omniture

Membina Pusat Data Berorientasikan-masa depan dengan Inovasi Hijau, Ringkas, Pintar dan Andal (GSSR)

Huawei
2023-05-01 21:29 59

MONACO, 1 Mei 2023 /PRNewswire/ -- Huawei menganjurkan Sidang Kemuncak Kemudahan Pusat Data Global dengan tema "DC Pintar, Membina Masa Depan Hijau" di Monaco. Hampir 200 pemimpin industri pusat data, pakar teknikal dan rakan kongsi ekosistem dari seluruh dunia berkongsi pandangan mereka tentang trend pembangunan dalam industri pusat data dan amalan inovatif mereka untuk pembangunan mampan.


Pilihan Utama untuk Pusat Data Besar: PowerPOD 3.0 dan Dinding Kipas Pintar

Huawei melancarkan PowerPOD 3.0 generasi seterusnya dan Penyelesaian Penyejukan Air Dingin Dinding Kipas Pintar bagi mengupayakan bekalan kuasa hijau dan pendinginan yang cekap untuk pusat data besar dan akhirnya memacu pembangunan karbon rendah.

Huawei membangunkan PowerPOD 3.0 untuk membina sistem bekalan kuasa bersepadu yang menyampaikan ketumpatan, kecekapan dan keandalan tinggi untuk pusat data besar.

  • Hijau: UPS ketumpatan ultra tinggi dan suis muatan sayap mengepak dioptimumkan melalui integrasi komponen. Bilangan kabinet dikurangkan daripada 18 kepada 10, menjimatkan lebih daripada 30% ruang. Apabila UPS berfungsi dalam mod S-ECO, ia meningkatkan kecekapan hujung-ke-hujung daripada 95.4% kepada 98.4%.
  • Ringkas: Busbar pasang siap digunakan untuk menggantikan kabel. Ia ditauliahkan terlebih dahulu di kilang dan melaksanakan pasang-dan-pakai di lapangan, memendekkan tempoh penyampaian daripada dua bulan kepada dua minggu.
  • Pintar: Teknologi digital dan pintar digunakan untuk memastikan agar semua pautan boleh dilihat, boleh diurus dan boleh dikawal, meningkatkan kecekapan O&M dan mengautomasikan sistem bekalan kuasa.
  • Andal: Ciri pintar iPower mengukur suhu pada lebih 150 mata dan meramalkan jangka hayat komponen penting untuk melaksanakan penyelenggaraan prediktif.

Sistem pendinginan menggunakan lebih daripada 30% kuasa yang dituntut dalam pusat data. Huawei menggunakan seni bina inovatif dan berbilang teknologi menjimatkan tenaga untuk membina penyelesaian penyejukan air dingin dinding kipas generasi baharu yang cekap dan andal, mengupayakan sistem penyejukan dalam pusat data besar bagi menggunakan sedikit tenaga.

  • Hijau: Suhu salur masuk air boleh mencecah 20°C, mengurangkan penggunaan tenaga pendingin sebanyak 15%.
  • Ringkas: Komponen penting boleh ditukar panas dan boleh digantikan dalam 1 minit tanpa gangguan perkhidmatan.
  • Pintar: Diagnosis-kendiri kerosakan memudahkan pengesanan, pengecaman dan analisis kerosakan yang pantas bagi mempercepatkan pemulihan perkhidmatan.
  • Andal: PFC yang dibenamkan dalam kipas memastikan THDi kurang daripada 5% dan faktor kuasa lebih besar daripada 0.99.

Membina Asas Kukuh untuk Transformasi Digital bagi Mendepani Dunia Pintar 

Sun Xiaofeng, Presiden Kemudahan Pusat Data Huawei dan Unit Perniagaan Kuasa Kritikal, menyampaikan ucapan pembukaan, membayangkan peluang baharu untuk pembangunan pusat data global dan membentangkan strategi Huawei dalam bidang kemudahan pusat data.

Menurut En. Sun, dipacu oleh transformasi digital dan karbon rendah, industri pusat data sedang menghadapi peluang yang belum pernah terjadi sebelum ini. Huawei tidak sabar-sabar untuk berganding bahu dengan semua ahli komuniti bagi memacu transformasi pusat data agar menjadi hijau, ringkas, pintar dan andal serta menggalakkan secara bersama pembangunan mampan dalam industri pusat data.

Li Huiyong, Pengurus Besar Jabatan Pemasaran Kemudahan Pusat Data Huawei, berkata bahawa lonjakan dalam kuasa pengkomputeran AI memacu pembangunan pesat industri pusat data. Huawei mencadangkan konsep "GSSR" (Hijau, Ringkas, Pintar, Andal) untuk bertindak balas kepada cabaran dalam era baharu. Bagi membantu pelanggan membina pusat data yang mampan dan mendepani masa depan hijau, Huawei melancarkan penyelesaian PowerPOD 3.0 dan Smart Fan Wall yang inovatif.

Pemimpin-pemimpin industri global berkongsi trend teknologi pusat data, strategi korporat dan amalan inovatif, menetapkan hala tuju untuk pembangunan pusat data yang mampan.

Stephen Beard, Rakan Kongsi dan Ketua Global Data Centers for Knight Frank, berkata bahawa apabila ia melibatkan karbon terkandung dan bentuk umum pembinaan, ramai yang tidak tahu namun hari ini, 90% daripada kemudahan kolokasi baharu dapat memenuhi BREEAM atau LEED dengan cemerlang. Kini terdapat pemacuan yang lebih besar daripada konkrit dan ke arah bentuk pembinaan modular pasang siap, malah kayu glulam berlamina silang yang telah diguna pakai oleh EcoDC di Sweden.

Simon McCormick, Ketua Pegawai Teknikal Echelon Data Centers, berkata Echelon Data Centers bertujuan untuk menjadi pengeluar swaguna tenaga yang lestari. Ini merangkumi tiga tonggak kelestarian: ekonomi, alam sekitar dan sosial.

Carlo Malana, Ketua Pegawai Eksekutif ST Telemedia Global Data Centers (Philippines), berkata bahawa Filipina menyaksikan daya majunya sebagai hab pusat data di rantau Asia Tenggara dengan pertumbuhan yang tinggi. Teknologi-teknologi penting seperti bateri ion-litium dan dinding kipas, direka bentuk dan digunakan untuk kelestarian, kefleksibelan dan keperluan pelanggan dalam menghadapi pengembangan hiperpenskala.

Pakar-pakar yang hadir di sesi perbincangan panel termasuk Sanjay Kr Sainani, Naib Presiden Kanan & Ketua Pegawai Teknologi Global Huawei Data Center Business, John Belton, Pengarah Pembangunan Global di Colt Data Centre, Carlo Malana, Ketua Pegawai Eksekutif ST Telemedia Global Data Centers (Philippines), Martien Arts, Pengarah Kemudahan Misi Kritikal di Royal HaskaoningDHV dan Mark Acton, Ketua Global Ketekunan Wajar Teknikal di Future-Tech. Mereka bertukar-tukar pandangan berkisarkan isu-isu seperti kemampanan pusat data dan trend teknologi.

Sorotan Kongres Global DataCloud

Semasa Kongres Global DataCloud, Huawei mempamerkan PowerPOD 3.0, penyelesaian pendinginan sejatan tak langsung EHU, penyelesaian FusionModule2000 dan penyelesaian berasaskan GSSR lain untuk pusat data kecil, sederhana dan besar. Pameran ini mencerminkan inovask teknologi Huawei dan penerokaan dalam bidang kemudahan pusat data. Di persidangan ini, Sanjay Kr Sainani, Naib Presiden Kanan & Ketua Pegawai Teknologi Global Huawei Data Center Business dan Richard Pimper, Naib Presiden Kanan & Ketua Pegawai Teknologi Huawei Data Center Facility, berkongsi pandangan mereka tentang pembinaan pusat data dan berkomunikasi dengan pakar-pakar industri yang lain.

Memandang ke hadapan, Huawei akan bekerjasama dengan pelanggan dan rakan ekosistem untuk meneroka lebih banyak kemungkinan bagi pembangunan mampan. Huawei akan membangunkan penyelesaian pusat data hijau termaju berdasarkan kepada kepakaran teknologi dan kekuatan inovasinya untuk memacu transformasi karbon rendah dan pintar, akhirnya mempercepatkan keneutralan karbon merentas industri ini.

 

Source: Huawei
Keywords: Computer Hardware Computer/Electronics Green Technology Internet Technology New products/services