omniture

CGTN: Xi menggesa Jiangsu memimpin dalam memajukan pemodenan Cina

CGTN
2023-07-11 08:12 47

BEIJING, 11 Julai 2023 /PRNewswire/ -- Presiden Xi Jinping telah menyeru Wilayah Jiangsu, timur Cina untuk memimpin dan menjadi contoh dalam memajukan pemodenan Cina.

Xi, setiausaha agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China dan pengerusi Suruhanjaya Tentera Pusat, membuat kenyataan itu semasa satu lawatan pemeriksaan di Jiangsu dari Rabu hingga Jumaat.

Beliau memuji kekuatan asas perindustrian yang kukuh di Jiangsu, sumber saintifik dan pendidikan yang pelbagai, persekitaran perniagaan yang baik dan saiz pasaran yang amat besar. Beliau menggesa wilayah ini untuk terus berperanan sebagai contoh dalam menggalakkan pembaharuan, inovasi dan pembangunan yang berkualiti tinggi serta menyumbang kepada usaha China dalam mewujudkan corak pembangunan yang baharu.

Dalam lawatannya, Xi melawat bandar Suzhou dan Nanjing, termasuk taman perindustrian, syarikat-syarikat, blok bersejarah dan budaya serta makmal sains. Pada pagi Jumaat, Xi turut menerima laporan kerja daripada jawatankuasa Parti wilayah dan kerajaan Jiangsu.

Pemodenan sains-teknologi

Xi menekankan kepada para pegawai bahawa kunci pemodenan Cina terletak pada pemodenan sains dan teknologi.

Usaha perlu dilakukan bagi mengukuhkan peranan utama syarikat-syarikat dalam inovasi, menggalakkan aliran sumber inovasi untuk perusahaan dan menggalakkan aplikasi industri daripada kemajuan saintifik dan teknologi, tambah Xi.

Beliau turut menggesa untuk membentuk sistem asas bagi menyokong inovasi yang komprehensif dan meningkatkan pelaburan sains-teknologi melalui pelbagai saluran dan mengukuhkan perlindungan undang-undang ke atas hak harta intelek.

Semasa pemeriksaannya, Xi mengulangi kepentingan memajukan pembangunan sains dan teknologi.

Melawat Taman Perindustrian Suzhou, Xi menekankan peranan penting taman teknologi tinggi dalam mencapai kemandirian dan pengukuhan kendiri dalam sains dan teknologi. Beliau menyeru pembangunan bersepadu yang lebih mendalam antara perusahaan, universiti dan institut penyelidikan, dengan syarikat-syarikat memainkan peranan utama.

Presiden Cina itu menekankan kepentingan untuk memupuk industri-industri baharu dan mempercepatkan penaiktarafan industri dengan memanfaatkan teknologi baharu. Di samping itu, beliau menekankan peluasan kerjasama antarabangsa untuk membina taman teknologi tinggi bertaraf dunia yang dibuka dan dipacu oleh inovasi.

Semasa melawat makmal komprehensif 6G Purple Mountain Laboratories di Nanjing, ibu kota Jiangsu pada petang Khamis, Xi menyatakan bahawa dengan pembangunan pesat teknologi maklumat, teknologi yang membawa perubahan mendadak boleh muncul pada bila-bila masa. Beliau menegaskan untuk terus melaksanakan laluan inovasi yang pragmatik.

Beliau turut menggalakkan para penyelidik muda di NARI Group Corporation Nanjing untuk membuat penemuan dalam teknologi canggih dan menjalani kehidupan yang memberikan kepuasan.

Membina tamadun Cina moden

Membina sebuah tamadun Cina moden adalah penting dalam memodenkan China, ujar Xi semasa pertemuan dengan pegawai-pegawai parti dan kerajaan. Beliau menggesa Jiangsu untuk meningkatkan promosi sektor-sektor termasuk sains dan teknologi, pendidikan serta budaya.

Pada pagi Khamis, Xi berjalan-jalan merentas Blok Sejarah dan Kebudayaan Pingjiang, sebuah tapak yang kaya dengan sejarah menjangkau lebih 2,500 tahun.

Beliau menyatakan bahawa budaya tradisional Cina yang baik merangkumi ciri-ciri seperti kebingkasan, kesabaran dan ketekunan yang telahpun menjadi bahagian penting dalam semangat kebangsaan Cina.

Xi berkata bahawa Suzhou menunjukkan kecemerlangan dalam menggabungkan tradisi dengan kemodenan, mempromosikan warisan sejarah dan budaya secara serentak serta meningkatkan inovasi teknologi tinggi dan pembangunan yang berkualiti tinggi.

Pendekatan ini melambangkan masa depan pembangunan, tambah beliau.

Menjamin sara hidup rakyat

Xi turut menuntut usaha yang dipercepatkan bagi mewujudkan sistem keselamatan sosial yang menyeluruh, menambah baik mekanisme kenaikan pangkat pekerjaan dan perkhidmatan awam bagi meningkatkan peluang pekerjaan.

Beliau menggesa agar memastikan pengurusan yang lebih baik bagi pengambilan kumpulan-kumpulan penting untuk bekerja.

Berhubung keselamatan tempat kerja, Xi berkata baik pulih keselamatan harus ditingkatkan bagi membendung kemalangan yang serius dan besar.

Xi menyeru agar berwaspada terhadap bencana banjir memandangkan China bakal memasuki tempoh yang penting bagi kawalan banjir. Beliau juga memberi amaran tentang peningkatan risiko kebakaran hutan di sesetengah kawasan.

Pelbagai persiapan kecemasan perlu dilakukan untuk mengurangkan segala jenis kerugian ke tahap minimum, tambah Xi.

https://news.cgtn.com/news/2023-07-07/Xi-urges-Jiangsu-to-take-lead-in-advancing-Chinese-modernization-1lfdoRI14CA/index.html

Source: CGTN
Keywords: Computer/Electronics Multimedia/Online/Internet Publishing/Information Service Advocacy Group Opinion