omniture

SUNRATE tutup pusingan pendanaan Siri D-2 yang dipimpin oleh Sequoia Capital Southeast Asia (kini dikenali sebagai Peak XV Partners)

Sunrate
2023-07-27 08:00 49

SINGAPURA, 27 Julai 2023 /PRNewswire/ -- SUNRATE, platform pengurusan pembayaran dan perbendaharaan global pintar hari ini mengumumkan bahawa ia telah mengumpul dana dalam pusingan pendanaan Siri D (Siri D-2) lanjutan daripada Sequoia Capital Southeast Asia (kini dikenali sebagai Peak XV Partners). Prosperity7 Ventures dan Softbank Ventures Asia turut menyumbang kepada pusingan berkenaan.

Dana tersebut akan membolehkan SUNRATE mempercepatkan rancangan pengembangan globalnya dengan memacu pembangunan inovatif teknologinya, memperdalam produk dan perkhidmatan termaju, menggaji bakat industri terbaik dan turut menyediakan kefleksibelan bagi meninjau peluang strategik tambahan.

SUNRATE menyediakan produk dan perkhidmatan pembayaran global untuk perniagaan di seluruh dunia, termasuk pembayaran antarabangsa, kutipan global, pengeluaran kad komersial dan pengurusan perbendaharaan. Perniagaan boleh membuat pembayaran kepada lebih 150 negara dan berurus niaga dalam lebih daripada 100 mata wang. Mereka juga menikmati perkhidmatan kutipan global yang tersedia dalam lebih 30 mata wang, mengumpul dana dalam lebih 10 mata wang global utama (seolah-olah ia merupakan bayaran tempatan) serta menyelesaikan perbelanjaan kad dalam lebih daripada 15 mata wang. Sebagai sebahagian daripada visi global SUNRATE untuk memacu pendigitalisan B2B, ia turut menawarkan alatan pengurusan perbendaharaan yang berkesan seperti TreasuryOS dan RiskOS untuk membolehkan perniagaan mengurus dan mengawasi aset kewangan, liabiliti dan kecairannya.

Paul Meng, Pengasas Bersama di SUNRATE berkata, "Kami memulakan SUNRATE dengan matlamat sederhana untuk mempertingkatkan pengalaman pembayaran perniagaan bersaiz kecil hingga sederhana ("PKS"). Selama bertahun-tahun, kami telah menyaksikan sendiri bagaimana produk dan perkhidmatan kami memberi manfaat kepada perniagaan; dengan menyediakan transaksi selamat yang pantas, khidmat pelanggan sentuhan-tinggi serta kos yang lebih rendah dan telus. Dengan adanya pelabur seperti Peak XV Partners yang turut serta dalam perjalanan ini bersama kami menjadi bukti usaha dan prestasi kami – dalam mengukuhkan kedudukan kami sebagai platform pembayaran B2B rentas sempadan global terkemuka pilihannya. Dengan menghapuskan pergeseran pembayaran perniagaan dan membantu perniagaan mendigitalkan, SUNRATE memperkasa perniagaan — membantu mereka berkembang merentas sempadan dengan lancar dan berkesan."

Pada tahun lalu, perniagaan SUNRATE telah meningkat dengan ketara dan mencapai momentum yang hebat merentas pasaran-pasaran baru muncul. SUNRATE berhasrat untuk menggunakan dana daripada pusingan ini untuk mempercepatkan pertumbuhan dalam pasaran baru muncul, seperti Asia Tenggara dan India serta terus menerima pelanggan baharu di peringkat global. Syarikat ini akan terus membawa masuk bakat-bakat terbaik untuk menyamai trajektori pertumbuhan global keseluruhannya.

Abheek Anand, Pengarah Urusan di Peak XV berkata, "Pembayaran perniagaan rentas sempadan berfungsi sebagai asas penting untuk pasaran perdagangan global bernilai beberapa trilion dolar. SUNRATE telah membina rangkaian pembayaran global proprietari dan portfolio produk yang pelbagai untuk menyediakan keupayaan pembayaran yang pantas, patuh dan berkos rendah kepada pelanggan merentas pelbagai pasaran di Asia. Kami teruja untuk bekerjasama dengan pasukan tersebut ketika mereka terus berkembang pesat dan mampan sebagai peneraju pasaran baru muncul dalam kategori yang besar ini."

Kemasukan pelaburan berlaku tepat pada masanya apabila peluang pasaran baru muncul untuk SUNRATE dalam B2B rentas sempadan global dan kad pembayaran masih berkembang pada kadar yang pantas. Menurut FXC Intelligence, pasaran pembayaran rentas sempadan B2B global dijangka berjumlah US$56.1 trilion dari segi volum menjelang tahun 2030.

Latar Belakang SUNRATE

SUNRATE ialah platform pengurusan pembayaran dan perbendaharaan global pintar untuk perniagaan di seluruh dunia. Sejak penubuhannya pada tahun 2016, kami diiktiraf sebagai penyedia penyelesaian yang terkemuka dan membolehkan syarikat-syarikat beroperasi dan berskala di dalam negara dan secara global di lebih 150 negara serta wilayah menerusi platform proprietari canggihnya, jaringan global yang luas dan API yang mantap. Menerusi ibu pejabat globalnya di Singapura dan pejabat-pejabat di Hong Kong, Jakarta, London dan Shanghai, SUNRATE bekerjasama dengan institusi-institusi kewangan global yang terkemuka seperti Citibank, Standard Chartered, Barclays dan merupakan ahli utama Mastercard serta Visa. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang SUNRATE, kunjungi https://www.sunrate.com/ 

Latar Belakang Peak XV Partners (Dahulunya Sequoia Capital India & SEA)

Peak XV Partners (dahulunya Sequoia Capital India & SEA) ialah sebuah firma modal usaha niaga dan pelaburan pertumbuhan terkemuka yang melabur di seluruh India, Asia Tenggara dan selanjutnya. Peak XV (disebut Peak Fifteen) merupakan nama yang digunakan untuk Gunung Everest sebelum ia dipanggil sebegitu. Ia merangkumi segala-gala yang kami percaya tentang pembinaan perniagaan yang bertahan lama yang teguh berdiri dan menginspirasikan kehebatan.

Sepanjang 17 tahun operasi kami yang lalu di rantau ini, Peak XV berkembang untuk mengurus modal sebanyak lebih USD 9 bilion dalam 13 dana dan melabur dalam lebih 400 syarikat. Untuk mengetahui lebih lanjut, semak peakxv.com.

Nota penting: Siaran akhbar ini tidak seharusnya menjadi tawaran untuk menjual atau pengumpanan tawaran untuk membeli, dan tidak seharusnya terdapat apa-apa jualan sekuriti SUNRATE di mana-mana bidang kuasa yang mana tawaran, pengumpanan atau jualan sekuriti sedemikian akan menyalahi undang-undang sebelum pendaftaran atau kelayakan di bawah undang-undang sekuriti mana-mana bidang kuasa berkenaan.

Source: Sunrate
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Corporate Expansion Venture Capital Financial Technology