omniture

Xinhua Silk Road: Shanghai, Timur China teroka laluan inovatif untuk bina bandar pusat penggunaan antarabangsa

Xinhua Silk Road
2023-06-12 09:14 96

BEIJING, 12 Jun 2023 /PRNewswire/ -- Persidangan Inovasi Pasaran Penggunaan Shanghai 2023 telah pun diadakan pada hari Rabu di Shanghai, timur China yang menyediakan platform untuk meneroka laluan inovatif bagi membentuk metropolis ini menjadi sebuah bandar pusat penggunaan antarabangsa.

Acara tersebut berlangsung ketika Shanghai berusaha untuk meningkatkan penganjuran dan perancangan festival penggunaan, menginovasi senario penggunaan dan memenuhi keperluan pengguna yang diperibadikan agar dapat menggalakkan pembangunan ekonomi yang berkualiti tinggi.

Semasa persidangan itu, pakar dan cendekiawan bersama Development Research Center of the State Council, Paris Institute of Political Studies dan institusi, serta wakil daripada perusahaan antarabangsa dan domestik yang terkenal seperti L'Oreal, Coach, Shanghai Bailian Group Co., Ltd. (600827.SH), Shanghai Maling Aquarius Co., Ltd. (600073.SH), ICICLE dan To Summer mengadakan perbincangan yang meluas berkisar topik-topik yang berkaitan dengan penggunaan seperti perspektif baharu, produk, laluan, model, senario dan teknologi.

Laporan tentang pembangunan bandar-bandar pusat penggunaan antarabangsa yang disusun oleh China Economic Information Service dikeluarkan semasa acara itu.

Menurut laporan berkenaan, Shanghai, Beijing dan beberapa buah bandar lain di negara China telah menjadi penanda aras bagi bandar pusat penggunaan global dengan mempercepatkan peningkatan asas penggunaan, mengoptimumkan persekitaran penggunaan dan membangunkan format perniagaan baharu.

Sebagai salah satu daripada lima buah bandar raya China yang mula membangunkan pusat penggunaan antarabangsa pada tahun 2021 dan mencipta 13.2 peratus daripada jumlah nilai penggunaan negara dengan 8 peratus daripada jumlah penduduk pada tahun 2022, Shanghai berada di hadapan dalam liputan jenama pengguna selain dorongan pembangunan perindustriannya utuh dan mantap. Sebagai contoh, Daerah Xuhui di bandar raya mega ini giat membangunkan kawasan menjadi sebuah tempat demonstrasi untuk pelancaran produk baharu global dan sebuah hab yang menghimpunkan jenama pengguna tempatan yang terkenal. Usaha tersebut membuahkan hasil memandangkan banyak jenama kelas pertama bertaraf antarabangsa dan jenama baharu tempatan telah bertapak di daerah tersebut, menurut laporan berkenaan.

Selain persidangan itu, Festival Beli Belah Double Five tahunan keempat turut dilancarkan oleh Shanghai untuk meningkatkan penggunaan. Semasa festival itu, konglomerat runcit berpangkalan di Shanghai, Bailian Group menyelaraskan subsidiarinya, kira-kira 4,000 cawangan dan platform dalam talian bersekutu serta berganding bahu dengan pemilik jenama dan rakan kongsi untuk melabur 2 bilion yuan dalam sumber pemasaran bagi menjalankan lebih 200 kempen promosi penggunaan, termasuk projek pengalaman budaya animasi, komik dan permainan (ACG) yang diterima baik.

Lihat pautan asal: https://en.imsilkroad.com/p/334491.html

Source: Xinhua Silk Road
Keywords: Banking/Financial Service Publishing/Information Service Survey, Polls & Research Trade show news