omniture

MUZIKAL SENSASI ANTARABANGSA & JULIET BAKAL MENGADAKAN TAYANGAN PERDANA ASIA DI SINGAPURA

Base Entertainment Asia
2023-06-20 08:32 31

SINGAPURA, 20 Jun 2023 /PRNewswire/ -- Persembahan muzikal menggegarkan yang telah menguasai Broadway, & JULIET bakal tiba ke Singapura untuk musim yang sangat terhad mulai 21 September hingga 8 Oktober 2023 di Sands Theatre, Marina Bay Sands& JULIET akan mengadakan tayangan perdananya dan satu-satunya hentian Asia di Singapura.

Menerusi buku oleh penulis Schitt's Creek pemenang Anugerah Emmy® David West Read dan muzik daripada pencipta lagu/penerbit legenda pemegang Anugerah GRAMMY® sebanyak lima kali Max Martin& JULIET menyaksikan kisah cinta paling terkenal daripada Shakespeare diadun semula dengan beberapa lagu pop paling ikonik daripada tiga dekad yang lalu dalam sebuah kisah membangkitkan semangat tentang penemuan diri, pemerkasaan dan cinta.

& JULIET menukar skrip tentang kisah cinta paling hebat yang pernah diceritakan, membayangkan apa yang berlaku sekiranya Juliet tidak menamatkan semuanya untuk Romeo dan mendapat peluang kedua dalam kehidupan dan cinta – dengan caranya sendiri.

Kisah baharu Juliet dihidupkan melalui senarai main lagu pop yang sangat menarik oleh penulis legenda Max Martin dan rakan-rakan termasuk Since U Been Gone, Roar, Baby One More Time, Larger Than Life, That's The Way It Is, Can't Stop the Feeling, berserta sebuah lagu baharu yang ditulis khusus untuk persembahan tersebut oleh Martin.

Penerbit Australia & JULIET, yang turut menerbitkan musim Singapura, Michael Cassel berkata, "Kami telah melihat, berkali-kali, khalayak di Singapura gemarkan aktiviti malam yang bagus dan & JULIET berjanji untuk merealisasikannya. Penerbitan yang luar biasa ini, membawakan lagu-lagu terkenal Max Martin yang hebat selama berdekad-dekad dan membawa pembaharuan ke atasnya dengan pandangan baharu yang hangat tentang kisah cinta terhebat yang pernah diceritakan – mencetuskan pesta terbesar di bandar ini dan kami tidak sabar-sabar untuk berpesta di Singapura."

Berusaha untuk menjadikan Singapura sebagai Broadway Asia, syarikat hiburan langsung Base Entertainment Asia sentiasa mengikuti perkembangan terkini tentang apa yang ingin ditonton oleh khalayak dan berjaya memperoleh serta mempersembahkan banyak Tayangan Perdana Asia daripada produksi-produksi antarabangsa yang terkenal. Ketua Pegawai Eksekutif Base Entertainment Asia Chantal Prudhomme berkata warga Singapura tidak harus melepaskan peluang untuk menonton persembahan muzikal itu di Singapura, sebelum ini menjadi lebih besar.

"Warga Singapura tidak perlu menunggu selama bertahun-tahun sebelum mereka berpeluang menonton produksi yang tiada tandingan ini yang menguasai Broadway dan West End. Ia merupakan sebuah kisah yang sangat relevan pada hari ini, diceritakan dengan begitu pintar dan lucu, semua orang akan dapat memahaminya dengan cara mereka yang tersendiri. Menerusi lagu-lagu ikonik Max Martin pula, bukan sahaja peminat teater muzikal, malah sesiapa sahaja boleh menikmati detik yang menyeronokkan dan tidak dapat dilupakan di teater bersama & JULIET," kata Prudhomme.

& JULIET diterbitkan oleh Michael Cassel Group dengan kerjasama MTM/Leyline dan dipersembahkan di Singapore by Base Entertainment Asia di bawah arahan Chantal Prudhomme. Tayangan tersebut dipersembahkan di Broadway dan di peringkat antarabangsa oleh Max MartinTim HeadingtonTheresa Steele PageJenny PeterssonMartin Dodd.

Bermula pada harga SGD 68, tiket boleh dibeli di Marina Bay Sands Ticketing, SISTIC atau Trip.com. Pemegang kad Maybank boleh menikmati diskaun 15%.

 

Source: Base Entertainment Asia
Keywords: Art Entertainment Music New products/services Future Events