omniture

Jawatan Pengerusi ASEAN Indonesia Meletakkan Fokus Strategik pada Isu-isu Serantau Utama

Ministry of Finance of Republic of Indonesia
2023-08-04 20:15 34

JAKARTA, Indonesia, 4 Ogos 2023 /PRNewswire/ -- Indonesia memudahkan negara-negara ASEAN untuk menangani isu-isu strategik yang kritikal dalam blok. Antara keutamaan yang tertinggi ialah mendorong kerjasama kewangan, mengurus hal ehwal kewangan, mengukuhkan perlindungan sosial serta meningkatkan pembiayaan insurans bencana.

Sebagai sebahagian daripada persiapan untuk Mesyuarat Menteri Kewangan dan Gabenor Bank Pusat ASEAN Kedua (AFMGM ke-2) yang amat dinanti-nantikan yang dijadualkan berlangsung dalam bulan Ogos, para delegasi peringkat timbalan daripada Kementerian Kewangan dan Bank Pusat negara-negara anggota berhimpun di Mesyuarat Timbalan Kewangan dan Bank Pusat ASEAN–Kumpulan Kerja (AFCDM-WG) mulai 10 hingga 14 Julai 2023 di Yogyakarta.

Sebagai Kursi ASEAN bagi tahun 2023, Indonesia merupakan tuan rumah kepada sembilan negara anggota yang lain, iaitu Brunei Darussalam, Kemboja, Laos, Malaysia, Myanmar, Filipina, Singapura, Thailand dan Vietnam. Satu penambahan penting kepada perhimpunan tersebut ialah Timor-Leste, turut serta sebagai pemantau buat julung kalinya.

Inisiatif untuk menggiatkan usaha kerjasama ASEAN telah mendapat respons positif daripada semua negara anggota, kerana ia bermatlamat untuk memberi kedudukan kepada ASEAN sebagai hab pusat untuk pertumbuhan global, "Episentrum Pertumbuhan."

Kementerian Kewangan Indonesia dan Bank Indonesia menyedari sepenuhnya keperluan ASEAN untuk mengukuhkan kerjasama, terutamanya dalam bidang ekonomi dan kewangan, bagi mengekalkan kerelevanan organisasi. Beberapa agenda AFCDM-WG yang muncul termasuk perbincangan mengenai kemajuan kerjasama Keutamaan Kursi ASEAN 2023, Rangka Tindakan Komuniti Ekonomi ASEAN, Hala Tuju untuk Integrasi Monetari dan Kewangan ASEAN serta kerjasama kewangan ASEAN.

Pembiayaan Risiko Bencana (DRFI) dan Perlindungan Sosial Adaptif (ASP) terutamanya muncul sebagai dua topik penting yang menuntut perhatian untuk melindungi negara, aset Indonesia dan paling penting, masyarakat berpendapatan rendahnya yang rentan daripada risiko bencana alam. Parjiono, Kakitangan Pakar Menteri Kewangan untuk Makroekonomi dan Kewangan Antarabangsa, menekankan bahawa pendedahan Indonesia kepada pelbagai bencana alam, digandingkan dengan kerugian ekonomi yang besar, telah mendorong negara ini untuk membangunkan Strategi Pembiayaan dan Insurans Risiko Bencana (DRFI) yang komprehensif pada tahun 2018.

"DRFI mengkhusus untuk meningkatkan kapasiti kami bagi membiayai mitigasi bencana dan membina kebingkasan ekonomi dalam menghadapi pelbagai musibah yang melanda Indonesia," tegas beliau.

Ia bermatlamat untuk meluaskan pembiayaan tindak balas bencana dengan meninjau sumber pembiayaan alternatif selain daripada belanjawan negara, termasuk penyelesaian insurans yang inovatif. Di samping itu, kerajaan Indonesia berkolaborasi dengan aktif bersama pelbagai pihak berkepentingan untuk memperkenalkan instrumen strategi yang digelar Disaster Pooling Fund sebagai komponen penting.

Di Indonesia, pembangunan Perlindungan Sosial Adaptif (ASP) telah digerakkan sebagai tindak balas langsung kepada seruan oleh Presiden Joko Widodo untuk pembaharuan perlindungan sosial.

Memandangkan konsep yang kritikal ini terus berkembang dan mendapat momentum, negara-negara ASEAN berkongsi ilmu pengetahuan dan amalan terbaik antara satu sama lain untuk mengukuhkan bersama-sama kesiapsiagaan menghadapi bencana dan jaringan keselamatan sosial, baik di peringkat serantau mahupun global.

Source: Ministry of Finance of Republic of Indonesia
Keywords: Banking/Financial Service