omniture

Panadol Klinik Cekatan Haleon luaskan capaian kepada orang ramai dengan pergerakan terhad dan akses penjagaan kesihatan di kawasan terjejas oleh bencana alam

Haleon
2023-05-31 10:30 208
  • Program lanjutan bertujuan untuk menyediakan 10,000 rundingan percuma di seluruh 16 kampung di daerah Cugenang yang terjejas oleh gempa bumi 2022
  • Program perkhidmatan klinik bergerak selama lapan minggu ini menggunakan unit Pain Phone perintis untuk memudahkan perundingan telekesihatan

JAKARTA, Indonesia, 31 Mei 2023 /PRNewswire/ -- Susulan kejayaan inisiatif Panadol Klinik Cekatan, Haleon, peneraju global bagi kesihatan pengguna dan pembuat Panadol, serta Halodoc, salah satu ekosistem kesihatan digital Indonesia yang terkemuka, mendedahkan peringkat mereka yang seterusnya dalam menangani halangan akses penjagaan perubatan melalui perkongsian perkhidmatan klinik bergerak mereka. Program lanjutan ini bertujuan untuk mendekati orang ramai yang mengalami pergerakan yang terhad dan akses kepada perundingan dan rawatan perubatan, memfokuskan kepada penduduk yang terjejas oleh gempa bumi Cianjur November 2022. Program perkhidmatan klinik bergerak ini akan dibantu oleh Panadol Pain Phone, unit teleperubatan yang pertama seumpamanya, merapatkan jarak antara masyarakat luar bandar dan pakar perubatan menggunakan teknologi.

(From left to right) Dhanica Mae Tiu (General Manager of Haleon Indonesia), Setiaji (Chief of Digital Transformation Office of the Ministry of Health Republic of Indonesia), Yudith Arianda (Marketing Lead of Haleon Indonesia), and dr. Irwan Heriyanto, MARS (Chief of Medical of Halodoc) at the launch of Panadol Klinik Cekatan Stage 2 program and addition of the Panadol Pain Phone.
(From left to right) Dhanica Mae Tiu (General Manager of Haleon Indonesia), Setiaji (Chief of Digital Transformation Office of the Ministry of Health Republic of Indonesia), Yudith Arianda (Marketing Lead of Haleon Indonesia), and dr. Irwan Heriyanto, MARS (Chief of Medical of Halodoc) at the launch of Panadol Klinik Cekatan Stage 2 program and addition of the Panadol Pain Phone.

Haleon, a global leader in consumer health and maker of Panadol, in collaboration with Halodoc, announced the launch of the Panadol Pain Phone in Jakarta today (29/5). Inspired by the conventional phone booth, the telehealth unit has features like a video screen for face-to-face interactions and sensors measuring heart rate, blood pressure, temperature, and oxygen levels. The technology will be first deployed in Cianjur to reach communities and individuals affected by the 2022 earthquake.
Haleon, a global leader in consumer health and maker of Panadol, in collaboration with Halodoc, announced the launch of the Panadol Pain Phone in Jakarta today (29/5). Inspired by the conventional phone booth, the telehealth unit has features like a video screen for face-to-face interactions and sensors measuring heart rate, blood pressure, temperature, and oxygen levels. The technology will be first deployed in Cianjur to reach communities and individuals affected by the 2022 earthquake.

Following the success of the Panadol Klinik Cekatan program, Haleon, a global leader in consumer health and maker of Panadol, with Halodoc, continues to improve medical care access for Indonesians in rural areas. The program's expansion includes the launch of the Panadol Pain Phone, which provides both preventive and curative measures through medical consultation, treatment prescription and medication delivery.
Following the success of the Panadol Klinik Cekatan program, Haleon, a global leader in consumer health and maker of Panadol, with Halodoc, continues to improve medical care access for Indonesians in rural areas. The program's expansion includes the launch of the Panadol Pain Phone, which provides both preventive and curative measures through medical consultation, treatment prescription and medication delivery.

Dengan 43% penduduk Indonesia tinggal di luar bandar[1], akses merupakan satu pertimbangan penting apabila perlu memilih antara menahan beban kesakitan fizikal dan emosi atau melakukan perjalanan yang panjang untuk mendapatkan rawatan perubatan. Antara masyarakat luar bandar ini, penduduk yang dipindahkan akibat gempa bumi mungkin mendapati diri mereka berada dalam situasi yang lebih teruk kerana mereka bukan sahaja menghadapi halangan akses ekoran keadaan jalan raya yang teruk, tetapi juga berpotensi mengalami masalah kulit, jangkitan pernafasan serta masalah penghadaman memandangkan keadaan hidup ketika ini di perumahan khemah sementara turut mengehadkan akses kepada air bersih. Menyedari situasi yang timbul, program Panadol Klinik Cekatan selama lapan minggu, dilengkapi dengan Panadol Pain Phone, akan digunakan untuk mendekati 10,000 penduduk merentas 16 kampung di daerah Cugenang, menyediakan langkah-langkah pencegahan dan kuratif melalui perundingan perubatan, preskripsi rawatan dan penghantaran ubat-ubatan.

Sama seperti perundingan percuma dan ubat-ubatan yang disediakan oleh pasukan klinik bergerak, Pain Phone diwujudkan untuk mengupayakan perundingan perubatan dan pemeriksaan tanda-tanda penting, sementara pasukan perubatan yang mengiringi membantu pesakit dengan penggunaannya serta pengagihan ubat-ubatan asas. Unit telekesihatan bergerak menggabungkan peranti penting untuk menjadikan perundingan berciri peribadi dan andal melalui skrin video untuk interaksi secara bersemuka serta sensor yang mengukur metrik seperti kadar degupan jantung, tekanan darah, suhu dan tahap oksigen. Unit ini juga berperanan sebagai program perintis uji-dan-belajar dengan penambahbaikan dan pelarasan yang perlu dibuat untuk fasa-fasa seterusnya berdasarkan pembelajaran dari lapangan.

Setiaji, Ketua Pejabat Transformasi Digital, Kementerian Kesihatan, berkata: "Melalui enam tonggak transformasi, kami percaya bahawa pendigitalan merupakan salah satu kunci untuk menjadikan penjagaan kesihatan lebih inklusif. Program Panadol Klinik Cekatan dan Pain Phone oleh Haleon dan Halodoc merupakan contoh sebenar bagaimana kita boleh mengambil bahagian dalam mempercepatkan akses kesihatan di seluruh negara ini dan menjadikan penjagaan kesihatan serta pendidikan kesihatan mudah diakses oleh lebih ramai orang."

Dhanica Mae Tiu, Pengurus Besar, Indonesia, Haleon, berkata: "Di Haleon, kami komited untuk melakukan lebih lagi bagi menangani halangan yang menghalang kesihatan harian orang ramai yang lebih baik. Kami berbuat demikian dengan memahami hal yang menghalang orang ramai daripada mencapai kesihatan harian yang lebih baik agar kami boleh menyertakannya ke dalam peluang untuk meningkatkan kesihatan mereka dan insan tersayang. Mengupayakan akses yang lebih mudah dan lebih pantas kepada penjagaan perubatan adalah kritikal apabila berjuta-juta penduduk Indonesia didapati menangguhkan rawatan kerana penjagaan perubatan adalah terlalu jauh untuk mereka. Melalui usaha kami yang berterusan dan bersepadu bersama Halodoc, kami tetap fokus untuk membawakan akses kepada penjagaan kesihatan yang berpatutan dan berkualiti tinggi serta pemerkasaan melalui promosi penjagaan diri – kali ini menggunakan teknologi untuk membawakan penyelesaian perundingan jarak jauh kepada masyarakat luar bandar serta penduduk yang terjejas teruk akibat gempa bumi."

Dr. Irwan Heriyanto, MARS, Ketua Perubatan Halodoc, menjelaskan, "Terdapat keperluan untuk meneruskan usaha kami bagi meningkatkan literasi kesihatan awam di Indonesia, khususnya di bandar yang lebih kecil dan komuniti yang terabai. Justeru itu, selain daripada menyediakan rundingan kesihatan percuma serta ubat-ubatan asas, Halodoc menyokong Panadol Klinik Cekatan dengan memberi pendidikan tentang kepentingan gaya hidup asas yang sihat dan rawatan penjagaan diri. Pengenalan kepada perkhidmatan Pain Phone merupakan satu lagi langkah ke hadapan dalam usaha bantuan kolaboratif kami bersama Haleon untuk mempermudah akses kepada penjagaan kesihatan melalui teknologi. Kami berpandangan optimis bahawa perkongsian ini dapat memainkan peranan penting dalam meningkatkan tahap kesihatan keseluruhan penduduk Indonesia."

Setakat ini, program Panadol Klinik Cekatan telah mengadakan lebih 7,000 rundingan percuma, menghubungkan orang ramai dengan pakar untuk mendiagnosis kesakitan mereka, termasuk mereka yang mengalami sakit kepala, sakit sendi dan otot, serta keadaan seperti hipertensi, anoreksia dan asma, yang boleh menjadi keadaan yang mengancam nyawa sekiranya rawatan dilengahkan. Tatkala perkongsian itu diteruskan, lebih banyak usaha bantuan dirancang untuk memperluas liputan klinik bergerak ini ke kawasan luar bandar yang lain dan membantu merapatkan jurang akses kepada lebih ramai orang di seluruh Indonesia.

 

 

 

Source: Haleon
Keywords: Computer/Electronics Electronic Commerce Health Care/Hospital Medical/Pharmaceuticals Pharmaceuticals