omniture

J&T Express dan SF Express capai persetujuan peroleh 100% hak saham Fengwang Express untuk RMB 1.183 bilion

JT Express
2023-05-15 13:29 47

SHANGHAI, 15 Mei 2023 /PRNewswire/ -- Penyedia perkhidmatan logistik global, J&T Express mengumumkan pada hari ini bahawa ia telah memeterai Perjanjian Pindah Saham dengan Shenzhen Fengwang Holdings Co., Ltd. ("Fengwang Holdings"), subsidiari S.F. Holding Co., Ltd. (002352.SZ). Subsidiari J&T Express, J&T Express (Shenzhen) Supply Chain Co., Ltd. akan memperoleh 100% hak saham subsidiari milik penuh Fengwang Holding, Shenzhen Fengwang Information Technology Co., Ltd. ("Fengwang Information"), sebanyak RMB 1.183 bilion. Transaksi ini tertakluk kepada beberapa prasyarat, Pemeriksaan Konsentrasi Aku Janji oleh Pentadbiran Negeri bagi Pengawalseliaan Pasaran dan pertimbangan transaksi diselesaikan tepat pada masanya menurut Perjanjian Pindah Saham.

J&T Express telah melakar kemajuan penting dalam sektor penghantaran ekspres e-dagang sejak penembusannya ke dalam pasaran Cina pada tahun 2020. Syarikat ini berjaya memperoleh perniagaan ekspres Best Inc. di China pada lewat tahun 2021. Shenzhen Fengwang Express Co., Ltd. ("Fengwang Express") ialah subsidiari milik penuh Fengwang Information. Jaringan Fengwang Express kini meliputi 27 wilayah, perbandaran dan kawasan berautonomi di seluruh China, menyediakan perkhidmatan berkualiti tinggi kepada pelanggan e-dagang. Pada tahun 2022, hasil Fengwang melebihi RMB 3.2 bilion. Kualiti perkhidmatan rangkaian keseluruhan adalah stabil.

J&T Express telah menyatakan komitmennya untuk terus mengoptimumkan pengalaman perkhidmatan sebagai sebahagian daripada fokusnya kepada industri perkhidmatan penghantaran ekspres e-dagang. Pemerolehan ini akan meningkatkan keupayaan perkhidmatan bersepadu J&T Express. Langkah ini dijangka dapat memupuk pembangunan industri yang berkualiti tinggi bagi membolehkannya meningkatkan lagi kelebihan daya saingnya dalam sektor penghantaran e-dagang dan menyumbang kepada pembangunan industri yang berkualiti tinggi.

S.F. berkata bahawa sumber daripada dua pihak adalah saling melengkapi dan ini akan membantu memastikan peralihan transaksi yang lancar. Menuju ke hadapan, S.F. dapat memberi lebih tumpuan kepada pembangunan perniagaan terasnya seperti ekspres pertengahan hingga mewah domestik, ekspres antarabangsa, perkhidmatan rantaian bekalan global dan perkhidmatan rantaian bekalan digital. Sementara itu, S.F. akan terus membangunkan produk dan perkhidmatan penghantaran ekspres e-dagang dan memenuhi keperluan pelanggan yang pelbagai dalam pasaran penghantaran ekspres mewah.

Latar Belakang J&T Express 

J&T Express ialah penyedia perkhidmatan logistik global menerusi perniagaan penghantaran ekspres yang terkemuka di Asia Tenggara dan China, pasaran yang terbesar dan berkembang paling pantas di dunia. Ditubuhkan pada tahun 2015, jaringan J&T Express mencakupi tiga belas negara termasuk Indonesia, Vietnam, Malaysia, Filipina, Thailand, Kemboja, Singapura, China, Arab Saudi, UAE, Mexico, Brazil dan Mesir. Dengan mematuhi misi "berorientasikan pelanggan dan berasaskan kecekapan", J&T Express komited untuk menyediakan kepada pelanggan dengan penyelesaian logistik bersepadu melalui infrastruktur pintar dan jaringan logistik digital, sebagai sebahagian daripada strategi globalnya untuk menghubungkan dunia dengan kecekapan lebih tinggi dan membawa faedah-faedah logistik buat semua.

Latar Belakang S.F. 

SF ialah penyedia perkhidmatan logistik bersepadu yang terbesar di China dan perusahaan penghantaran ekspres keempat terbesar di dunia, menyediakan perkhidmatan rantaian bekalan sehenti hujung-ke-hujung domestik dan antarabangsa. Dalam masa yang sama, bergantung pada keupayaan penyelidikan dan pembangunan saintifik serta teknologi yang utama, SF komited untuk membina ekologi rantaian bekalan digital dan menjadi peneraju dalam rantaian bekalan pintar global. Selepas bertahun-tahun menjalankan operasi khusus, SF memperoleh reputasi dan populariti yang tinggi dalam industri ini serta mewujudkan imej jenama "pantas, menepati masa dan selamat". Ia menerajui pelbagai segmen dan terus menjadi peneraju dalam industri ini.

 

 

Source: JT Express
Keywords: Electronic Commerce Transportation Acquisitions, mergers, takeovers