omniture

Yili Sertai Piala Asia AFC U-17 untuk Perkasa Pembangunan Sukan dan Galakkan Kesihatan Nutrisi

Yili Group
2023-06-26 23:05 35

BANGKOK, 26 Jun 2023 /PRNewswire/ -- Tanggal 15 Jun, Piala Asia AFC U-17 2023 bermula di Stadium Thammasat di Bangkok, Thailand. Cremo, sub-jenama di bawah Yili Group, mengumumkan secara rasmi perkongsiannya dengan acara tersebut sebagai pembekal ais krim dan menyatakan komitmennya yang berterusan untuk menyokong sukan belia tempatan, mendorong gaya hidup yang sihat dan menggalakkan kesihatan nutrisi.

Yili Joins the AFC U-17 Asian Cup to Promote Nutritional Health
Yili Joins the AFC U-17 Asian Cup to Promote Nutritional Health

Piala Asia AFC U-17 akan berlangsung mulai 15 Jun hingga 2 Julai merentas empat stadium di dalam dan sekitar Bangkok. Para pesaing melibatkan 16 pasukan dari Thailand (tuan rumah), China, Jepun, Republik Korea dan Malaysia, antara negara-negara lain. Sebagai rakan kongsi rasmi Piala Asia AFC U-17, Cremo turut menjenamakan secara eksklusif anugerah Penjaring Terbanyak bagi menyampaikan anugerah kepada atlet muda dengan prestasi cemerlang, memberi inspirasi kepada lebih ramai anak muda untuk terlibat dalam bidang sukan dan menunjukkan bakat mereka.

Au, seorang penonton yang melakukan perjalanan jauh dari Chiang Mai bagi menyaksikan perlawanan pembukaan, berkata dengan nada teruja, "Menikmati ais krim yang enak sambil menonton perlawanan bola sepak, terutamanya dengan kehangatan musim panas, menyegarkan dan memuaskan."

Sebagai penyedia makanan sihat, Yili sentiasa mengejar impiannya iaitu "Perkongsian Kesihatan Bersepadu Sedunia" ("World Integrally Sharing Health") dengan mencipta pelbagai jenis produk berkhasiat dan sihat yang dapat menampung kehendak pasaran. Ia menggalakkan secara aktif gaya hidup yang sihat dan menjaga kesejahteraan pengguna melalui tindakan padu. Berpandukan kepercayaan jenamanya bahawa "Kualiti Hebat Datangnya daripada Keghairahan" ("Great Quality Comes from Passion"), Yili telah menjalin perkongsian selama 19 tahun dengan Sukan Olimpik dan merupakan rakan kongsi global untuk Piala Asia AFC 2023 dan Piala Dunia Bola Keranjang FIBA 2023. Kesemua usaha ini menonjolkan komitmen Yili untuk menggalakkan kesihatan dan sukan.

Tatkala Yili memperluaskan kehadiran globalnya, ia akan terus menjalankan tanggungjawabnya sebagai sebuah perusahaan terkemuka di mana-mana ia berada. Yili terlibat secara aktif dalam inisiatif sukan dan kesihatan serta berintegrasi dalam masyarakat setempat untuk berkongsi kemesraan dan kasih sayang bersama lebih ramai orang.

 

Source: Yili Group
Related Stocks:
Shanghai:600887
Keywords: Food/Beverages Sporting Events Sports