omniture

Sidang Kemuncak Asia Echelon 2023 Kembali Dengan Syarikat Pemula TOP100 dari APAC

Optimatic Pte Ltd. (e27)
2023-06-07 23:17 37
  • Sidang Kemuncak Asia Echelon 2023 akan diadakan pada 14-15 Jun 2023 di Singapore EXPO
  • Tema 2023 berkisarkan sekitar bagaimana ekosistem teknologi Asia Tenggara dapat membina perniagaan yang memberi kesan untuk menyelesaikan masalah sebenar sambil memberi tumpuan pada pertumbuhan mampan
  • Acara itu akan menampilkan kembali program TOP100, diwujudkan untuk mempercepatkan pertumbuhan syarikat pemula yang sedang meningkat maju di rantau ini
  • Echelon akan membawakan lebih 5,000 hadirin daripada syarikat pemula utama termasuk MoneySmart, Doctor Anywhere, 500 Global, Bain & Company, Monk's Hill Ventures

SINGAPURA, 7 Jun 2023 /PRNewswire/ -- e27, platform media teknologi dan syarikat pemula terbesar Asia, mengumumkan pelancaran Sidang Kemuncak Asia Echelon (Echelon Asia Summit) 2023. Dianjurkan di Singapore EXPO pada 14-15 Jun 2023, acara selama dua hari itu akan menampilkan 5,000 hadirin dari seluruh Asia, mewakili lebih 200 syarikat dan membawakan lebih 100 penceramah bertaraf dunia peringkat antarabangsa. Echelon ialah sebuah acara teknologi yang membantu syarikat pemula menjalin hubungan perniagaan baharu, mendedahkan peluang perniagaan baharu dan mencipta aliran perjanjian pelaburan baharu dalam seluruh ekosistem teknologi Asia Tenggara.

Echelon Asia Summit 2023 comes back this June 14-15 at the Singapore Expo
Echelon Asia Summit 2023 comes back this June 14-15 at the Singapore Expo

Tahun ini, acara itu akan membincangkan apa yang menanti di hadapan untuk ekosistem teknologi dan syarikat pemula Asia Tenggara, dengan trend pelaburan serta penggabungan & pemerolehan (M&A) dan sektor dengan pertumbuhan tinggi yang sangat tidak menentu ekoran keadaan ekonomi yang dinamik dalam pasaran Asia Tenggara. Selama dua hari, lebih 100 penceramah pakar Echelon akan menyampaikan pandangan tentang Web3.0, Soonicorns dan Pencetus Perubahan Asia Tenggara, Sektor-sektor Masa Depan dan Trend Pelaburan, M&A, Kemampanan serta Pertumbuhan dan Penskalaan. Dengan acara yang selebihnya melibatkan bengkel, perbincangan meja bulat, pameran dan perangkaian, Sidang Kemuncak Asia Echelon 2023 merupakan peluang yang sangat besar untuk syarikat pemula dan pelabur Asia Tenggara.

Pada masa lalu, Sidang Kemuncak Asia Echelon telah menampilkan pengasas dan pegawai peringkat tinggi yang lain daripada syarikat pemula dan firma modal usaha niaga tersohor seperti Grab, Carro, Ninja Van, WeWork, Lazada, Shopback, Lalamove, Altara Ventures, Vertex Ventures, JustCo, Monk's Hill Ventures, Golden Gate Ventures, and Jungle Ventures.

Acara itu akan menyaksikan kembalinya Program TOP100, yang akan melibatkan syarikat pemula terbaik dalam kelas rantau ini mempamerkan projek mereka untuk berpeluang memenangi kejuaraan program. TOP100 ialah program dipilih susun yang diwujudkan untuk menemui, memaparkan dan menggiatkan syarikat pemula generasi seterusnya yang sedang meningkat maju. Finalis, yang dipilih daripada lebih 500 pemohon dan kini mewakili lebih 10 negara, akan melontarkan idea kepada 5,000 delegasi termasuk 25 pelabur terunggul. Senarai alumni TOP100 termasuk nama-nama terkenal masa kini seperti Tookitaki, 99.co, Pickupp, Aspire, H3 Dynamics, Glints.

Program TOP100 tahun ini bekerjasama dengan The SAFE STEPS D-Tech (Disaster Tech) Awards - dicipta oleh Prudence Foundation untuk mencari, membiayai dan menyokong penyelesaian teknologi inovatif yang menyelamatkan nyawa sebelum, semasa dan selepas peristiwa bencana alam. Sebagai sebahagian daripada Program TOP100, The SAFE STEPS D-Tech Awards akan menyenarai pendek 5 daripada lebih 100 pemohon dari seluruh dunia untuk melontarkan idea di Pentas TOP100.

Semasa dalam proses persiapan untuk acara itu, e27 menganjurkan lima pertemuan di seluruh ASEAN, di Singapura, Malaysia, Indonesia, Vietnam dan Filipina, membincangkan landskap syarikat pemula tempatan. Ekosistem syarikat pemula dan teknologi berpotensi tinggi Asia Tenggara masih sedang pulih daripada kesan selepas pandemik, dengan pertumbuhan diramalkan mencecah 4.8% pada tahun 2023 di sebalik pembukaan semula ekonomi. Walaupun dengan ramalan yang menggalakkan, cabaran seperti inflasi, kadar faedah dan landskap pendanaan yang berubah-ubah masih berterusan.

"Sejak 10 tahun yang lalu ekosistem teknologi telahpun berkembang hasil daripada banyaknya pelaburan dan dorongan ke arah pusingan yang lebih besar dan penilaian lebih tinggi, dengan sedikit tumpuan pada asas perniagaan dan pertumbuhan mampan. Tahun lalu menjadi penetapan semula dan penumpuan semula yang baik untuk Pengasas serta Pelabur dan ini merupakan peluang yang baik untuk ekosistem ini membina dengan cara yang baharu dan merancang untuk evolusi ekosistem ini. Echelon menyasarkan untuk membincangkan bagaimana ekosistem ini dapat memberi tumpuan pada masalah yang memberi kesan dan berkembang dengan cara yang mampan," kongsi Mohan Belani, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Bersama e27.

Latar Belakang e27

Ditubuhkan pada tahun 2007, e27 memiliki mandat yang kukuh untuk memberi peluang yang menarik kepada semua usahawan untuk berjaya, menyediakan kepada mereka dengan alatan dan sumber yang relevan bagi membina dan menskalakan syarikat-syarikat mereka dalam ekosistem teknologi Asia. e27 menyediakan platform pilihan untuk hubungan, pandangan, pendanaan dan banyak lagi — semua yang anda perlukan untuk membina sebuah syarikat bernilai bilion dolar.

Latar Belakang Sidang Kemuncak Asia Echelon

Sidang Kemuncak Asia Echelon ialah persidangan teknologi utama e27, menghimpunkan ekosistem syarikat pemula APAC bagi membina hubungan, mendapat pandangan dan bertemu bakat dari seluruh Asia. Terokai bagaimana syarikat pemula, pelabur, syarikat korporat dan badan kerajaan saling bekerjasama rentas sempadan untuk menangani cabaran yang serupa dan isu mendesak serta memperkasa ekosistem yang lebih besar bagi membina Masa Depan Asia. Himpunkan pandangan bermakna daripada pemimpin industri dan pihak berkepentingan melalui perbincangan pentas; bina hubungan dalam industri dengan lebih 300 reruai pameran. Sebagai platform terkemuka Asia untuk syarikat pemula teknologi dan pelaburan selama 13 tahun hingga kini, Sidang Kemuncak Asia Echelon akan melaksanakan penglibatan rentas sempadan, pertumbuhan bakat dan mempamerkan syarikat-syarikat APAC baru muncul dan terkemuka dari tengah-tengah Singapura.

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi, https://e27.co/echelon/asia

The TOP100 Program comes back after a brief hiatus. Echelon Asia Summit will host the TOP100 Stage, where startups will pitch to judges and conference delegates to win the championship.
The TOP100 Program comes back after a brief hiatus. Echelon Asia Summit will host the TOP100 Stage, where startups will pitch to judges and conference delegates to win the championship.

 

TOP100 Program 2019 champion H3 Dynamics
TOP100 Program 2019 champion H3 Dynamics

 

 

Source: Optimatic Pte Ltd. (e27)
Keywords: Computer/Electronics Trade show news