omniture

Hakurnas Lead Works Ltd bersetuju gunakan teknologi kitar semula plumbum tanpa-emisi GHG ACE Green Recycling di kemudahan Israel mereka

ACE Green Recycling
2023-06-22 21:45 93

Kemudahan akan dapat mengitar semula 50,000 tan bateri plumbum setahun sambil berpotensi menghalang 30 juta kilogram emisi GHG setiap tahun

HOUSTON, 22 Jun 2023 /PRNewswire/ -- ACE Green Recycling (ACE) telahpun menandatangani perjanjian pembekalan peralatan dan pelesenan dengan Hakurnas Lead Works Ltd untuk menubuhkan kemudahan kitar semula bateri tanpa-emisi gas rumah hijau (GHG) di Israel dan Romania. ACE akan menggunakan teknologi kitar semula bateri plumbum sifar-emisi proprietarinya pada pengeluar plumbum sekunder terkemuka Israel untuk mewujudkan secara progresif 50,000 tan kapasiti kitar semula bateri plumbum setiap tahun, yang diterjemahkan kepada sekitar USD 60 juta jualan logam plumbum secara tahunan.

Logo Bersama Logo_Ace Green Recycling_Hakurnas Lead Works
Logo Bersama Logo_Ace Green Recycling_Hakurnas Lead Works

Hakurnas ialah pelebur plumbum sekunder terkemuka Timur Tengah dengan kejayaan operasi selama lebih 60 tahun di Israel. Pada masa kini, ia semakin menjadi salah satu pembekal plumbum yang utama kepada Eropah dan Amerika Utara menerusi jenamanya yang diluluskan oleh LME dan melalui perkongsian ini, merancang untuk memberi impak positif terhadap matlamat rantau berkenaan ke arah mengurangkan emisi karbon.

Miron Badin, Ketua Pegawai Eksekutif dan pemilik Hakurnas berkata: "Kami menyedari serta-merta nilai teknologi yang ditawarkan oleh ACE kepada kami dan teruja untuk menyertai mereka bagi membawa industri ini ke arah hala tuju yang baharu dan lebih mampan. Penting untuk kami berhubung dengan ACE bagi menjadi pengguna sangat awal teknologi radikal sedemikian, memandangkan Hakurnas sentiasa menyasarkan untuk menjadi pelopor pembangunan dalam industri kami."

Bateri plumbum merupakan unsur penting dalam industri automotif dan telekomunikasi, sekali gus turut memainkan peranan penting dalam peralihan tenaga untuk penyimpanan kuasa boleh baharu. Secara tradisi, bateri plumbum dikitar semula melalui proses peleburan yang melibatkan suhu operasi lebih 1,000°C, lalu menghasilkan emisi GHG yang signifikan berserta sisa pepejal toksik yang harus dibawa ke tapak pelupusan.

Tidak seperti peleburan, teknologi kitar semula ACE menggantikan relau peleburan dan beroperasi pada suhu bilik, menggunakan tenaga elektrik, memiliki emisi GHG Skop 1 sifar dan mengurangkan sisa pepejal sebanyak lebih daripada 80%. Prosesnya akan meningkatkan keberuntungan Hakurnas dengan ketara serta meminimumkan risiko operator mereka dan alam sekitar.

"Hakurnas sentiasa menjadi sebuah syarikat yang inovatif dan menerusi perkongsian ini, kami melihat mereka menetapkan penanda aras baharu untuk kitar semula bateri plumbum di Eropah dan Timur Tengah, seterusnya menerajui jalan untuk pengitar-pengitar semula bateri yang lain di rantau ini. Perjanjian perkongsian bersama Hakurnas ini merupakan kesesuaian yang dijangkakan untuk komitmen berterusan kedua-dua syarikat bagi memastikan pengelektrikan global bukan sahaja dijadikan menguntungkan, tetapi juga mampan," kata Ketua Pegawai Eksekutif ACE Green Nishchay Chadha.

Sebagai sebahagian daripada perjanjian itu, ACE akan menjual peralatan dan bahan kimia proprietarinya kepada Hakurnas serta menyediakan sokongan teknikal dan kejuruteraan bagi tujuan pemasangan, pentauliahan dan pengoptimuman proses. Operasi peringkat awal menggunakan peralatan ACE dijangka bermula di kilang Hakurnas di Ashdod menjelang S4 2023 yang kemudiannya dirancang untuk dipertingkatkan secara berperingkat-peringkat mengikut kebenaran sewajarnya.

Setelah digunakan sepenuhnya, kemudahan-kemudahan ini diunjurkan untuk mengitar semula 50,000 tan sekerap bateri setiap tahun, mencegah emisi 30,000 tan CO2, menghentikan 2,400 tan sisa pepejal daripada masuk ke tapak pelupusan, mengitar semula lebih daripada 3,500 tan plastik dan menyediakan peluang pekerjaan mesra alam bergaji tinggi yang mampan untuk komuniti.

Perjanjian berkenaan turut membenarkan kolaborasi yang selanjutnya antara syarikat-syarikat bagi menggunakan proses kitar semula bateri litium-ion proprietari ACE untuk mengaturkan pembangunan lapangan hijau di Israel dan Romania, sekali lagi menggunakan teknologi hidrometalurgi ACE.

Farid Ahmed, Naib Presiden Strategi & Pembangunan Perniagaan Global ACE serta penyokong setia yang sekian lama bagi industri plumbum antarabangsa, mengulas bahawa "Hakurnas merupakan rakan kongsi yang dijangkakan untuk ACE. Kami berbesar hati dapat bekerjasama dengan begitu erat bersama sebuah syarikat yang memiliki kepercayaan selari dengan kami bahawa industri plumbum harus terus berinovasi bagi mendapatkan mandatnya untuk beroperasi. Hakurnas merupakan salah satu pengeluar plumbum yang telahpun melaksanakan tugas yang hebat mengitar semula ke standard tertinggi, bahkan turut menyedari bahawa kami tidak boleh berpuas hati dengan kejayaan kami yang terdahulu. Kami ingin memberikan alatan terbaik kepada industri ini untuk melakukan tugas yang malah lebih baik."

ACE merupakan peneraju pasaran dalam kitar semula kedua-dua bateri plumbum dan litium-ion serta bermatlamat untuk mengumpul sebanyak USD 100 juta dalam pusingan pendanaannya yang akan datang bagi menyokong rancangan pengembangannya yang bercita-cita tinggi. Syarikat ini memiliki sebuah pasukan yang terdiri daripada 70 orang kakitangan dan mempunyai dua ibu pejabat iaitu di AS dan Singapura.

Kenyataan Pandang ke Hadapan

Dokumen ini mengandungi kenyataan pandang ke hadapan tertentu berhubung keupayaan teknologi ACE dan aspirasi perniagaan masa depan. Semua kenyataan adalah berdasarkan kepada jangkaan semasa ACE dan melibatkan beberapa risiko perniagaan dan teknikal serta ketidakpastian yang boleh menyebabkan keputusan sebenar berbeza dengan ketara daripada keputusan jangkaan yang diterangkan, dibayangkan atau diunjurkan dalam mana-mana kenyataan pandang ke hadapan, termasuk, tanpa had, kelulusan kawal selia, perubahan yang tidak dijangkakan dalam teknologi, ketidakpastian yang wujud dalam pembangunan teknologi, penskalaan dan pelancaran, perlindungan harta intelek serta sumber dan ketersediaan pembiayaan pihak ketiga.

 

 

 

 

Source: ACE Green Recycling
Keywords: Computer/Electronics Environmental Products & Services Green Technology Conservation/Recycling