omniture

Compal Electronics Lancar Sistem Ablasi RF "AblatePal" dan Ventilator Dwitahap "BreathePal" dalam Pasaran Peranti Perubatan Terapeutik

Compal Electronics
2023-04-07 23:02 25

TAIPEI, 7 April 2023 /PRNewswire/ -- Compal Electronics ("Compal"), sebuah syarikat elektronik Taiwan yang terkemuka, mengumumkan pengembangannya ke dalam pembangunan peranti perubatan terapeutik yang inovatif. Compal telah melancarkan sistem ablasi radiofrekuensi (RFA) baharu untuk penggumpalan intraoperatif, perkutaneus serta ablasi tisu lembut, termasuk ablasi separa atau lengkap lesi hati tidak boleh dibedah dan ventilator DwiTahap untuk penyakit pulmonari obstruktif kronik dan kekurangan pernafasan yang disebabkan oleh apnea pusat dan/atau apnea bercampur.

Sistem ablasi RF "AblatePal" menggunakan tenaga haba yang dihasilkan oleh rintangan elektrik apabila arus melalui tisu untuk mengkauteri tumor bagi mengakibatkan nekrosis tumor dengan teknologi penyejukan canggihnya bagi mengelakkan tisu normal rosak dan mempunyai hasil positif yang dapat menambah baik saiz luka dan memendekkan tempoh bermalam di hospital untuk pesakit. Ventilator Dwitahap "BreathePal" menyediakan ventilasi tekanan positif berterusan atau berjeda untuk orang dewasa yang mengalami kekurangan atau kegagalan pernafasan, sesuai digunakan di persekitaran rumah atau hospital. Dengan bateri yang boleh ditukar dan reka bentuk alat pelembap, ia boleh digunakan dengan lebih mudah dan dengan lebih fleksibel.

Menurut Martin Wong, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Compal, syarikat ini membangunkan dengan aktif industri perubatan dan penjagaan kesihatan dalam beberapa tahun kebelakangan ini, memfokuskan kepada bidang peralatan perubatan canggih dan menguasai teknologi dan kualiti yang utama.

Compal telah memilih Malaysia sebagai hentian pertama dalam perjalanan antarabangsanya, berharap dapat memperdalam bakat perubatan dan pertukaran teknologi dua hala serta mencapai perkongsian baharu yang mampan berdasarkan prinsip-prinsip "berorientasikan individu".

Casper Chen, Pengarah Kanan Compal, menyatakan bahawa syarikat ini telah menubuhkan sebuah pusat demonstrasi dan latihan bagi memperdalam pertukaran perubatan bersama Malaysia. Kami akan mengadakan pameran di Pameran Penjagaan Kesihatan & Farmaseutikal Asia Tenggara (SE-Asian Healthcare & Pharma Show, SEACare) di reruai no 4080 di KLCC mulai 19-21 April 2023. Ini akan dapat menjalin hubungan jangka panjang bersama hospital dan rakan kongsi perubatan bagi mempercepatkan popularisasi dan aplikasi rawatan tumor.

Compal terus membangunkan perniagaan perubatan pintar dan penjagaan kesihatan termasuk peralatan terapeutik, penjagaan jangka panjang, telekesihatan, rekod perubatan elektronik dan wad pintar. Selain itu, Compal mengendalikan sebuah klinik untuk membangunkan perubatan jitu serta bekerjasama dengan banyak hospital bagi menuju eKesihatan dan AI. Ia berharap dapat menyediakan platform penyelesaian yang menyeluruh bagi meningkatkan kualiti hidup untuk pesakit menerusi peranti perubatannya yang inovatif.

Hubungan Media:  

Zoey Chang
Telefon: +886-2-8797-8588
Emel: Zoey_Chang@compal.com
Laman Sesawang: https://www.compal.com/

Source: Compal Electronics
Keywords: Computer/Electronics Health Care/Hospital Medical Equipment Medical/Pharmaceuticals New products/services