omniture

Jokowi: Masyarakat Makmur melalui Pembelajaran Sepanjang Hayat

Prakerja
2023-07-07 08:14 33

BALI, Indonesia, 7 Julai 2023 /PRNewswire/ -- Presiden Joko Widodo (ringkasnya Jokowi) mengakhiri siri Persidangan Pembelajaran Sepanjang Hayat Inklusif (ILLC) di Bali. Jokowi menegaskan bahawa pembelajaran sepanjang hayat bukan sekadar naratif, tetapi program kerajaan yang konkrit.

"Pembelajaran sepanjang hayat merupakan suatu realiti dan bukan lagi sekadar naratif atau aspirasi. Pembelajaran sepanjang hayat penting kerana ia dapat memberi manfaat kepada kebajikan rakyat," ujar Jokowi tatkala menyampaikan ucapan penutup melalui sidang video pada hari Rabu (5/7).

Jokowi menekankan bahawa Indonesia akan menikmati bonus demografi dalam dekad ini memandangkan majoriti penduduk akan mencecah usia produktif. Peluang ini kemudiannya harus dimanfaatkan dengan baik melalui peningkatan kualiti tenaga kerja Indonesia memandangkan ia hanya akan berlaku sekali untuk setiap negara.

"Bagi mengatasi cabaran ini, kerajaan memulakan Kartu Prakerja Program yang memanfaatkan kemajuan teknologi digital untuk mempercepatkan peningkatan kemahiran melalui program-program pembelajaran sepanjang hayat yang merangkumi semua orang," kata Jokowi.

Prakerja mengambil kesempatan daripada kemajuan teknologi untuk mempercepatkan peningkatan kemahiran tenaga kerja Indonesia dan terbukti berupaya meningkatkan kadar guna tenaga sebanyak 12% dan mengubah tabiat belajar dengan teknologi sebanyak 90%.

"Mengurus bonus demografi tidak boleh dilakukan semata-mata oleh kerajaan dan memerlukan kerjasama, perkongsian dan kolaborasi bersama pelbagai pihak dan masyarakat untuk mencetuskan pecutan dan melonjak ke hadapan bagi meningkatkan kualiti sumber manusia," tambah Jokowi.

Di ILLC, negara-negara yang mengambil bahagian bersetuju bahawa pembelajaran sepanjang hayat merupakan kunci untuk menambah baik kebajikan rakyat dan ekonomi negara. Sekitar 340 peserta yang mewakili 38 negara menghadiri persidangan tersebut.

"Kami bersetuju bahawa pembelajaran tidak mengenal sempadan dan harus dilakukan di mana-mana sahaja dan pada bila-bila masa. Kita harus berupaya meyakinkan anak muda, terutamanya Gen-Z dan Gen-Alfa, untuk menjadi pelajar sepanjang hayat bagi meningkatkan kualiti hidup mereka dan menjadi daya penggerak pembelajaran sepanjang hayat," simpul Jokowi.

Indonesia dan UNESCO, menganjurkan ILLC melalui Prakerja bagi menjadi platform untuk delegasi, dunia akademik dan organisasi berkongsi kajian kes mereka dan pengajaran yang diperoleh. Pelbagai pengalaman yang dikongsi semasa persidangan itu terbukti membuahkan hasil memandangkan persidangan tersebut menghasilkan Bali Manifesto, panduan untuk melaksanakan pembelajaran sepanjang hayat di serata dunia.

ILLC menonjolkan pencapaian Indonesia untuk inovasinya bersama Prakerja, program pembelajaran sepanjang hayat berskala besar yang berjaya. Persidangan itu menunjukkan kepimpinan Indonesia dalam inovasi menerusi ekosistem pembelajaran sepanjang hayat. Kejayaan ini relevan dengan peranan Indonesia di persada antarabangsa melalui Jawatan Pengerusi ASEAN 2023 dan sebagai anggota G20.

Source: Prakerja
Keywords: Computer/Electronics Education Internet Technology Telecommunications Trade show news STEM (Science,Technology,Engineering,Mathematics)