omniture

Perintis Pembayaran Asia Tenggara 2C2P Dedahkan 20 Tahun Pandangan Industri dalam E-buku Baharu

2C2P
2023-09-18 15:33 27

SINGAPURA, 18 September 2023 /PRNewswire/ -- Meraikan 20 tahun sebagai platform pembayaran global yang terkemuka di Asia Tenggara, 2C2P berpangkalan di Singapura teruja mengumumkan keluaran e-buku ulang tahun mereka, "Cracking the Payments Code."

Bahan penerbitan yang komprehensif memberi pandangan mendalam tentang evolusi pembayaran digital di rantau ini, disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif & Pengasas 2C2P, Aung Kyaw Moe (salah seorang daripada 100 Pemimpin Teratas bagi Fintech 2022 Fintech Magazine) dan para eksekutif penting yang lain.

"Sejarah 2C2P mencakupi transformasi digital sektor kewangan, pengguna dan runcit yang luar biasa," kata Aung Kyaw Moe. "Ketika kami meraikan kejayaan pada tahun ini, kami mendapat peluang yang hebat untuk merenungkan tentang beberapa peralihan teknologi, geografi dan alam sekitar yang paling penting yang mempengaruhi aspek pembayaran sejak 20 tahun yang lalu."

Impak Penting 2C2P ke atas Perniagaan dan Pengguna Asia Tenggara:

1.Infrastruktur pembayaran: 2C2P memainkan peranan penting dalam membangunkan dan mengekalkan infrastruktur pembayaran yang teguh, termasuk sistem pemprosesan transaksi selamat, gerbang pembayaran dan perkhidmatan mendapatkan peniaga.

2.Pilihan dan ciri peniaga: Menyediakan pelbagai jenis penyelesaian pembayaran, 2C2P memperkasa peniaga untuk menerima pelbagai kaedah pembayaran seperti kad kredit, kad debit dan saluran pembayaran alternatif seperti e-dompet dan BNPL; dan membolehkan pelbagai ciri seperti tokenisasi dan pautan pembayaran.

3.Penerimaan pembayaran digital: Sebagai penyokong utama pembayaran digital, 2C2P memudahkan peralihan daripada transaksi berasaskan tunai kepada pembayaran elektronik.

4.Pertumbuhan e-dagang: Mengupayakan pembayaran dalam talian yang selamat dan cekap, 2C2P menyumbang kepada pengembangan jangkauan peniaga dan pertumbuhan pasaran digital.

5.Inovasi dan persaingan: Dengan membuat penyesuaian yang berterusan kepada trend pembayaran yang semakin berkembang, 2C2P memacu persaingan pasaran dan memupuk inovasi dalam teknologi dan perkhidmatan pembayaran.

6.Pemecahan pembayaran: 2C2P menawarkan platform disatukan dan penyelesaian pembayaran rentas-sempadan, merapatkan jurang antara pasaran-pasaran yang berbeza.

7.Pematuhan dan sekuriti: Dengan penyelesaian antipenipuan yang paling komprehensif dan teguh serta protokol sekuriti yang terkini, 2C2P dapat menjamin sekuriti berbilion-bilion transaksi digital.

"Cracking the Payments Code", e-buku 2C2P ialah sumber yang berharga untuk golongan profesional industri, usahawan, pelajar dan sesiapa sahaja yang berminat untuk memahami transformasi digital dalam sektor pembayaran.

Muat turun e-buku di sini: https://bit.ly/CTPCebook-EN.

 

 

 

Source: 2C2P
Keywords: Banking/Financial Service Books Publishing/Information Service Retail New products/services