omniture

CGTN: 'Keajaiban penggurunan': Projek hutan sempadan utara yang membina asas ekologi China

CGTN
2023-06-08 08:46 35

BEIJING, 8 Jun 2023 /PRNewswire/ -- China telah menggandakan usaha yang berterusan untuk melaksanakan "misi bersejarah jangka panjang Program Hutan Pokok Pelindung tiga-Utara" dengan sebaiknya dalam usaha untuk mengatasi ribut pasir dan hakisan tanah di wilayah utaranya.

Sepanjang empat dekad yang lalu, program tersebut telahpun meningkatkan kawasan hutan sebanyak 30.14 juta hektar, menurut data tahun 2018.

"Tiga-Utara" China, wilayah barat laut, utara dan timur laut, mempunyai padang pasir, termasuk Gobi dan banyak penggurunan. Negara ini melancarkan projek "Program Hutan Pokok Pelindung tiga-Utara" pada tahun 1978.

Pada hari Selasa, Presiden Xi Jinping mengalu-alukan usaha untuk memerangi penggurunan sepanjang sempadan utara kerana beliau mengakui ciri-ciri situasi penggurunan keseluruhan yang meluas dan sukar diurus di negara ini.

"Pembinaan projek-projek ekologi yang utama seperti Program Hutan Pokok Pelindung tiga-Utara hanya dapat dijayakan di bawah kepimpinan Parti Komunis China (CPC)," kata Xi semasa melawat ladang hutan di Bandar Bayannur, Wilayah Autonomi Mongolia Dalam, utara China.

Beliau menyatakan sasaran asas untuk mengukuhkan "penghalang keselamatan ekologi" bahagian utara sambil menonjolkan sasaran baharu untuk menjadikan projek itu sebagai "tembok hijau sempadan utara yang tidak dapat dihancurkan."

China telah menjadi peneraju dalam kempen global untuk menghijaukan planet ini, dengan pertumbuhan tertinggi liputan hutan dan kawasan hutan buatan manusia yang terbesar. Penemuan tahun 2019 yang diterbitkan dalam Nature Sustainability menunjukkan bahawa sekurang-kurangnya 25 peratus daripada pengembangan dedaun sejak awal tahun 2000 di seluruh dunia datangnya dari China, berdasarkan data daripada satelit NASA.

Pemulihan ekologi 

Pada petang Isnin, Xi melawat Tasik Ulan Suhai, sebuah tasik padang rumput besar yang sukar ditemui di kawasan padang pasir dan separa padang pasir di dunia, tempat beliau menyemak usaha pemulihan ekologi di sana.

Tasik itu, yang mana ramai menggelarnya sebagai "ginjal semula jadi" Sungai Kuning, memainkan peranan penting dalam pelarasan air, pembersihan dan kawalan banjir sungai itu.

Sejak tahun 1990-an, Tasik Ulan Suhai telah menyaksikan pengurangan air imbuhan semula jadinya, pencemaran kumbahan bandar, pencemaran air sisa industri dan kemerosotan fungsi ekologinya, antara isu-isu lain, lalu menggesa pegawai-pegawai tempatan untuk memulakan kempen pemeliharaan.

Menurut data rasmi, mereka telah mencapai tahap pencapaian kedua dengan pemulihan biodiversiti yang berterusan. Kini, tasik tersebut menyaksikan 264 jenis spesies burung dan 22 jenis spesies ikan.

Xi menekankan kepentingan untuk memelihara tasik pada hari Isnin, menggesa usaha yang berterusan. "Pemuliharaan Tasik Ulan Suhai mempunyai implikasi yang penting terhadap pemeliharaan sekuriti ekologi wilayah utara China," kata beliau.

Presiden Cina berkata beliau berharap dapat mencipta "kediaman yang indah" untuk generasi-generasi masa depan.

Inovasi saintifik

Xi turut melawat pusat pemantauan di kawasan Pengairan Hetao di Bayannur pada hari Selasa dan mempelajari tentang kaedah-kaedah informatisasi yang dapat memperincikan usaha pemantauan tempatan dan menggalakkan kecekapan sumber air.

Sebuah projek berusia kira-kira 2,200 tahun, kawasan Pengairan Hetao telah melencongkan air dari Sungai Kuning untuk pengairan tanah ladang di dataran Hetao di Wilayah Autonomi Mongolia Dalam, utara China. Ia merupakan salah satu daripada tiga kawasan pengairan terbesar negara ini dengan sistem pengairan dan saliran tujuh peringkat.

Xi menyeru penambahbaikan projek itu, khususnya pelencongan air saintifik di kawasan berkenaan dan menyeru usaha daripada seluruh masyarakat. Walaupun China mempunyai sumber air yang sangat banyak, presiden Cina masih menekankan kepentingan untuk menjimatkan air. Beliau turut menggesa usaha yang selanjutnya dalam "pertanian moden dan cekap" yang sesuai dengan ciri pertanian di wilayah berkenaan.

https://news.cgtn.com/news/2023-06-06/Xi-inspects-Bayannur-City-in-Inner-Mongolia-1kpZX03Cw9i/index.html 

 

Source: CGTN
Keywords: Computer/Electronics Multimedia/Online/Internet Publishing/Information Service Conservation/Recycling