omniture

CCTV+: Xi berdedikasi terhadap tadbir urus berorientasikan rakyat dalam kerjaya politik

CCTV+
2023-06-20 19:26 30

BEIJING, 20 Jun 2023 /PRNewswire/ --

Jalan cerita:

Presiden Cina Xi Jinping telah berdedikasi terhadap perjuangan untuk menjadikan kehidupan rakyat lebih baik dalam kerjaya politik beliau setakat ini.

Dengan kesungguhan untuk melakukan perkara yang baik untuk rakyat, kerjaya politik Xi bermula pada tahun 1982 di Wilayah Hebei, utara China apabila beliau memegang jawatan sebagai timbalan setiausaha Jawatankuasa Parti Komunis China (CPC) Daerah Zhengding.

Semasa beliau berada di Zhengding, Xi menunggang basikal untuk memeriksa setiap kawasan di daerah itu dan memfokuskan kepada isu-isu yang berkait rapat dengan mata pencarian rakyat, seperti jumlah bijirin yang tidak munasabah tinggi yang perlu dijual oleh petani tempatan kepada kerajaan di bawah peraturan ketika itu.

Kemudian Xi menulis sepucuk surat kepada kerajaan pusat mengenai isu berkenaan dan jumlah bijirin yang akan dibeli oleh pihak kerajaan diselaraskan semula selepas satu siasatan yang menyeluruh.

Bermula daripada usaha beliau untuk penduduk luar bandar pada tahun-tahun awal hinggalah cadangan tentang Impian Cina sebagai presiden, memberikan faedah yang ketara kepada rakyat sentiasa menjadi kepercayaan Xi yang paling kukuh.

Sebulan setengah kemudian, Xi memeriksa sebuah kampung 300 kilometer jauh dari Beijing untuk mengetahui tentang keadaan kehidupan keluarga miskin semasa musim sejuk yang teruk.

Sejak Kongres Kebangsaan CPC ke-18 pada tahun 2012, Xi telah mengadakan lebih daripada 100 lawatan pemeriksaan untuk mengetahui tentang keadaan di peringkat akar umbi dan menyenaraikan banyak kesukaran rakyat ke dalam agenda rakyat dan rancangan pembaharuan kerajaan pusat.

Xi menyertai perbincangan panel Kongres Rakyat Kebangsaan dan Jawatankuasa Kebangsaan Persidangan Perundingan Politik Rakyat Cina 56 kali sejak 11 tahun yang lalu untuk mengetahui tentang pendapat rakyat daripada kira-kira 400 perwakilan.

Apabila bertemu Speaker Dewan Rakyat Itali Roberto Fico pada tahun 2019, Xi ditanyakan tentang perasaan beliau ketika beliau dipilih menjadi presiden China.

Xi berkata ia merupakan satu tanggungjawab yang besar dan memerlukan kerja keras untuk mentadbir sebuah negara yang besar dan beliau akan mengenepikan kesejahteraan beliau sendiri demi kebaikan rakyat Cina.

Bermula sebagai pegawai desa dan kini presiden China, Xi sentiasa menjadikan rakyat sebagai keutamaan tertinggi di hati beliau dan menunjukkan rasa cinta yang mendalam kepada rakyat Cina dengan usaha yang berdedikasi.

Pautan:https://youtu.be/XPhWkY24ZFc

Source: CCTV+
Keywords: Internet Technology Publishing/Information Service Telecommunications