omniture

Ketua Saintis CATL Wu Kai menang European Inventor Award 2023

Contemporary Amperex Technology Co., Limited
2023-07-06 12:53 90

NINGDE, China, 6 Julai 2023 /PRNewswire/ -- Pada 4 Julai, Wu Kai, ketua saintis CATL dan pasukan beliau dianugerahkan European Inventor Award 2023 bagi kategori "negara-negara Bukan-EPO" atas sumbangan mereka kepada keselamatan bateri litium-ion di sebuah majlis penganugerahan yang diadakan di Valencia, Sepanyol.


"Ia merupakan satu penghormatan yang besar dapat memenangi anugerah berprestij ini, yang akan menyinari laluan ke hadapan untuk meneruskan usaha inovasi buat saya dan CATL. Lebih-lebih lagi, kenderaan elektrik yang dikuasakan oleh bateri kami yang termaju dan selamat membolehkan lebih ramai orang mengamalkan gaya hidup lestari, lalu menyumbang kepada peralihan tenaga global. Saya berharap agar lebih ramai pencipta akan menumpukan perhatian mereka kepada e-mobiliti dan peralihan tenaga supaya kita dapat bersama-sama membangunkan lebih banyak inovasi demi manfaat umat manusia," kata Wu Kai.

Dilancarkan oleh Pejabat Paten Eropah (EPO) pada tahun 2006, European Inventor Award ialah hadiah inovasi bertaraf global dan amat diiktiraf yang meraikan Tomorrow Shapers (Pembentuk Masa Depan) - pencipta menggunakan ketabahan, kebijaksanaan dan kreativitinya untuk membuka jalan menuju masa depan yang lebih cerah. Kategori "negara-negara Bukan-EPO" mengiktiraf hasil kerja para pencipta yang cemerlang dari luar 39 negara anggota EPO yang telah diberikan paten Eropah.

Source: Contemporary Amperex Technology Co., Limited
Related Stocks:
Shenzhen:300750
Keywords: Alternative Energies Environmental Products & Services Green Technology Oil/Energy Utilities Awards