omniture

Mouser Electronics bakal Tonjolkan Produk dan Teknologi Terkini untuk Mobiliti Pintar di FMA 2023

Mouser Electronics
2023-05-02 16:01 179

SHANGHAI, 2 Mei 2023 /PRNewswire/ -- Mouser Electronics, Inc., pengedar Pengenalan Produk Baharu (NPI) yang utama dalam industri dengan seleksi paling luas semikonduktor dan komponen elektronik™, mengumumkan bahawa ia akan menjadi peserta pameran di Future Mobility Asia 2023 (FMA 2023), 17 – 19 Mei di Queen Sirikit National Convention Center di Bangkok, Thailand. Wakil-wakil Mouser akan berada di Reruai ME29 di Dewan Pameran, untuk mempamerkan produk dan sumber teknikal yang menyokong jurutera dalam membangunkan teknologi mudah alih pintar.


"Thailand telah menjadi salah satu pasaran tumpuan utama dalam pengembangan perniagaan Mouser di rantau Asia Pasifik dan kami menghargai peluang ini untuk bertemu rakan kongsi dan pelanggan kami di FMA 2023. Kini, dengan pejabat yang berada di sini, di Huaykwang Bangkok, kami yakin dapat menyediakan perkhidmatan setempat untuk menyokong pelanggan Thai kami. Menjadi komitmen kami sebagai pengedar komponen yang terkemuka untuk menyediakan kepada jurutera reka bentuk dan pembeli dengan produk serta penyelesaian terkini menerusi penghantaran pantas dan perkhidmatan yang lancar," kata Daphne Tien, Naib Presiden Pemasaran & Pembangunan Perniagaan untuk Mouser APAC. 

Mouser ialah pengedar pemenuhan reka bentuk yang menawarkan perkhidmatan untuk pasaran global menerusi lebih daripada 1,200 penyelesaian pengeluar yang utama dalam industri. Dengan kehadiran antarabangsa, kepakaran dan kehadiran yang semakin berkembang di rantau Asia Pasifik, Mouser menawarkan kepada jurutera reka bentuk, pembeli dan penginovasi dengan akses mudah kepada komponen elektronik terbaru dan sumber teknikal yang komprehensif. Laman Servis dan Alatan, tersedia di Mouser.com, menjadikannya mudah untuk pelanggan mencari produk dan menawarkan keupayaan unik yang dapat membantu pelanggan dalam proses reka bentuk dan penciptaan mereka.

Hadirin oleh mengunjungi Mouser di Reruai ME29 untuk bertemu pasukan ini bagi mengetahui lebih lanjut tentang trend produk yang terkini untuk peranti mudah alih. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang FMA 2023, kunjungi https://www.mouser.com/future-mobility-asia/.

Sebagai pengedar berdaftar global, Mouser menawarkan seleksi paling luas di dunia semikonduktor dan komponen elektronik terbaru — dalam stok dan sedia untuk dihantar™. Pelanggan Mouser boleh mengharapkan 100% produk asli yang diperakui yang boleh dikesan sepenuhnya daripada setiap rakan pengeluarnya. Bagi membantu mempercepatkan reka bentuk pelanggan, laman sesawang Mouser mengehoskan pustaka sumber teknikal yang luas termasuk Pusat Sumber Teknikal, berserta lembaran data produk, reka bentuk rujukan khusus-pembekal, nota aplikasi, maklumat reka bentuk teknikal, alatan kejuruteraan dan maklumat berguna yang lain.

Para jurutera boleh mengikuti perkembangan terkini tentang berita produk, teknologi dan aplikasi yang menarik hari ini melalui e-surat berita percuma Mouser. Berita emel dan langganan rujukan Mouser boleh disesuaikan mengikut keperluan projek pelanggan yang unik dan berubah-ubah. Tiada pengedar lain yang memberi penyesuaian dan kawalan sebanyak kini kepada jurutera ke atas maklumat yang mereka terima. Ketahui tentang teknologi baru muncul, trend produk dan banyak lagi dengan mendaftar hari ini di https://sub.info.mouser.com/subscriber.

Latar Belakang Mouser Electronics

Mouser Electronics, sebuah syarikat Berkshire Hathaway, ialah pengedar semikonduktor dan komponen elektronik sah yang memfokuskan Pengenalan Produk Baharu daripada rakan pengeluar utamanya. Menawarkan perkhidmatan kepada jurutera reka bentuk elektronik dan komuniti pembeli global, laman sesawang pengedar global, mouser.com, disediakan dalam pelbagai bahasa dan mata wang serta menampilkan lebih 6.8 juta produk daripada lebih 1,200 jenama pengeluar. Mouser menawarkan 27 lokasi sokongan di seluruh dunia untuk memberi khidmat pelanggan yang terbaik dalam kelas dalam bahasa, mata wang dan zon waktu tempatan. Pihak pengedar membuat penghantaran kepada lebih 650,000 pelanggan di 223 negara/wilayah daripada kemudahan pengedarannya yang canggih dan berkeluasan 1 juta-kaki-persegi di Dallas, Texas, kawasan metro. Untuk maklumat lanjut, kunjungi https://www.mouser.com/.

 

 

 

Source: Mouser Electronics
Keywords: Computer/Electronics Semiconductors Trade show news