omniture

EDRR Indonesia 2023: Ekspo Gerak Balas Bencana dan Kesiapsiagaan Kecemasan Antarabangsa Terkemuka Akan Datang ke Indonesia Oktober ini

Comexposium Singapore
2023-06-08 09:29 36

JAKARTA, Indonesia, 7 Jun 2023 /PRNewswire/ -- Comexposium Group, Shanghai Council for the Promotion of International Trade, Shanghai International Exhibition (Group) Co., Ltd, dengan bangganya mengumumkan pelancaran Ekspo Pengurangan & Menyelamat Kecemasan dan Bencana (EDRR) Indonesia 2023. Acara antarabangsa yang amat dinanti-nantikan ini akan memfokuskan kepada penyampaian penyelesaian gerak balas bencana dan kesiapsiagaan kecemasan yang komprehensif kepada sektor swasta dan awam di seluruh rantau Asia-Pasifik. EDRR Indonesia 2023 akan berlangsung mulai 19 hingga 21 Oktober 2023 di Ekspo Antarabangsa Jakarta.

Membina berdasarkan kejayaan besar edisi-edisi EDRR terdahulu yang diadakan di Shanghai and Chongqing, EDRR Indonesia bersedia menarik lebih 10,000 ahli profesional industri dan mempamerkan lebih daripada 200 syarikat pempamer dari Australia, China, Jerman, Jepun, Malaysia, Singapura, Türkiye, United Kingdom dan Amerika Syarikat. Penyertaan antarabangsa yang ketara menekankan kepentingan Indonesia sebagai titik pertemuan industri yang penting dan platform yang paling efektif untuk pertukaran dan pengalaman pengurusan kecemasan di rantau Asia Pasifik.

National Disaster Management Agency (BNPB) dan National Search and Rescue Agency (BASARNAS) dengan bangganya menyokong acara itu yang penting dalam mengurus bencana dan bertindak balas kepada kecemasan di Indonesia. BNPB berfungsi sebagai badan penyelaras utama, memfokuskan kepada pengurangan risiko, kesiapsiagaan, gerak balas dan pemulihan. Melalui kolaborasi dengan pelbagai pihak berkepentingan, BNPB meningkatkan kebingkasan negara ini dan mengurangkan impak bencana. Bersama-sama BASARNAS, agensi-agensi ini memainkan peranan penting dalam menyelamatkan nyawa, mengurangkan impak bencana dan menyokong masyarakat dalam usaha pemulihan mereka.

Sub-majlis Anhui Council for the Promotion of International Trade (China Chamber of International Commerce, Anhui Chamber of Commerce), Sub-majlis Shandong Council for the Promotion of International Trade (China Chamber of International Commerce, Shandong Chamber of Commerce), Jawatankuasa Guangxi Council for the Promotion of International Trade (Guangxi Chamber of International Commerce) dan China Great Wall Industry Corporation terlibat secara aktif dalam menyokong perusahaan-perusahaan tempatan Cina untuk meninjau pasaran antarabangsa, meningkatkan keupayaan pencegahan bencana dan memupuk kerjasama menyelamat kecemasan antarabangsa.

EDRR Indonesia akan menampilkan pameran yang meliputi pelbagai jenis pencegahan dan mitigasi bencana kecemasan, peralatan menyelamat, perkhidmatan berkaitan, peralatan perlindungan, perkhidmatan industri sekuriti, sains keselamatan, peralatan menyelamat kecemasan kebakaran, peralatan menyelamat komprehensif, keselamatan awam dan peralatan polis, kawalan banjir dan saliran bandar, perlindungan keselamatan industri, bahan-bahan pencegahan epidemik, perkhidmatan industri kecemasan dan pengalaman kecemasan keselamatan serta popularisasi sains. Hadirin akan berpeluang untuk berinteraksi dengan peserta pameran dan mengalami secara langsung peralatan dan perkhidmatan kecemasan dan menyelamat yang terkini.

Dengan lokasi geografi Indonesia di dalam Lingkaran Api dan Jalur Alpid, ancaman yang dihadapi oleh negara ini hanya dapat dikurangkan dengan berkesan oleh pasukan gerak balas yang terlatih dan serba lengkap. Acara itu bertujuan untuk mengatasi kebimbangan yang semakin meningkat terhadap pelbagai ancaman kepada kehidupan dan infrastruktur negara, yang dijangka menjadi lebih teruk dengan bermulanya perubahan iklim.

Sorotan utama EDRR Indonesia termasuk:

  • Teknologi Canggih: Meneroka produk, peralatan dan penyelesaian teknologi termaju yang direka bentuk untuk meningkatkan gerak balas bencana dan kesiapsiagaan kecemasan.
  • Pameran Interaktif: Terlibat dengan paparan langsung dan simulasi yang mereplikasi senario kecemasan kehidupan sebenar, menawarkan pemahaman lebih mendalam tentang cabaran dan penyelesaian dalam pengurusan bencana.
  • Pandangan Pakar: Pelajari daripada pakar industri dan pemimpin pemikiran melalui perbincangan panel, seminar dan pembentangan ucaptama, berkongsi kepakaran mereka dan memberi tumpuan kepada isu-isu mendesak dalam gerak balas bencana.
  • Peluang Perangkaian: Berhubung dengan golongan profesional daripada pelbagai sektor, termasuk perkhidmatan kecemasan, agensi kerajaan, pertubuhan bukan untung dan industri swasta, memupuk kolaborasi dan perkongsian.
  • Trend Baru Muncul dan Inovasi: Dapatkan gambaran sekilas tentang masa depan pengurusan bencana dan terokai ruang khusus yang mempamerkan trend baru muncul, projek penyelidikan dan inovasi berwawasan yang berjanji untuk merevolusikan bidang gerak balas bencana.

"Kami teruja untuk menganjurkan acara berskala besar bertaraf antarabangsa yang pertama dan satu-satunya memfokuskan pada semua aspek gerak balas bencana dan kesiapsiagaan kecemasan," kata En. Andrew Marriott, Pengarah Urusan daripada Comexposium Singapore. "Indonesia menghadapi pelbagai insiden, termasuk kebakaran, banjir, tanah runtuh, gempa bumi, gangguan ketenteraman awam, kemalangan industri, pencemaran, ribut dan keselamatan pengangkutan. Matlamat kami adalah untuk menghimpunkan pakar, ahli profesional dan pihak berkepentingan bagi membincangkan dan mempamerkan teknologi, peralatan dan perkhidmatan terkini untuk gerak balas dan mitigasi bencana yang berkesan. Keselamatan orang awam Indonesia harus tetap menjadi keutamaan."

EDRR Indonesia menghulurkan jemputan mesra kepada semua pihak berkepentingan yang melabur dalam gerak balas bencana dan kesiapsiagaan kecemasan untuk menyertai kami di Ekspo Antarabangsa Jakarta mulai 19 hingga 21 Oktober 2023. Ayuh kita berhimpun bersama-sama, bersatu menerusi komitmen kami untuk melindungi masyarakat dan membina masa depan yang berdaya tahan.

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi laman sesawang rasmi acara ini di www.edrri.com.

Hubungan Media:

Sandy Wong (Cik)
Pengurus Projek
Comexposium Singapore
sandy.wong@comexposium.com
+65 6392 5328

Lampiran

 

 

Source: Comexposium Singapore
Keywords: Banking/Financial Service Trade show news