omniture

Syarikat-syarikat Biofarmaseutikal Asia Pasifik Terkemuka Memperkasa Penglibatan Digital dengan Veeva CRM

Veeva Systems
2023-08-15 09:00 52

Lapan belas daripada 20 syarikat biofarmaseutikal terunggul mencapai keseragaman dengan Veeva untuk membina hubungan pelanggan yang bermakna

SINGAPURA, 15 Ogos 2023 /PRNewswire/ -- Veeva Systems (NYSE: VEEV) hari ini mengumumkan bahawa 18 daripada 20 syarikat biofarmaseutikal terunggul di Asia Pasifik menggunakan Veeva CRM untuk penglibatan yang lebih berkesan dengan golongan profesional penjagaan kesihatan (HCP). Syarikat-syarikat seperti Boehringer Ingelheim dan MSD menggunakan Veeva CRM untuk memperoleh keterlihatan lebih besar dan pandangan yang boleh diambil tindakan melalui saluran digital dan peribadi.

Veeva CRM ialah platform dipercayai yang digunakan oleh pasukan jualan, perubatan dan pemasaran untuk menyampaikan gabungan yang betul antara interaksi peribadi dan digital sepanjang perjalanan pelanggan. Dengan pandangan yang dibenamkan dalam aliran kerja intuitif, pasukan lapangan mendapat maklumat paling mutahir untuk merancang dan melaksanakan pertemuan dengan HCP yang betul.

Kesan Veeva CRM ke atas Boehringer Ingelheim dan MSD:

"Perkongsian kami yang telah lama terbina dengan Veeva membantu kami mengambil pendekatan tertumpu untuk penglibatan pelanggan, membina hubungan yang lebih memberi impak dengan HCP di Asia Pasifik. Menggunakan Veeva CRM, pasukan lapangan kami boleh menyesuaikan setiap interaksi untuk membantu mendidik HCP bagi menyokong pesakit mereka dengan cara terbaik," kata Jin Lee, pengarah serantau kecemerlangan tenaga jualan, MSD Asia Pacific.

"Landskap sains hayat moden memerlukan kami untuk menjadi lebih tangkas dan tersuai melalui cara kami berinteraksi dengan pelanggan. Veeva CRM membolehkan pasukan kami yang berhadapan dengan pelanggan untuk mengatur penglibatan HCP yang relevan dan pengalaman yang berharga dengan lebih baik melalui pelbagai saluran," kata Gerardo "Doods" Gutierrez, ketua operasi komersial, farmaseutikal manusia serantau di Boehringer Ingelheim.

Baru-baru ini, Veeva memperkenalkan Veeva Vault CRM, generasi CRM yang seterusnya untuk sains hayat, dijangka berinteraksi dengan pelanggan pertamanya pada tahun 2024. Dibangunkan pada Veeva Vault Platform, Vault CRM memiliki fungsian penuh Veeva CRM dan inovasi baharu yang signifikan termasuk dua aplikasi baharu: Veeva CRM Bot dan Veeva Service Center.

"Kami berbangga kerana Veeva CRM telah menjadi asas yang menjadi pergantungan syarikat-syarikat biofarmaseutikal APAC terunggul untuk pandangan dan penglibatan omnisaluran," kata Sudhir Kandarth, pengurus besar, Veeva APAC. "Kami tidak sabar-sabar untuk bekerjasama dengan pelanggan bagi memanfaatkan inovasi Veeva Vault CRM pada laluan mereka untuk mencapai kecemerlangan komersial."

Satu sesi mengenai Vault CRM akan dikongsikan di Sidang Kemuncak Komersial APAC Veeva pada 4 September 2023 di ICC, Sydney dan pada 11 September 2023 di Marina Bay Sands, Singapura.

Ahli-ahli profesional sains hayat boleh mendaftar untuk Sidang Kemuncak Komersial APAC Veeva untuk berhubung dengan pemimpin-pemimpin lain dan mempelajari lebih lanjut tentang trend, inovasi dan strategi terkini yang membentuk industri ini.

Maklumat Tambahan

Untuk maklumat lanjut mengenai Veeva CRM, kunjungi: veeva.com/CRM 
Berhubung dengan Veeva pada LinkedIn: linkedin.com/company/veeva-systems-apac 

Latar Belakang Veeva Systems

Veeva ialah peneraju global dalam perisian awan untuk industri sains hayat. Komited terhadap inovasi, kecemerlangan produk dan kejayaan pelanggan, Veeva menawarkan perkhidmatan kepada lebih 1,000 pelanggan, bermula daripada syarikat biofarmaseutikal terbesar dunia hingga syarikat bioteknologi baru muncul. Sebagai sebuah Perbadanan Faedah Awam, Veeva komited untuk mengimbangi kepentingan semua pihak berkepentingan, termasuk pelanggan, pekerja, pemegang saham dan industri yang mendapat khidmatnya.

Kenyataan Pandang ke Hadapan Veeva
Siaran ini mengandungi kenyataan pandang ke hadapan berhubung produk dan perkhidmatan Veeva dan keputusan atau faedah yang dijangkakan daripada penggunaan produk dan perkhidmatan kami. Kenyataan ini adalah berdasarkan kepada jangkaan semasa kami. Keputusan sebenar boleh berbeza dengan ketara daripada yang disediakan dalam siaran ini dan kami tidak berkewajipan untuk mengemas kini kenyataan sedemikian. Terdapat pelbagai risiko yang berpotensi memberi kesan yang negatif ke atas keputusan kami, termasuk risiko dan ketidaktentuan yang didedahkan dalam pemfailan kami pada Borang 10-K untuk tempoh yang berakhir pada 30 April 2023, yang boleh anda temui di sini (ringkasan risiko yang mungkin memberi kesan ke atas perniagaan kami boleh ditemui pada halaman 37 dan 38) dan dalam pemfailan SEC kami yang seterusnya, yang boleh anda akses di sec.gov.

Source: Veeva Systems
Related Stocks:
NYSE:VEEV
Keywords: Computer/Electronics Health Care/Hospital Medical/Pharmaceuticals Pharmaceuticals Data Analytics