omniture

Program TOEIC® Lancarkan Laman Web Baharu 'Why English Matters'

ETS
2014-04-09 21:00 124

- Siri dokumentari berasaskan laman web menekankan kepentingan berkomunikasi dalam bahasa Inggeris dalam dunia perniagaan antarabangsa

PRINCETON, New Jersey, 9 April 2014 /PRNewswire/ -- Baru-baru ini, Program TOEIC melancarkan Why English Matters, laman web baharu berasaskan kandungan yang bertujuan untuk mewujudkan kesedaran serta berkongsi maklumat tentang kepentingan penguasaan bahasa Inggeris dalam ekonomi global.

Bagi melihat aset multimedia yang berkaitan dengan berita ini, sila layari: http://www.multivu.com/mnr/7056051-ets-toeic-program-why-english-matters-website-documentary-series 

Foto - http://photos.prnewswire.com/prnh/20140409/MM94981 
Logo - http://photos.prnewswire.com/prnh/20120110/DC33419LOGO 

Why English Matters menyediakan siri dokumentari video baharu bagi mengetahui kepentingan menguasai bahasa Inggeris menerusi temu ramah bersama para pengurus sumber manusia dan pembuat keputusan daripada pelbagai organisasi global yang menerajui. Laman web ini turut menyediakan artikel berita dan penyelidikan yang berkaitan tentang kebaikan kemahiran berkomunikasi dalam bahasa Inggeris secara berkesan bagi tenaga kerja antarabangsa.

"Memandangkan bahasa Inggeris merupakan bahasa rasmi bagi lebih 70 negara, perniagaan yang beroperasi dalam ekonomi global perlu memastikan tenaga kerja yang wujud terdiri daripada individu yang mampu bertutur dalam bahasa Inggeris dengan cekap," kata David Hunt, Naib Presiden dan Ketua Pegawai Operasi Bahagian Global ETS. "Menerusi laman web Why English Matters ini, kami dapat menyediakan maklumat serta sumber yang bersesuaian dan dikemas kini untuk pihak berkepentingan bagi membangunkan dan turut mengekalkan tenaga kerja yang mampu bertutur dalam bahasa Inggeris."

Laman web tersebut telah diwujudkan untuk melibatkan kesemua jenis individu, kumpulan dan juga organisasi yang mencari peluang untuk memanfaatkan penguasaan bahasa Inggeris dalam ekonomi global, termasuk syarikat, peneraju perniagaan, pengurus sumber manusia, organisasi berita dan juga institusi akademik.

"Platform laman web yang mesra pengguna ini direka khas bagi membantu para pengunjung untuk berkongsi ilmu pengetahuan dan bahan yang disediakan," kata Shelly Punchatz, Pengarah Eksekutif Pemasaran ETS. "Para pengunjung laman web ini juga dapat berkongsi maklumat menerusi platform media sosial bagi menggalakkan perbualan tentang kepentingan pembelajaran bahasa Inggeris."

Kandungan laman web ini akan dikemas kini secara berkala bagi menggalakkan perbincangan kepentingan penguasaan bahasa Inggeris terhadap kemajuan di tempat kerja di seluruh dunia.

Layari Why English Matters di www.whyenglishmatters.com.

Latar belakang Ujian TOEIC
Selama lebih 30 tahun, ujian TOEIC telah digunakan sebagai piawaian global bagi mengukur kemahiran komunikasi berbahasa Inggeris di tempat kerja. Set penilaian TOEIC termasuk ujian Mendengar dan Membaca TOEIC, ujian Bertutur dan Menulis TOEIC serta ujian TOEIC Bridge™ telah digunakan oleh hampir 14,000 perniagaan, organisasi dan juga agensi kerajaan di 150 negara. Pada tahun 2012, hampir tujuh juta ujian TOEIC telah dijalankan di seluruh dunia, lalu menjadikan Program TOEIC sebagai ujian pentaksiran bahasa Inggeris terbesar dan paling kerap digunakan di tempat kerja. Bagi mendapatkan maklumat lanjut tentang ujian TOEIC dan pelbagai perkhidmatan lain yang disediakan oleh Program TOEIC, sila layari http://www.ets.org/toeic.

Latar belakang ETS
Di ETS, kami meningkatkan kualiti dan ekuiti dalam bidang pendidikan bagi orang ramai di seluruh dunia dengan menghasilkan pentaksiran berdasarkan penyelidikan yang rapi. ETS menyediakan perkhidmatan untuk individu, institusi pendidikan serta agensi kerajaan dengan menyediakan penyelesaian yang direka khusus untuk pensijilan guru, pembelajaran bahasa Inggeris serta pendidikan rendah, menengah dan juga lanjutan menengah, di samping menjalankan kajian dasar, analisis dan penyelidikan pendidikan. Setelah ditubuhkan sebagai badan bukan keuntungan pada tahun 1947, ETS menghasilkan, menjalankan serta menilai lebih 50 juta ujian setiap tahun – termasuk ujian TOEFL® dan TOEIC®, ujian GRE® serta pentaksiran The Praxis Series™ - di lebih 180 negara dan lebih 9,000 lokasi di seluruh dunia. www.ets.org

Source: ETS
Keywords: Education Higher Education Multimedia/Online/Internet Web Site Broadcast feed announcements New products/services