omniture

Merentas Sempadan: Perkongsian Tempatan Inovatif Globevisa Bentuk Semula Landskap Imigrasi Global

Globevisa
2023-09-18 14:00 24
  • Dengan kehadiran di 96 negara, pemimpin penasihat imigrasi global mempunyai struktur perkongsian unik yang menggabungkan pemahaman tempatan dengan kecemerlangan global
  • Pendekatan kolaboratif memanfaatkan rangkaian tempatan untuk memahami pasaran yang pelbagai dan sokongan di lapangan untuk kumpulan pelanggan
  • Jawatankuasa terpencar dan pemimpin tempatan menyelaraskan misi firma dengan operasi serantau bagi menjadikan proses imigrasi lancar

SINGAPURA, 18 September 2023 /PRNewswire/ -- Globevisa, firma RCBI terbesar di dunia, memperjuangkan landskap imigrasi melalui struktur perkongsiannya yang inovatif. Berakar umbi dengan visi untuk memudahkan pergerakan dan penempatan global yang lancar, firma ini mendapat pengiktirafan atas kehadirannya yang meluas mencakupi 96 negara dan wilayah.

Dengan ibu pejabatnya yang terletak di Singapura, Globevisa menonjol dengan rangkaian 37 pejabatnya yang luas di seluruh dunia. Menggaji pasukan yang terdiri daripada lebih 800 ahli profesional berdedikasi, firma ini mengukuhkan kedudukannya sebagai peserta penting dalam pelbagai program imigrasi, menyaksikan jumlah permohonan yang ketara.

"Globevisa merupakan pintu masuk ke dunia buat mereka yang mencari peluang untuk berpindah jauh dari tempat asal mereka untuk membina hidup baharu untuk diri mereka sendiri. Semua orang yang berkhidmat dalam pasukan kami mempunyai komitmen bersama untuk menjadikan imigrasi kurang menakutkan untuk pelanggan kami," kongsi Henry Fan, Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif Globevisa, mencerminkan komitmen mereka untuk mengupayakan peluang penghijrahan yang pelbagai.

Struktur perkongsian Globevisa yang tersendiri mengambil pendekatan terpencar yang sinergistik. Rakan-rakan kongsi tempatan memfokuskan pada perundingan dan pengurusan pelanggan, manakala ketua-ketua serantau membentuk dasar dengan mengambil kira nuansa domestik. Dalam masa yang sama, ibu pejabat mengambil tanggungjawab terhadap jawatankuasa penting, termasuk perkhidmatan undang-undang, bagi membimbing keputusan yang penting.

Model ini berkembang secara organik sebagai respons kepada dinamik pasaran, membolehkan Globevisa mengembangkan jejak globalnya sambil mengekalkan kerelevanan budaya dan kecekapan operasi.

Ivan Yam, rakan kongsi tempatan Globevisa untuk Hong Kong dan Vietnam menekankan: "Apa yang membuatkan kami berbeza, ialah cara terperinci yang kami gunakan untuk menggabungjalinkan kepakaran tempatan. Saya mempunyai latar belakang dalam perbankan pelaburan, begitu juga kami mempunyai rakan-rakan kongsi yang memiliki kepakaran undang-undang dan pengurusan. Kami bersama-sama membina kepakaran antarabangsa yang teguh bagi menyediakan penyelesaian yang disesuaikan untuk setiap pelanggan."

Dengan akses yang tiada tandingan kepada rangkaian luas Globevisa, perkhidmatan undang-undang dan kecekapan operasi, rakan-rakan kongsi berpeluang untuk mempertingkatkan kebolehan mereka dan meningkatkan set kemahiran perundingan mereka.

Setakat ini, Globevisa telah memudahkan lebih 300 perundingan imigrasi disesuaikan, didorong oleh 70% rujukan pelanggan. Globevisa mencapai pertumbuhan tahunan (2020-2022) sebanyak 20% dan perolehan sebanyak AS$41J menjelang tahun 2022.

Source: Globevisa
Keywords: Banking/Financial Service Corporate Expansion New products/services