omniture

Pameran Canton ke-134: Kejayaan Promosi di Thailand, Vietnam dan Myanmar Mendapat Perhatian Luas

Canton Fair
2023-09-04 20:19 40

GUANGZHOU, China, 4 September 2023 /PRNewswire/ -- Pada lewat bulan Ogos, delegasi China Foreign Trade Centre (CFTC), iaitu penganjur Pameran Canton telah mengorak langkah yang penting di Asia Tenggara bagi mempromosikan Pameran Canton ke-134. Kumpulan tersebut mengadakan persidangan promosi di Hanoi, Bandar Raya Ho Chi Minh, Chiang Mai, Bangkok dan Yangon. Acara berkenaan dihadiri oleh lebih daripada 460 tetamu dari tiga negara ini dan menarik minat lebih 300 pembeli baharu untuk mendaftar pada platform dalam talian Pameran Canton untuk berkunjung ke pameran itu secara maya.

Zhang Sihong, Timbalan Ketua Setiausaha Pameran Canton dan Timbalan Ketua Pengarah China Foreign Trade Centre menjemput syarikat-syarikat dari tiga negara ini untuk menghadiri Pameran di tapak dan secara dalam talian. "Pameran Canton ke-134 yang akan menjadi acara perdagangan antarabangsa terbesar di China dalam separuh kedua tahun ini, bersedia untuk mengatasi rekod sebelum ini dari segi skala. Kami memfokuskan untuk menambah baik struktur pameran dan meningkatkan kualiti peserta pameran, bagi menjadikan acara ini tidak dapat dilupakan dengan lebih banyak sorotan dan ciri baharu," kata Zhang.


Mengumumkan di persidangan promosi di Chiang Mai, CFTC dan Thai Chinese Business Association of Chiangmai telah menjalin perkongsian yang strategik. Perjanjian tersebut akan menyaksikan kedua-dua pihak berkolaborasi dalam mengurus pembeli dan pempamer Thai utara ke Pameran Canton serta bagi mengadakan aktiviti pemadanan perdagangan secara berkala.

Semasa perjalanan promosi mereka, delegasi tersebut turut mengadakan perbincangan yang produktif bersama jabatan promosi perdagangan kerajaan dan organisasi perniagaan termasuk Pusat Promosi Perdagangan Pertanian Kementerian Pertanian dan Pembangunan Luar Bandar Vietnam, Dewan Perniagaan dan Industri Vietnam, Jabatan Promosi Perdagangan Antarabangsa Kementerian Perdagangan, Thailand, Kesatuan Persekutuan Dewan Perniagaan & Industri Myanmar dan sebagainya. Pasukan berkenaan turut mengadakan pertukaran mesra dengan syarikat-syarikat runcit yang terkemuka seperti Co.op Mart Group di Vietnam, Chia Tai Group CP ALL Company di Thailand, City Mart di Myanmar.

Pameran Canton ke-134 akan membuat pelarasan kepada beberapa bahagian pameran. Sila rancang perjalanan anda mengikut bahagian pameran yang terkini. Kunjungi laman web rasmi Pameran Canton https://www.cantonfair.org.cn/en-US/posts/646531331412942848 untuk maklumat lanjut. Bermula daripada sesi ini, pembeli luar negara yang akan hadir di tapak pameran harus membuat pra-pendaftaran terlebih dahulu. Untuk butiran lanjut, sila kunjungi: https://www.cantonfair.org.cn/en-US/pages/655692320955457536 

Source: Canton Fair
Keywords: Household Products Household/Consumer/Cosmetics Retail Trade show news