omniture

CGTN: Mengapa China komited terhadap pembangunan hijau

CGTN
2023-06-13 08:27 44

BEIJING, 13 Jun 2023 /PRNewswire/ -- Terletak di bahagian paling utara Wilayah Hebei, Saihanba ialah salah satu hutan buatan manusia yang terbesar di dunia.

Meliputi kawasan seluas kira-kira 93,000 hektar, Saihanba ialah habitat kepada ribuan spesies flora dan fauna. Persekitaran alam semula jadinya yang menakjubkan menarik perhatian ramai pelancong saban tahun.

Walau bagaimanapun, ia bukan selalu begini. Berpatah balik ke tahun 1950-an, bekas permukiman diraja itu boleh dikatakan menjadi tanah terbiar akibat daripada pembasmian hutan yang berleluasa, yang seterusnya mengancam ibu negara ini, Beijing dan wilayah-wilayah bersebelahan dengan ribut pasir yang teruk dan kerap.

Satu usaha epik bermula pada tahun 1962 untuk mengubah tanah gersang yang tandus itu menjadi satu "keajaiban" hijau, padat dengan 500 juta batang pokok.

Liputan hutan meningkat daripada 11.4 peratus kepada 80 peratus dalam enam dekad. Ia membersihkan dan menyucikan kira-kira 137 juta meter padu air bersih untuk penduduk Beijing dan Tianjin, sambil menyerap 860,300 tan karbon dioksida dan membebaskan 598,400 tan oksigen.

Bermula daripada pengesanan kebakaran radar inframerah dan pemantauan amaran kilat awal hinggalah pemantauan video kebakaran hutan dan pemantauan titik panas satelit, teknologi canggih telah diterima pakai untuk membantu menjaga hutan daripada kebakaran.

"Sistem kami memberi amaran secara automatik kepada penjaga hutan melalui telefon sebaik sahaja panahan kilat menghampiri hutan dengan kuasa melampaui standard," kata Peng Zhijie, pengarah pejabat pencegahan kebakaran hutan Saihanba. "Kami turut menggunakan dron untuk meronda persekitaran hutan yang berdekatan."

Hasil daripada teknologi ini, hutan ini dilindungi dengan baik sambil memberi manfaat kepada penduduk. Presiden Xi Jinping memuji pencapaian hijau di Saihanba pada tahun 2021, berkata "transformasi kawasan ini telah mencipta model dalam sejarah kemajuan ekologi negara ini."

Hormati alam semula jadi dan manfaatnya akan mengalir

"Semua makhluk berkembang maju apabila ia hidup dalam harmoni dan mendapat khasiat daripada alam semula jadi." Ini merupakan pepatah Cina daripada pemikir hebat Xunzi lebih daripada 2,000 tahun lalu, yang dipetik oleh Xi dalam ucapan yang disampaikan di Sidang Kemuncak Pemimpin-pemimpin mengenai Iklim melalui pautan video dari Beijing pada April 2021. Saihanba ialah contoh jelas, mencerminkan bagaimana pembangunan yang harmoni antara manusia dan alam semula jadi dapat menjurus kepada masa depan yang lebih hijau.

Xi berkata, "Alam semula jadi telah menyuburkan kita dan kita harus menganggap alam semula jadi sebagai asal-usul kita, menghormatinya, melindunginya dan mengikuti hukumnya. Kegagalan untuk menghormati alam semula jadi atau akur kepada hukumnya hanya akan mengundang dendamnya."

Pada tahun 2020, China mengumumkan matlamat berkembar untuk mencapai puncak emisi karban dioksida sebelum tahun 2030 dan mencapai keneutralan karbon sebelum tahun 2060 demi menjamin pembangunan mampan.

Dalam laporan kepada Kongres Kebangsaan ke-20 Parti Komunis China pada Oktober lalu, memajukan pembangunan hijau dan hubungan yang harmoni antara manusia dan alam semula jadi merupakan antara tugas penting yang ditetapkan untuk perjalanan negara ini ke hadapan dalam tempoh lima tahun akan datang

https://news.cgtn.com/news/2023-06-09/Why-China-is-committed-to-green-development-1kv7VHtXzWg/index.html

yt:
https://youtu.be/IRibUWy1S6g

 

Source: CGTN
Keywords: Computer/Electronics Environmental Products & Services Multimedia/Online/Internet Publishing/Information Service Environmental Issues