omniture

MADAME TUSSAUDS MENGALU-ALUKAN HARRY STYLES KEPADA BARISAN SELEBRITINYA YANG AMAT TERKENAL

Madame Tussauds Singapore
2023-07-19 23:08 35

Memenuhi pujuk rayu yang menjadi-jadi daripada peminat seluruh dunia, Madame Tussauds mendedahkan tujuh patung baharu sensasi global itu di tempat tarikan London, New York, Hollywood, Amsterdam, Berlin, Singapura dan Sydney miliknya.

SINGAPURA, 19 Julai 2023 /PRNewswire/ -- Selepas bertahun-tahun dan beribu-ribu permintaan peminat, Madame Tussauds mendedahkan Harry Styles akan dibawa ke pentas buat kali kedua, dengan tujuh patung baharu artis solo penetap trend itu dijadualkan untuk didedahkan di kawasan tarikan yang terkenal di dunia, sedekad penuh selepas Harry mula menyerikan pentas itu bersama bekas rakan kumpulan One Direction beliau.


Para pengunjung ke Madame Tussauds di London, New York, Hollywood, Amsterdam, Berlin, Singapura dan Sydney akan berpeluang berada secara lebih dekat dengan penyanyi-penulis lirik yang memenangi pelbagai anugerah itu apabila beliau kembali dengan penuh jayanya ke Madame Tussauds pada 17 Julai 2023, bersama patung-patung yang menunjukkan tujuh lagak gaya yang berbeza diinspirasikan oleh beberapa penampilan Harry yang amat mengagumkan dari serata dunia.

Dengan berita yang akan membuatkan peminat berbual-bual tentangnya hingga lewat malam, tujuh patung baharu ini menggambarkan Harry dengan beberapa pakaian paling glamor diukir dengan teliti oleh para artis Madame Tussauds yang bekerja keras untuk memastikan hasil ciptaan itu merangkumkan gaya terkenal penyanyi As It Was.

Ketujuh-tujuh patung itu bersiap sedia di permaidani merah dengan pelbagai pakaian yang diinspirasikan oleh rupa kegemaran pereka fesyen daripada beberapa tahun kebelakangan ini. Madame Tussauds London akan meraikan gaya daripada lakonan Harry, dengan patung itu mengenakan blazer berwarna hijau hutan dan seluar berwarna pistasio yang dipopularkan oleh tayangan perdana My Policeman. Madame Tussauds Berlin menyaksikan Harry mengenakan weskot kulit berwarna merah jambu dan kot bulu besar berwarna merah jambu, manakala Madame Tussauds New York akan terpukau dengan jumpsut berlabuci berwarna pelangi Harry, kedua-dua pakaian dipopularkan oleh persembahan Coachella beliau yang kini menjadi legenda.

Fenomena muzik Love On Tour, merupakan jelajah yang memberi inspirasi kepada Madame Tussauds Amsterdam, Hollywood, Singapura dan Sydney. Madame Tussauds Amsterdam akan menyaksikan Harry yang mengenakan sut dan kasut but, ketika beliau melangkah ke pentas dengan sut dubel bres bersulam berwarna merah jambu. Bersiar-siar di jalan Tinseltown, Harry yang berpakaian labuci berjumbai gangsa akan dipersembahkan di Madame Tussauds Hollywood, manakala di Oz, patung yang memodelkan baju berwarna merah jambu elektrik dan sampur bulu berwarna merah jambu khas yang dipopularkan oleh persembahan San Jose beliau akan ditempatkan di Madame Tussauds Sydney

Dengan Madame Tussauds Singapore menjadi satu-satunya tempat tarikan di Asia dengan patung Harry, peminat boleh menantikan untuk melihat Harry dengan dua set pakaian berwarna biru dan kuning ikonik beliau disertakan dengan ciri-ciri strawberi dan bintang berkilauan dengan cakera perak daripada sebahagian jelajah Love On Tour Glasgow.

Harry Styles dalam pakaian biru dan kuning tempah khas yang sepadan. (Foto: Madame Tussauds Singapore)
Harry Styles dalam pakaian biru dan kuning tempah khas yang sepadan. (Foto: Madame Tussauds Singapore)

Angela Jobson, Pengarah Jenama Global Madame Tussauds, berkata: "Harry ialah salah seorang bintang terkenal di dunia pada masa kini, bermula dengan memenuhkan stadium di seluruh dunia dengan jelajah beliau yang habis terjual tiketnya, sehinggalah seorang pempengaruh fesyen, tidak dapat dinafikan bahawa beliau telah meninggalkan kesan abadi pada budaya popular. Apabila peluang muncul kami tidak teragak-agak untuk merebut peluang memasukkan bintang handalan yang memenangi anugerah Grammy itu ke dalam koleksi kami. Tidak sabar-sabar rasanya untuk kami berikan peminat peluang bertemu beliau di salah satu daripada tujuh tempat di seluruh dunia."

Pelancaran tujuh patung Harry dibuat selepas tahun kejayaan yang terbaik beliau setakat ini, bintang My Policeman dan Don't Worry Darling itu mengadakan sejumlah 109 persembahan di lebih dua puluh negara berbeza dalam tahun 2022 dan ketika ini meneruskan momentum ini dengan jelajah Eropah beliau.

Bagi mereka yang teruja untuk melihat patung Harry, anda boleh berbuat demikian dengan mengunjungi laman web Madame Tussauds Singapore di www.madametussauds.com/singapore untuk membeli tiket tarikan. Untuk sentiasa mengetahui perkembangan terkini tentang sebarang acara patung lilin Harry Styles yang akan datang, sila daftar untuk mendapatkan surat berita kami atau ikuti Madame Tussauds Singapore di Facebook dan @MTsSingapore di Instagram, Twitter dan TikTok.

Madame Tussauds 

Selama lebih 250 tahun, Madame Tussauds telah menjemput orang ramai untuk berjalan di permaidani merah. Dengan lebih 23 tarikan di seluruh dunia, kami berdedikasi untuk memberi peluang kepada pengunjung untuk bergaul dengan mereka yang hebat daripada kalangan individu yang paling terkenal bermula daripada legenda muzik, wira sukan hinggalah pemimpin dunia yang terkenal. Hari ini, kami terus bekerjasama dengan ikon-ikon global daripada satu generasi untuk mencipta patung seakan-akan hidup yang menakjubkan serta menawarkan pengalaman yang menarik dan interaktif bagi memastikan tetamu berada lebih dekat dengan kemasyhuran yang belum pernah dirasainya.

Latar Belakang Merlin Entertainments 
Merlin Entertainments ialah peneraju global bagi hiburan keluarga berasaskan lokasi. Sebagai Nombor Satu di Eropah dan pengendali tempat tarikan pengunjung yang kedua terbesar di dunia, kini Merlin mengendalikan 130 tempat tarikan, 20 hotel dan 6 kampung percutian di 25 negara dan merentas 4 benua. Tujuan Merlin adalah untuk menyampaikan pengalaman yang tidak dapat dilupakan kepada 67 juta tetamunya di seluruh dunia, melalui jenama-jenamanya yang ikonik dan komitmen serta keghairahan 28,000 pekerjanya (musim puncak). Untuk maklumat lanjut, http://www.merlinentertainments.biz.

 

Source: Madame Tussauds Singapore
Keywords: Entertainment