omniture

Zoomlion Lindungi Pembinaan Di Tengah-tengah Suhu Global Semakin Meningkat Musim Panas Ini

Zoomlion
2023-07-28 14:44 13

CHANGSHA, China, 28 Julai 2023 /PRNewswire/ -- Memandangkan suhu global terus memecahkan rekod, Zoomlion Heavy Industry Science & Technology Co., Ltd. ("Zoomlion") menyokong pelanggan global untuk melindungi pembinaan pada musim panas melalui teknologinya yang inovatif dan model perkhidmatan perintis.

Zoomlion's service engineers are providing high-quality service for Malaysian customers this summer
Zoomlion's service engineers are providing high-quality service for Malaysian customers this summer

Inovasi Teknologi Memastikan Kestabilan dan Keselamatan Peralatan

Pembinaan dalam persekitaran bersuhu tinggi merupakan ujian sebenar bagi prestasi peralatan pembinaan, terutamanya apabila ia melibatkan kestabilan dan keselamatan. Zoomlion mereka bentuk dan menguji produknya dengan mengikut piawaian domestik dan antarabangsa yang ketat, menggabungkan perlindungan keselamatan yang menyeluruh dengan teknologi yang utama dalam industri agar peralatan dapat beradaptasi kepada keadaan kerja yang teruk, termasuk suhu tinggi dan kelembapan tinggi serta menyelesaikan masalah utama yang biasa dilihat dalam pembinaan pada musim panas.

Zoomlion menjalankan ujian yang ketat bagi memastikan kesesuaian jangka panjang kren menara terhadap keadaan persekitaran termasuk penggunaan di luar, suhu tinggi serta keadaan hujan. Ujian ini dibangunkan bagi memastikan peralatan beroperasi dengan stabil dan andal sepanjang bulan-bulan pada musim panas.

Sebagai contoh, kren menara R Generation Zoomlion menggabungkan pelbagai teknologi inovatif, direka bentuk untuk meningkatkan keselamatan dan mengurangkan keselamatan dan risiko operasi manual. Antara teknologi-teknologi ini ialah bahagian standard puting bulat, anti-perlanggaran, sauh anti-juntai dan cangkuk anti-gelincir, digandingkan dengan perkhidmatan jarak jauh pemeriksaan keselamatan, penyahpepijatan dan pusat arahan pintar.

Perkhidmatan Berkualiti Memastikan Kepuasan Pelanggan dan Kejayaan Projek

Selain membangunkan peralatan yang selamat dan cekap yang dapat beroperasi dengan lancar pada musim panas, Zoomlion juga menyokong untuk menyediakan khidmat pelanggan yang andal dan tepat pada masanya, dengan pasukan khidmat pelanggan memastikan sistem penyamanan udara dan pelesapan haba peralatan beroperasi dengan cekap.

Bagi memahami keperluan pelanggan dengan lebih baik, mengenal pasti masaah peralatan yang mungkin berlaku dan mencegah kegagalan, Zoomlion menganjurkan lawatan perkhidmatan global selama 13 tahun. Pada Julai 2023, Zoomlion memulakan lawatan perkhidmatan terkininya, yang akan melawat kira-kira 2,000 pelanggan di seluruh dunia.

Lawatan perkhidmatan bertujuan untuk memberi nilai yang lebih besar kepada pelanggan dengan menjalankan "pemeriksaan kesihatan" komprehensif terhadap peralatan jentera pembinaan dan komponen rentan serta mengadakan sesi latihan keselamatan kepada operator.

Keselamatan berpunca daripada usaha yang gigih serta pematuhan kepada standard kualiti dan perlindungan tertinggi. Dalam menghadapi musim panas yang berpotensi paling panas yang direkodkan, Zoomlion mengekalkan dedikasinya kepada pendekatan bertumpukan pelanggan. Syarikat ini berusaha untuk menyampaikan nilai yang dipertingkatkan kepada pelanggan melalui inovasi teknologi dan penambahbaikan perkhidmatan sambil menawarkan penyelesaian yang terjamin dan mudah untuk projek-projek pembinaan musim panas.

Source: Zoomlion
Related Stocks:
HongKong:1157 OTC:ZLIOY
Keywords: Auto Construction/Building Environmental Products & Services Green Technology Machine Tools, Metalworking and metallurgy Machinery Mining/Metals Transportation Corporate Social Responsibility New products/services Public Safety