omniture

Saluran Permainan Global Baharu Bertumpu pada eSukan

Viagame
2014-06-10 21:00 121

STOCKHOLM, 10 Jun 2014 /PRNewswire/ -- Hari ini, saluran permainan eSukan global Viagame telah dilancarkan oleh MTGx. Viagame menyampaikan kandungan eSukan premium secara langsung dan mengikut permintaan kepada penonton global dan menandakan pelancarannya dengan menyiarkan kejuaraan Hearthstone terbesar di dunia secara eksklusif. Laman ini adalah beta terbuka.

Viagame ialah laman web penggemar eSukan yang menyediakan kandungan permainan distrimkan yang terbaik kepada penonton global. Tumpuannya adalah pada kandungan eSukan premium secara langsung dan mengikut permintaan daripada liga terbesar serta kandungan santai berkualiti tinggi termasuk rancangan bual bicara serta wawancara.

Penyiaran eksklusif kejuaraan Hearthstone terbesar dunia, yang akan disiarkan melalui Viagame secara langsung dari Dreamhack Summer mulai 14 hingga 16 Jun, bakal menandakan pelancaran ini. Hearthstone ialah permainan sampingan daripada permainan utama Blizzard yakni World of Warcraft, dan telah mencecah lebih 10 juta pemain sejak pelancarannya pada Mac 2014. Kejuaraan itu akan diadakan menggunakan iPad, yang merupakan nic yang belum diterokai dalam eSukan.

"Kami teruja dapat menganjurkan dan turut menyiarkan kejuaraan terbesar dunia untuk permainan yang pesat berkembang ini secara langsung dari Dreamhack. Kami berharap masyarakat eSukan turut berkongsi keseronokan kami untuk Kejuaraan Hearthstone Viagame ini," kata Rikard Steiber, Ketua Pegawai Eksekutif MTGx dan Ketua Pegawai Digital MTG.

eSukan, singkatan untuk sukan elektronik, ialah fenomena global yang telah menyaksikan pertumbuhan hebat dalam masa beberapa tahun lepas. Ia terdiri daripada pertandingan permainan komputer terancang, yang dimainkan secara khusus antara profesional dalam genre seperti strategi masa sebenar, pertarungan, penembak diri pertama, permainan kad serta medan pertempuran dalam talian berbilang pemain.

Laman web Viagame boleh didapati di http://www.viagame.com serta dalam app untuk telefon mudah alih dan komputer tablet, membolehkannya ditonton di mana-mana sahaja. Buat masa kini, produk ini masih berada dalam peringkat beta, tetapi pembangunan berterusan akan dijalankan dengan pelancaran ciri baharu untuk sepanjang tahun 2014, ketika maklum balas daripada masyarakat itu sangat dialu-alukan. Minggu pertama selepas pelancaran kandungan itu akan dijalankan tanpa iklan.

Lawati http://www.viagame.com

Viagame ialah perkhidmatan penstriman global untuk kandungan permainan santai dan eSukan premium. Viagame adalah sebahagian daripada MTGx, pemecut digital untuk syarikat media antarabangsa Modern Times Group (MTG). Pengendalian MTG merentasi empat benua dan termasuklah perniagaan dalam talian, TV percuma, TV berbayar, radio serta penerbitan kandungan. MTG ialah syarikat pertumbuhan dan disenaraikan dalam bursa saham Stockholm Nasdaq OMX.

Foto - http://photos.prnewswire.com/prnh/20140610/690599

Source: Viagame
Related Links:
Keywords: Electronics Gaming Computer/Electronics Entertainment Internet Technology Multimedia/Online/Internet New products/services