omniture

Pengiktirafan Global Pertama untuk Oberoi Hotels & Resorts

Oberoi Hotels and Resorts
2014-04-09 18:03 127

NEW DELHI, 9 April 2014 /PRNewswire/ --

Dipilih sebagai jenama hotel mewah terbaik di dunia oleh Laporan Hotel & Jenama Mewah Terkemuka 2014 ReviewPro

Oberoi Hotels & Resorts telah dipilih sebagai Jenama Hotel Mewah Terbaik di Dunia menerusi Laporan Hotel & Jenama Mewah Terkemuka 2014 oleh ReviewPro. Laporan tersebut turut meletakkan Oberoi Hotels & Resorts di tangga teratas bagi kepuasan pelanggan daripada segi perkhidmatan, nilai, lokasi hotel serta kebersihan.

(Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20140408/679882-a )
(Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20140408/679882-b )
(Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20140408/679882-c )

ReviewPro, peneraju penyedia analisis media sosial dalam talian untuk industri hospitaliti, telah mengeluarkan Laporan Hotel & Jenama Mewah Terkemuka tahunan iaitu kaji selidik yang dijalankan terhadap hotel dan jenama mewah dengan reputasi dalam talian terbaik.

Kajian ini adalah berdasarkan analisis 839,593 ulasan pelanggan secara dalam talian yang telah diterbitkan pada tahun 2013 bagi hotel yang diiktiraf sebagai 'mewah' oleh penjejak industri Smith Travel Research. Sejumlah 1,692 harta dan 84 jenama di lima benua telah dianalisis.

ReviewPro telah membahagikan kajian tersebut kepada tiga bahagian; jenama besar (untuk kumpulan dengan lebih 20 hotel), jenama kecil dan hotel individu. Oberoi Hotels & Resorts berada pada kedudukan pertama bagi jenama besar, dengan peratusan yang mengagumkan sebanyak 94.7 peratus.

En. P.R.S. Oberoi, Pengerusi Eksekutif The Oberoi Group berkata, "Saya amat berbangga dengan pemilihan Oberoi Hotels & Resorts sebagai Jenama Hotel Mewah Terbaik di Dunia. Anugerah ini merupakan pengiktirafan terhadap komitmen berterusan oleh The Oberoi Group bagi menyediakan kemudahan serta perkhidmatan bertaraf dunia dan tiada tandingan untuk para pelanggan. Saya mendedikasikan anugerah ini buat para pekerja kami yang merupakan aset kami yang paling penting dan telah bertungkus-lumus bekerja dengan penuh semangat bagi memastikan para pelanggan menerima perkhidmatan yang mesra, peribadi serta teliti."

Maklumat tambahan kepada Editor:

Latar Belakang Oberoi Hotels & Resorts 

Oberoi Hotels & Resorts amat terkenal di dunia menerusi perkhidmatan terbaik, kemewahan serta kecekapan yang antap. Oberoi Hotels & Resorts turut diiktiraf pada peringkat antarabangsa atas kecemerlangan keseluruhan dan tahap perkhidmatan yang tiada tandingan, dengan menerima pelbagai anugerah dan pengiktirafan.

Ciri istimewa yang dimiliki oleh hotel Kumpulan ini ialah kakitangannya yang amat bermotivasi dan sangat berkemahiran dalam menyediakan perkhidmatan yang teliti, peribadi serta mesra. Hotel mewah milik Kumpulan ini juga telah meraih reputasi tinggi dalam penjenamaan semula paradigma kemewahan serta kecemerlangan perkhidmatannya berbanding hotel lain di seluruh dunia.

http://www.oberoihotels.com

Latar Belakang ReviewPro 

Bagi mendapatkan maklumat lanjut tentang ReviewPro, sila layari http://www.reviewpro.com

Bagi maklumat lanjut, sila hubungi:

Silki Sehgal
Pengarah - Komunikasi Korporat
The Oberoi Group
Telefon: +91-11-2389-0505
E-mel: silki.sehgal@oberoigroup.com

Sumber: Oberoi Hotels and Resorts

Source: Oberoi Hotels and Resorts
Keywords: Hotels and Resorts Leisure/Travel/Hotels Travel Awards