omniture

Menentukan Masa Depan Hijau: GCLSI Menjadi Tumpuan di Forum Peralihan Tenaga Antarabangsa

GCLSI
2023-09-12 21:37 26

SUZHOU, China, 12 September 2023 /PRNewswire/ -- GCL System Integration Technology Co., Ltd. ("GCLSI") mendapat peranan utama di Forum Peralihan Tenaga Antarabangsa ke-4, diadakan di International Conference Hotel di Suzhou, China mulai 5 hingga 7 September 2023. 

Forum tersebut, bertemakan "Bergandingan menggalakkan peralihan tenaga demi masa depan hijau yang dikongsi bersama," dihoskan secara bersama oleh Pentadbiran Tenaga Kebangsaan (NEA) China, International Renewable Energy Agency (IRENA) dan Kerajaan Rakyat Wilayah Jiangsu serta dianjurkan oleh Kerajaan Rakyat Perbandaran Suzhou dan Suruhanjaya Pembangunan dan Pembaharuan Wilayah Jiangsu.

Presiden eksekutif GCLSI Zhang Kun mengambil bahagian dalam satu dialog semasa forum itu yang memfokuskan pada peralihan kepada tenaga bersih. Beliau menekankan bahawa memajukan peralihan ini bukanlah semata-mata mandat untuk firma-firma tenaga tetapi juga peluang penting untuk pertumbuhan yang berpandangan jauh. Bagi memperjuangkan visi ini, GCLSI bersedia untuk memperkemas seluruh rantaian nilai tenaga solar. Melalui inovasi berpacukan teknologi, mereka menyasarkan untuk menawarkan penyelesaian tenaga yang lebih bersih dan lebih cekap. Komited untuk menangani perubahan iklim, GCLSI merancang untuk memperkenalkan produk rendah-karbon dan menjalin perkongsian global bagi mengejar masa depan lebih hijau yang lestari.

Pada hari pembukaan, pengarah NEA Zhang Jianhua dan ketua pengarah IRENA Francesco La Camera melawat ruang pameran GCLSI di tapak persidangan. Mereka mendapat pemahaman yang komprehensif tentang visi strategik GCLSI untuk sektor tenaga boleh baharu dan pendekatan mereka terhadap teknologi bahan baharu. GCLSI mempamerkan barisan produk utamanya, termasuk panel solar berkecekapan-ultra-tinggi dan penyelesaian storan tenaga, menggambarkan keupayaan teguh mereka dalam seluruh rantaian nilai hijau dan rendah-karbon.

En. La Camera, Ketua Pengarah IRENA dan delegasi beliau dijemput melawat Pavilion Tenaga Masa Depan di Ibu Pejabat GCL pada 8 September. Semasa lawatan mereka, mereka beroleh pemahaman tentang pendekatan GCLSI yang komprehensif dan teratur terhadap tenaga lestari dan memerhatikan sendiri bagaimana penyelesaian tenaga baharu ini diaplikasikan dalam konteks dunia sebenar dan amalan yang berkaitan dengan penggunaannya.

Dengan pengalaman selama bertahun-tahun dalam teknologi tenaga dan dedikasi kepada inovasi mampan, GCLSI komited untuk membantu rakan-rakan kongsi global beralih kepada masa depan yang lebih lestari dan rendah-karbon. Pentauliahan baru-baru ini bagi kemudahan sel solar berkecekapan tinggi jenis-N 20GW di Wuhu, China pada Julai ini, berserta permulaan beberapa projek antarabangsa, menekankan keazaman GCLSI untuk memimpin seluruh rantaian nilai industri solar.

Khususnya, GCLSI akan hadir sebagai salah satu Penaja Jaguh di Persidangan Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (COP28) ke-28. Tatkala industri solar memasuki 'era jenis-N', GCLSI menekankan teknologi termaju dan penambahbaikan produk yang berterusan dengan tumpuan khusus pada penyelesaian pintar, bersepadu untuk storan tenaga rendah-karbon.

Source: GCLSI
Keywords: Alternative Energies Environmental Products & Services Green Technology Oil/Energy Utilities Trade show news