BEIJING, 15 Mei 2023 /PRNewswire/ -- Sejak China menjalin hubungan diplomatik bersama lima negara Asia Tengah 31 tahun yang lalu, pertukaran serantau dan kerjasama dalam lapangan strategik, ekonomi dan sekuriti telah mencapai kemajuan yang semakin besar.
Hubungan yang lebih erat dijangka mencapai tahap tinggi yang baharu lewat minggu hadapan apabila Sidang Kemuncak China-Asia Tengah pertama berlangsung di Xi'an, Wilayah Shaanxi, barat laut China, sebuah bandar yang dikenali sebagai titik permulaan Jalan Sutera purba yang merentasi Asia Tengah hingga ke Eropah. Presiden Cina Xi Jinping akan menjadi tuan rumah sidang kemuncak itu yang akan dihadiri oleh ketua-ketua negara dari Kazakhstan, Kyrgyzstan, Tajikistan, Turkmenistan dan Uzbekistan, menurut Kementerian Luar Cina.
Pakar-pakar berkata perhimpunan ketua-ketua negara yang akan datang mengetengahkan hakikat bahawa China dan negara-negara Asia Tengah berkongsi kepentingan bersama yang luas dan kerjasama serantau itu menjadi semakin mendalam di tengah-tengah pergolakan global yang semakin meningkat.
Diplomasi Ketua Negara
"Diplomasi ketua negara merupakan kelebihan politik yang terbesar dalam kerjasama yang menyeluruh antara China dan dan negara-negara Asia Tengah," menurut Sun Zhuangzhi, seorang penyelidik di Chinese Academy of Social Sciences.
Sidang kemuncak sedemikian dapat meningkatkan kepercayaan bersama yang strategik, mewujudkan mekanisme kerjasama dan menghapuskan halangan politik dengan menangani perbezaan. Dalam masa yang sama, melalui diplomasi ketua negara, negara-negara akan lebih cenderung untuk menyokong satu sama lain berhubung kepentingan teras dan kebimbangan utama serta saling menyusun atur dalam hal hubungan antarabangsa, yang dapat membantu menambah baik tadbir urus global, tulis Sun dalam satu artikel terkini yang diterbitkan dalam jurnal Contemporary World.
Pada Januari tahun lalu, Presiden Xi mempengerusikan sidang kemuncak maya bagi meraikan ulang tahun ke-30 pewujudan hubungan diplomatik antara China dan negara-negara Asia Tengah. Sebulan kemudian, lima pemimpin negara bagi negara Asia Tengah menghadiri majlis pembukaan Sukan Olimpik Musim Sejuk Beijing. Sementara itu, mesyuarat Menteri-menteri Luar China-Asia Tengah kali ketiga pada bulan Jun mengambil keputusan untuk menaik taraf perhimpunan itu kepada peringkat ketua negara.
Susulan daripada itu, Xi melawat Kazakhstan dan Uzbekistan serta menghadiri Sidang Kemucak SCO di Samarkand pada September, lawatan luar negara utama pertama beliau sejak penularan COVID-19.
Pakar-pakar berkata aktiviti diplomatik yang intensif ini menunjukkan kepentingan besar yang diletakkan oleh China terhadap negara-negara Asia Tengah.
Deng Hao, seorang penyelidik di China Institute of International Studies (CIIS), menyatakan bahawa hubungan China-Asia Tengah yang baik dapat membantu menambah baik persekitaran yang strategik dan selamat di wilayah-wilayah barat China dan ia turut menggalakkan kestabilan serta pembangunan di negara-negara Asia Tengah, satu strategi yang saling menguntungkan.
Kerjasama berbilang tonggak, hasil mengagumkan
Deng menulis dalam jurnal China International Studies bahawa China telah melakar pencapaian diplomatik yang hebat di negara-negara Asia Tengah, khususnya membina mekanisme kerjasama tiga tonggak: Organisasi Kerjasama Shanghai (SCO), Inisiatif Jalur dan Jalan (BRI) dan Mesyuarat Menteri-menteri Luar China-Asia Tengah.
SCO, ditubuhkan lebih daripada dua dekad yang lalu dengan misi untuk memerangi keganasan, fahaman pemisahan dan fahaman pelampau, bertujuan untuk menyediakan persekitaran membangun yang selamat dan stabil untuk negara-negara anggota SCO. Selama bertahun-tahun, SCO menyaksikan kerjasama keselamatan yang semakin berkembang di arena serantau dan antarabangsa serta membuka peluang pembangunan yang amat besar untuk rantau tersebut dan dunia yang lebih luas, kata Deng.
BRI pula, yang dikemukakan oleh Xi pada tahun 2013 dan dengan tumpuan pada keterhubungan, bertujuan untuk membina Asia Tengah menjadi saluran yang menghubungkan China dan Eropah yang dapat mengaktifkan lagi lingkaran ekonomi Asia dan Eropah. Sepuluh tahun kemudian, China menandatangani dokumen kerjasama BRI dengan semua negara Asia Tengah dan memberi hasil yang mengagumkan dalam pembinaan prasarana, kerjasama ekonomi dan perdagangan serta kemudahan kewangan.
Data rasmi menunjukkan bahawa volum dagangan antara China dan negara-negara Asia Tengah mencecah $70.2 bilion pada tahun 2022, satu peningkatan lebih 100 kali ganda berbanding volum dagangan apabila kedua-dua pihak menjalin hubungan diplomatik.
"BRI membuatkan China dan lima negara Asia Tengah menjadi lebih erat. Sidang Kemuncak China-Asia Tengah yang akan datang akan memberikan bimbingan lanjutan keenam-enam negara ini untuk meneruskan persahabatan dan mempererat kerjasama, seterusnya bersama-sama membina komuniti China-Asia Tengah dengan masa depan yang dikongsi bersama," kata Yu Xiaoshuang, penolong penyelidik di CIIS.