omniture

Herbal Essences dan Watsons Malaysia berganding bahu menamatkan kemiskinan makanan melalui Inisiatif "Feed The Hungry"

Procter & Gamble
2023-06-23 20:21 9

KUALA LUMPUR, Malaysia, 23 Jun 2023 /PRNewswire/ -- Herbal Essences, jenama yang dibanggakan daripada Procter & Gamble (P&G), bekerjasama dengan penjual produk kesihatan dan kecantikan terkemuka Asia, Watsons sempena inisiatif "Feed The Hungry" sebagai usaha untuk menamatkan kemiskinan makanan untuk masyarakat yang kurang bernasib baik di Malaysia.

Herbal Essences and Watsons Malaysia joined forces to support underprivileged communities in Malaysia
Herbal Essences and Watsons Malaysia joined forces to support underprivileged communities in Malaysia

Melalui inisiatif ini, pengguna berganding bahu untuk menyokong usaha ini dengan membeli produk Herbal Essences di Watsons. Sehubungan itu, bagi setiap botol Herbal Essences bio:renew yang dibeli di mana-mana kedai luar talian dan dalam talian Watsons di seluruh dunia, RM0.50 disumbangkan kepada The Lost Food Project Foundation (TLFP) bagi membantu komuniti B40 di seluruh Malaysia.

En. Nantha Kalimuthu, Pengurus Negara, P&G Malaysia, berkongsi "Menerusi komitmen kami terhadap kerakyatan di Malaysia, kami berbangga untuk berkolaborasi dengan rakan-rakan kongsi kami yang dipercayai untuk merealisasikan usaha penting ini. Kami berterima kasih kepada pengguna yang menyertai kami dalam usaha murni ini. Inisiatif ini berperanan sebagai salah satu daripada banyak usaha sosial yang memberi impak yang dilaksanakan dengan penuh semangat oleh P&G di Malaysia sebagai #ForceForGrowth dan #ForceForGood."

Inisiatif ini merupakan sebahagian daripada usaha jangka panjang P&G untuk membantu orang ramai, terutamanya mereka daripada komuniti yang kurang bernasib baik yang terjejas dengan agak teruk pada waktu-waktu yang diperlukan. Pada tahun 2022, bersama-sama TLFP, P&G Malaysia melancarkan kempen #LeaveNoOneHungry yang mengumpul lebih daripada 12,000 hidangan makanan untuk mereka yang memerlukan dan memastikan tiada sesiapapun yang tidur dalam kelaparan atau ditinggalkan.

"Watsons Malaysia berbesar hati kerana sekali lagi dapat berkolaborasi dengan P&G Malaysia dan The Lost Project in the Feed The Hungry Initiative, yang bermatlamat untuk memberi impak yang positif kepada masyarakat setempat. Melalui inisiatif ini, kami berdedikasi untuk membawa perubahan dalam kehidupan mereka yang bergelut untuk menyediakan keperluan asas kepada keluarga mereka. Kami percaya bahawa dengan bersatu dan menyokong satu sama lain, kita dapat memberi impak yang bermakna dan memberi harapan kepada mereka yang memerlukan," kata Caryn Loh, Pengarah Urusan, Watsons Malaysia.

------

LATAR BELAKANG HERBAL ESSENCES BIO: RENEW
JENAMA PENJAGAAN RAMBUT PALING AUTENTIK YANG TULEN SECARA SEMULA JADINYA

Herbal Essences memenuhi permintaan semasa dengan bio:renew range yang dibungkus semula, menampilkan campuran semula jadi sepenuhnya botani yang diperoleh secara lestari daripada tumbuh-tumbuhan sebenar dan dalam masa yang sama memiliki formulasi vegan dan bebas-kekejaman PETA. Syarikat yang percaya terhadap ramuan dengan hasrat, Herbal Essences saling bekerjasama dengan para saintis terkemuka untuk membongkar rahsia alam semula jadi dan membawanya terus ke bilik mandi anda. Dengan syampu dan perapi Herbal Essences bio:renew, anda boleh percaya bahawa ia tulen secara semula jadi dengan botani sebenar dalam setiap botol. Ini merupakan jenama penjagaan rambut yang benar-benar melaksanakan perkara yang indah untuk rambut dan minda anda.

LATAR BELAKANG WATSONS

Watsons ialah penjual produk kesihatan dan kecantikan O+O (Luar Talian berserta Dalam Talian) yang terkemuka di Asia, ketika ini mengendalikan lebih 8,000 gedung dan lebih daripada 1,500 farmasi dalam 15 pasaran Asia dan Eropah.

Watson terus menetapkan standard dalam pasaran kesihatan, kecergasan dan kecantikan, menyediakan nasihat dan kaunseling diperibadikan dalam aspek kesihatan, kecantikan dan penjagaan diri selain rangkaian produknya yang utama dalam pasaran, menjadikan pengguna KELIHATAN MENAWAN, BERBUAT BAIK, RASA HEBAT saban hari. Sejak tahun 2009, Watsons telah menjadi jenama Farmasi/ Kedai Ubat No.1 di Asia*.

Source: Procter & Gamble
Keywords: Cosmetics & Personal Care Household/Consumer/Cosmetics Retail Corporate Social Responsibility