omniture

CGTN: Mengapa China berpegang kepada laluan kemakmuran bersama?

CGTN
2023-06-07 14:43 39

BEIJING, 7 Jun 2023 /PRNewswire/ -- Liu Jinliang, seorang pemelihara lebah generasi kedua di Daerah Miyun, subbandar timur laut Beijing, mengamalkan pemeliharaan lebah berbilang kotak. Beliau merupakan pemelihara lebah pertama China yang berjaya menggunakan teknik itu, diperkenalkan oleh kerajaan daerah pada tahun 2016.

Penternak lebah muda itu mengambil masa lima tahun lamanya untuk melaksanakan sepenuhnya teknik baharu itu dan ia kini membantu keluarga beliau dan pemelihara lebah tempatan menjalani kehidupan yang "manis".

Didorong oleh Liu dan kerajaan tempatan, sekitar 30 peratus daripada penternak lebah di Miyun kini menerima pakai teknik baharu itu, seterusnya meningkatkan output dan kualiti madu mereka dengan ketara. Lebih 360 petani berpendapatan rendah di Miyun telah bebas daripada belenggu kemiskinan sejak menyertai projek pemeliharaan lebah.

"Melalui teladan saya, saya dapat memotivasikan orang ramai di sekitar saya. Individu-individu berkenaan pula akan dapat memperkasa orang lain di sekitar mereka. Dengan cara ini, kita dapat mencapai kemakmuran bersama," kata Liu kepada CGTN.

Industri pemeliharaan lebah di Miyun menjana hasil sekitar 130 juta yuan ($18.91 juta) pada tahun 2020, satu peningkatan sebanyak 19.3 peratus berbanding tahun 2019. Didorong oleh apa yang telah dicapai di Miyun, semakin ramai penternak lebah di seluruh China beralih kepada teknik pemeliharaan lebah berbilang kotak untuk meningkatkan output madunya sambil meningkatkan kualiti.

Presiden Cina Xi Jinping pernah memetik satu pepatah Cina purba, "Kunci untuk mentadbir sesebuah negara ialah memperkayakan rakyat terlebih dahulu," bagi menjelaskan mengapa negara ini berusaha mencapai kemakmuran bersama. Kisah Liu memberi gambaran sekilas tentang penerokaan China terhadap laluan untuk mencapai matlamat berkenaan.

Falsafah bertumpukan-rakyat

"Kunci untuk mentadbir sesebuah negara ialah memperkayakan rakyat terlebih dahulu."

Pepatah tersebut, yang berasal daripada Shiji, atau Catatan Sejarawan Agung, sebuah buku sejarah agung China purba yang disusun kira-kira 2,000 tahun yang lalu, mengemukakan falsafah tadbir urus Cina tradisional: rakyat biasa dianggap sebagai asas sesebuah negara dan hanya apabila rakyat makmur barulah negara makmur.

Ini merupakan secebis kebijaksanaan Cina klasik dan ia telah menjadi sebahagian daripada falsafah tadbir urus kerajaan Cina pada zaman moden.

Semasa memetik pepatah tersebut di sebuah perhimpunan untuk menandakan pencapaian pembasmian kemiskinan China dan memberi penghormatan kepada pejuang kemiskinan teladan, Presiden Xi berjanji negara ini akan mematuhi falsafah pembangunan bertumpukan rakyat dan mengikuti laluan kemakmuran bersama dengan teguh.

"Kami sentiasa kekal komited untuk berdiri di sisi rakyat dan menegaskan secara konsisten bahawa membasmi kemiskinan, menambah baik kehidupan rakyat dan mencapai kemakmuran bersama mewakili keperluan asas sosialisme," kata Xi.

Di sebalik kejayaan Liu ialah kerajaan daerah Miyun. Ia telah membantu pemelihara lebah tempatan mempelajari teknik-teknik pemeliharaan lebah lanjutan dan memberikan kepada mereka ratu lebah berkualiti tinggi tanpa bayaran.

Bagi membantu pemelihara lebah dengan lebih baik, kerajaan daerah turut memberi bantuan kewangan bagi menyokong kira-kira 30 projek dalam sektor ini, dengan pelaburan kira-kira sebanyak 100 juta yuan bagi membantu menjadikan pemeliharaan lebah komersial diseragamkan dan diindustrikan.

https://news.cgtn.com/news/2023-06-05/Why-does-China-stick-to-the-path-of-common-prosperity--1kob98IUhB6/index.html

https://youtu.be/Lom4HnpR2xI 

Source: CGTN
Keywords: Computer/Electronics Multimedia/Online/Internet Publishing/Information Service