omniture

Haier Malaysia Lancar Kejohanan Badminton Piala Haier 2023 Kali Pertama, Kini Terbuka untuk Pendaftaran

Haier Malaysia
2023-06-07 16:44 17

Semua rakyat Malaysia berusia 18 tahun dan ke atas dipelawa untuk mendaftar dan mempamerkan kemahiran badminton merekaa dalam Piala Haier 2023 yang julung-julung kali diadakan serta memenangi hadiah wang tunai dan produk Haier bernilai sehingga RM100,000! 

KUALA LUMPUR, Malaysia, 7 Jun 2023 /PRNewswire/ -- Haier Malaysia, jenama perkakasan utama No.1 global bagi 14 tahun berturut-turut mengumumkan pelancaran Kejohanan Piala Haier 2023 kali pertama, yang diinspirasikan oleh pelantikan duta jenamanya baru-baru ini, iaitu juara beregu Kejohanan Badminton Dunia BWF 2022, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik. Haeir mempelawa semua rakyat Malaysia untuk mendaftar dan mengambil bahagian dalam Piala Haier 2023 yang julung-julung kali dianjurkan, sebuah acara hebat yang akan mempamerkan moto "Inspired Living" yang turut terserlah dengan jelas melalui produk, inisiatif, dan perkaitan jenama Haier, baik pada peringkat tempatan mahupun antarabangsa. 

Haier Malaysia Lancar Kejohanan Badminton Piala Haier 2023 Kali Pertama Kini Terbuka untuk Pendaftaran
Haier Malaysia Lancar Kejohanan Badminton Piala Haier 2023 Kali Pertama Kini Terbuka untuk Pendaftaran

Piala Haier 2023 akan berlangsung mulai 24 Jun hingga 30 Julai 2023, meliputi tiga buah negeri – Johor, Pulau Pinang, dan Kuala Lumpur. Kejohanan ini adalah terbuka kepada semua rakyat Malaysia berusia 18 tahun dan ke atas serta bakal menampilkan empat kategori termasuk perseorangan lelaki, beregu lelaki, perseorangan wanita, dan beregu wanita. Yuran pendaftaran adalah sebanyak RM30 setiap orang bagi kategori perseorangan dan RM50 setiap pasangan bagi kategori beregu. Para peserta boleh melayari https://bit.ly/HaierCup2023 untuk mendapatkan maklumat lanjut serta membuat pendaftaran.

Butiran Piala Haier adalah seperti yang berikut:

Negeri

Tarikh

Tarikh Tutup Pendaftaran

Lokasi

Johor Bahru

24 Jun 2023, Sabtu

18 Jun 2023, Ahad

Sports Hub, Austin Heights

Pulau Pinang

1 Julai 2023, Sabtu

25 Jun 2023, Ahad

Kompleks Sukan USM (Universiti Sains Malaysia)

Kuala Lumpur

29 Julai 2023, Sabtu

23 Julai 2023, Ahad

Tops Arena Empire, Cheras

Kuala Lumpur

(Perlawanan Akhir)

30 Julai 2023, Ahad

-

Kaedah permainan Piala Haier 2023
Kejohanan negeri akan dilaksanakan berdasarkan sistem kiraan 30 mata, yang dimainkan dalam format permainan tunggal, sementara perlawanan separuh akhir dan perlawanan akhir akan diperhebat melalui kaedah permainan kiraan 21 mata, berdasarkan dua set terbaik daripada tiga set (Best of Three Games). Butiran hadiah pemenang negeri dan perlawanan akhir disenaraikan seperti yang berikut. 

Cabaran Negeri

Lelaki

Wanita

Kategori

Perseorangan

Beregu

Perseorangan

Beregu

Emas

RM300

RM500

RM300

RM500

Setiap pemenang memperoleh:

  • Satu (01) Raket Badminton Yonex Astrox 88 D Tour bernilai RM639
  • Satu (01) Kotak Hadiah Edisi Terhad Haier x Yonex bernilai RM499

Perak

RM200

RM300

RM200

RM300

Setiap pemenang memperoleh:

Satu (01) Kotak Hadiah Edisi Terhad Haier x Yonex bernilai RM499

Satu (01) Beg Kejohanan Yonex 3D 2231T01 bernilai RM329

Gangsa

Setiap pemenang memperoleh satu (01) Kotak hadiah Edisi Terhad Haier x Yonex bernilai RM499

 

Perlawanan Akhir

Lelaki

Wanita

Kategori

Perseorangan

Beregu

Perseorangan

Beregu

Emas

RM500

RM700

RM500

RM700

Setiap pemenang memperoleh:

  • Satu (01) Mesin Basuh Muatan Depan & Pengering (10kg/6kg) Haier 2 dalam 1 HWD100-B14979 bernilai RM4,699
  • 1 (01) Raket Badminton Astrox Yonex 88 S Pro bernilai RM879

Perak

RM300

RM500

RM300

RM500

Setiap pemenang memperoleh satu (01) Haier 55" H55S6UG PRO TV Android bernilai RM3,099

Gangsa

Setiap pemenang memperoleh satu (01) Haier 1.0HP Penyaman Udara UV Cool HSU-10VQC22 bernilai RM2,050

Haier Menginspirasikan Kem Badminton Impian Masa Depan

Di samping hadiah, enam daripada juara utama akan memenangi peluang yang unik dan perjalanan dengan semua perbelanjaan dibayar ke Thailand untuk mengambil bahagian dalam kem badminton selama dua hari dari 13 hingga 14 Ogos 2023. Kem badminton ini akan dilatih oleh pemain beregu campuran handalan Thailand, Popor Sapsiree Taerattanachai. Pengalaman sekali seumur hidup ini akan memberi pemenang cerapan dan latihan yang tidak terhingga nilainya, sekali gus memperkaya perjalanan sukan badminton mereka. 

Untuk maklumat lanjut mengenai Piala Haier 2023, sila kunjungi https://www.haier.com/my/ dan ikuti Haier menerusi Facebook dan Instagram untuk promosi, acara dan kemas kini terkini.

Source: Haier Malaysia
Keywords: Computer/Electronics Entertainment Household/Consumer/Cosmetics Retail Sporting Events Sports Future Events