omniture

Majlis Anugerah Pertandingan Video Pendek 'Youth on the Silk Road' Berlangsung

CRIOnline
2023-06-12 22:36 37

BEIJING, 12 Jun 2023 /PRNewswire/ -- Sebuah majlis penyampaian anugerah untuk Pertandingan Video Pendek "Youth on the Silk Road" bermula pada 10 Jun di Silk Road Paradise, Xi'an. Acara tersebut ditaja oleh CRI Online of China Media Group dan dianjurkan dengan kerjasama Shaanxi Tourism Group Co., Ltd dan CRI Online Shaanxi Channel. Beberapa anugerah disampaikan semasa acara tersebut dan pelancaran Pertandingan Video Pendek "Youth on the Silk Road" kedua turut berlangsung.

Pertandingan Video Pendek "Youth on the Silk Road" kedua bermula secara rasmi
Pertandingan Video Pendek "Youth on the Silk Road" kedua bermula secara rasmi

Pertandingan Video Pendek "Youth on the Silk Road" dilancarkan pada 28 Februari 2022, menjemput penyerahan video pendek dari pebagai negara dan wilayah sepanjang Jalan Sutera. Pelawaan penyertaan bertujuan untuk menggalakkan individu-individu memaparkan kisah-kisah belia daripada Generasi Z yang menyentuh perasaan di kawasan-kawasan yang disebut di atas melalui lensa. Sejak perasmiannya, pertandingan itu telah mengumpul lebih 5,000 penyertaan dari lebih 20 negara seperti Jerman, Singapura dan Argentina. Dengan kesemua video ini, kemajuan yang dibuat dalam memperkukuh ikatan sesama rakyat di bawah Inisiatif Jalur dan Jalan (BRI) telahpun ditunjukkan dengan baik sejak BRI dicadangkan.

Pada majlis penyampaian anugerah itu, para hadirin menyaksikan pengumuman pemenang bagi hadiah utama, anugerah juri utama, hadiah tempat pertama, kedua dan ketiga serta anugerah kecemerlangan. Di samping itu, tujuh kategori anugerah individu termasuk anugerah kreativiti terbaik dan anugerah organisasi cemerlang turut disampaikan kepada para pemenang. Kvlividze Tamar, pembuat vlog (vlogger) dari Georgia memenangi anugerah utama menerusi hasil kerja beliau yang bertajuk Chinese-Georgian Interactions through My Lens. Video pendek bertajuk Listen! The sounds that are disappearing daripada Pejabat Penerangan Perbandaran Beijing menerima anugerah juri utama.

Pada majlis penyampaian anugerah, satu perbincangan meja bulat yang bertajuk "Mengumpul Kuasa Generasi Z untuk Memperkukuh Impian Jalan Sutera" ("Gathering the Power of Generation Z to Bolster the Silk Road Dream") telahpun dianjurkan. Di samping itu, acara tersebut turut menandakan pelancaran Pangkalan Inkubasi Pencipta Muda (Young Creator Incubation Base) sepanjang Jalan Sutera. Tambahan pula, "Program Ciptaan-bersama Kandungan Generasi Z" ("Content Co-creation Program of Generation Z") dilancarkan di lapangan.

Source: CRIOnline
Keywords: Art Computer/Electronics Entertainment Multimedia/Online/Internet Social Media Travel