omniture

Doo Wealth Tandatangani MOU Dengan Corpag Bagi Menandakan Perkongsian Perniagaan Global

Doo Group
2023-06-22 10:09 58

HONG KONG, 22 Jun 2023 /PRNewswire/ -- Syarikat subsidiari Doo Group dan ahli Doo Wealth, Doo Consulting Limited (No. Pendaftaran Syarikat 2601567), dengan sukacitanya mengumumkan bahawa ia telah berjaya menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) dengan Corpag Services (Asia) Ltd. (No. Pendaftaran Syarikat 2096447) bagi menandakan perkongsian perniagaan global.


Perkongsian perniagaan global ini akan memfokuskan untuk melaksanakan usaha kolaboratif global masa depan yang saling menguntungkan bagi menggalakkan daya saing Doo Consulting Limited dan Corpag Services (Asia) Ltd.

Perkongsian Kukuh Antara Dua Organisasi Cemerlang 

Doo Consulting Limited

Sejak penubuhannya, Doo Group telah memupuk sebuah pasukan yang mantap dengan lebih 750 pakar industri yang bekerja di lebih 10 pejabat seluruh dunia. Dengan visi untuk meluaskan jangkauannya, Doo Group aktif mencari peluang untuk menceburi pasaran yang berbeza dan Doo Consulting Limited merupakan penanda aras Doo Group dalam sektor amanah.

Doo Consulting Limited ialah sebuah syarikat amanah yang didaftarkan menurut Ordinan Pemegang Amanah (Bab 29 Undang-undang Hong Kong) dengan kebenaran daripada Pejabat Pendaftaran Syarikat-syarikat Hong Kong ("CR"). Di samping itu, Doo Consulting Limited memiliki lesen untuk menyediakan perniagaan perkhidmatan amanah atau syarikat di Hong Kong ("lesen TCSP"). Di bawah pengawasan pengawal selia yang terkemuka di dunia, Doo Consulting Limited diberi kuasa untuk menyampaikan perniagaan yang komprehensif, termasuk tetapi tidak terhad kepada pengurusan aset, perkhidmatan jagaan dan penyelesaian jagaan.

Corpag Services (Asia) Ltd.

Diperbadankan pada tahun 1972, Corpag Group ialah sebuah organisasi milik bebas yang menyediakan perkhidmatan amanah, pentadbiran dan kesetiausahaan korporat kepada pelanggan kekayaan peribadi, korporat dan dana di seluruh dunia. Dengan sejarah selama lebih 50 tahun, Corpag memiliki jaringan pejabat global merentas pelbagai wilayah dan negara, termasuk AS, United Kingdom, Kanada, Belanda, Singapura, New Zealand, Hong Kong dan banyak lagi.

Di Hong Kong, Corpag Services (Asia) Ltd. menawarkan penyelesaian bersepadu yang berkualiti tinggi kepada pelanggannya seperti perkhidmatan pentadbiran undang-undang, perkhidmatan perwakilan cukai, penyediaan amanah dan perkhidmatan pentadbiran.

Memperkasa Sektor Amanah Melalui Usaha Kolaboratif Global

MOU berkenaan menandakan komitmen bersama kedua-dua organisasi berwawasan itu untuk saling bekerjasama bagi memanfaatkan kepakaran, sumber dan rangkaian kolektif mereka untuk meningkatkan sektor amanah ke tahap yang lebih tinggi. Melalui perkongsian perniagaan global, Doo Consulting Limited dan Corpag Services (Asia) Ltd. bertekad untuk menyampaikan nilai yang luar biasa dan memacu kejayaan pelanggan global mereka.

Emel: marketing@doogroup.com

Laman Web: www.doogroup.com

Source: Doo Group
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Contracts Financing agreements Licensing/marketing agreements