omniture

103 Restoran Menyerlah dalam Edisi Sulung MICHELIN Guide Hanoi & Ho Chi Minh City, termasuk 4 Bintang MICHELIN

The MICHELIN Guide
2023-06-08 14:51 29

HANOI, Vietnam, 8 Jun 2023 /PRNewswire/ -- Michelin dengan sukacitanya mempersembahkan pemilihan restoran yang pertama sekali, MICHELIN Guide Hanoi & Ho Chi Minh City. Antara 103 buah restoran yang disyorkan (48 di Hanoi dan 55 di Bandar Raya Ho Chi Minh), 4 buah restoran diiktiraf dengan satu Bintang MICHELIN atas masakan mereka yang berkualiti tinggi (3 di Hanoi dan 1 di Bandar Raya Ho Chi Minh), sementara 29 pertubuhan – nilai terbaik untuk wang pemeriksa – menerima Bib Gourmand kerana menawarkan makanan yang lazat pada harga sederhana.


4 Restoran Dianugerahkan Satu Bintang MICHELIN

Antara 103 buah restoran dalam pemilihan itu, satu Bintang MICHELIN dianugerahkan kepada 3 buah restoran di Hanoi (GIA, Hibana by Koki, Tam Vi) dan sebuah restoran di Bandar Raya Ho Chi Minh (Anan Saigon) kerana menawarkan masakan yang berkualiti tinggi dan pengalaman kulinari luar biasa yang patut disinggah apabila melancong ke Vietnam.

"Kami amat berbangga kerana akhirnya dapat mempersembahkan pemilihan restoran yang pertama di Vietnam, dengan sejumlah 103 buah restoran dalam Panduan ini, menonjolkan 4 buah restoran yang dianugerahkan dengan satu Bintang MICHELIN," kata Gwendal Poullennec, Pengarah Antarabangsa MICHELIN Guide. "Pemilihan pertama di Hanoi dan Bandar Raya Ho Chi Minh mengetengahkan perbezaan dan kepelbagaian daripada apa yang dapat ditawarkan oleh dua bandar ini. Hanoi, ibu negara Vietnam, menawarkan suasana yang sangat santai dan tenang dengan kedai-kedai kecil serta restoran-restoran kebanyakannya ditemui di kota lama ini. Masakan tradisional Vietnam dengan rasa Utara adalah sesuatu yang lazim di bandar ini, dengan persembahan rasa semula jadi yang jelas, dipertingkatkan dengan jenis rempah ratus dan herba yang berbeza agar rencam. Sebaliknya, Bandar Raya Ho Chi Minh merupakan sebuah bandar yang sibuk dan berkembang pesat yang menawarkan tenaga unik kepada semua pengembara dan mempunyai pelbagai jenis masakan. Kedua-dua teknik memasak moden dan tradisional dapat dilihat dengan baik dan terdapat juga gabungan bakat yang hebat serta cef tempatan muda yang bersemangat untuk mempersembahkan idea dan hasil ciptaan mereka di atas pinggan. Ini hanyalah permulaan dalam perjalanan MICHELIN Guide di Vietnam dan pemeriksa kami berasa amat gembira kerana dapat menemui banyak tempat gastronomi di Hanoi serta Bandar Raya Ho Chi Minh dan saya pasti, banyak lagi pada tahun-tahun yang akan datang."

Untuk maklumat lanjut tentang MICHELIN Guide penuh di Vietnam, sila lihat di sini.

Source: The MICHELIN Guide
Keywords: Food/Beverages Restaurants Retail Travel Awards Corporate Social Responsibility