami didagangkan sebagai 'MFC' di bursa saham Toronto, New York dan Filipina serta sebagai '945' di Hong Kong.

Tidak semua tawaran tersedia di semua bidang kuasa. Untuk maklumat lanjut, sila layari manulife.com.

_________________________________

1 Usia persaraan rasmi: China 60 tahun (lelaki) dan 55 tahun (wanita), Hong Kong 65 tahun, Indonesia 58 tahun, Malaysia 60 tahun (pekerja kerajaan 62 tahun), Filipina 65 tahun, Singapura 63 tahun dan Vietnam 60 tahun 6 bulan.

2 Jangkaan hayat menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia: Hong Kong 85 tahun, China 84 tahun, Singapura 78 tahun, Malaysia 76 tahun, Vietnam 75 tahun, Filipina 72 tahun dan Indonesia 69 tahun 

Carl Wong, Manulife, +852 6373 7830, Carl_KK_Wong@manulifeam.com; Dudley White, Manulife, +852 6039 0781, Dudley_White@manulife.com

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/2040865/Manulife_Financial_Corporation_People_in_Asia_seek_to_extend_hea.jpg?p=medium600
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/2040909/Manulife_Financial_Corporation_People_in_Asia_seek_to_extend_hea.jpg?p=medium600 

 

 

Source: Manulife Financial Corporation
Related Stocks:
HongKong:0945 Manila:MFC NYSE:MFC Toronto:MFC
Keywords: Banking/Financial Service Health Care/Hospital Insurance Survey, Polls & Research