omniture

International Business School Suzhou di XJTLU sambut 10 tahun dengan majlis alumni

Xi'an Jiaotong-Liverpool University
2023-09-19 11:56 43

SUZHOU, China, 19 September 2023 /PRNewswire/ -- International Business School Suzhou (IBSS) di Xi'an Jiaotong-Liverpool University memulakan tahun ulang tahun ke-10 dengan majlis perjumpaan alumni pada 9 September.

More than 300 alumni, academic staff and industry leaders attended an alumni reunion at Xi’an Jiaotong-Liverpool University to celebrate the 10th anniversary of International Business School Suzhou (IBSS).
More than 300 alumni, academic staff and industry leaders attended an alumni reunion at Xi’an Jiaotong-Liverpool University to celebrate the 10th anniversary of International Business School Suzhou (IBSS).

Lebih daripada 300 orang alumni, kakitangan akademik dan pemimpin industri berkumpul untuk meraikan kejayaan sekolah, termasuk meningkat naik menjadi sekolah perniagaan berbahasa Inggeris yang terbesar di China dan memperoleh akreditasi "Triple Crown" (AACSB, EQUIS dan AMBA) yang mana hanya satu peratus sekolah perniagaan di seluruh dunia telah mencapainya.

Sebuah upacara penyampaian anugerah mengiktiraf tiga orang alumni yang memberi sumbangan yang luar biasa kepada perniagaan, masyarakat dan dunia akademik:

  • Usahawan dan pelabur wilayah Shaanxi Boyue Xing, yang berkelulusan BA dalam Pentadbiran Perniagaan pada tahun 2018, dinamakan sebagai Alumni IBSS Terbaik Tahun 2023 atas kepimpinan dan pencapaian perniagaan beliau.
  • Ketua HR Sirena Bai, yang berkelulusan MBA Antarabangsa pada tahun 2021, menerima Anugerah Sumbangan Cemerlang Alumni IBSS kerana menggalakkan kolaborasi antara IBSS dan AstraZeneca.
  • Lenda Huo daripada Amoy Diagnostics, MBA Antarabangsa (2018), menerima Anugerah Duta Terbaik IMBA kerana membimbing secara profesional pelajar IMBA ketika ini dan menyokong usaha pengambilan program.

Acara tersebut melibatkan perbincangan yang diketuai oleh panel pakar perniagaan dan akademik mengenai transformasi perniagaan digital, memajukan kepelbagaian jantina dalam lembaga korporat dan kepimpinan, Generasi Z di tempat kerja serta menyesuaikan diri dan berkembang maju dalam ekonomi global.

Di samping itu, eksekutif industri dan pemimpin membincangkan trend dalam bidang kewangan, keusahawanan, pembuatan, penjagaan kesihatan, kelestarian dan pertukaran rentas-industri.

Alumni yang menghadiri majlis tersebut menjelaskan sejauh mana belajar di IBSS memberi kesan ke atas mereka.

Siswazah MBA Antarabangsa 2019 Kirsten Johnston merupakan pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif agensi penjenamaan JWDK yang dimulakan oleh beliau di London dan berkembang ke Shanghai dan Hong Kong.

Selain daripada meningkatkan kemahiran perakaunan dan kawalan kewangan beliau, IBSS memberi pemahaman kepadanya, beliau berkata: "Sebagai seorang warga asing, penting untuk saya mempelajari lebih lanjut tentang perniagaan di China dan perbezaan budaya dari segi bagaimana kami melakukan sesuatu di UK."

Pemenang-Anugerah Alumni IBSS Terbaik Tahunan, Xing berkata bahawa modul keusahawanan meninggalkan kesan yang mendalam ke atas dirinya.

"Ia mengajar kami bahawa sebagai usahawan, kami memiliki tanggungjawab kepada masyarakat dan harus mempertimbangkan bagaimana perniagaan kami dapat menyumbang lebih daripada sekadar mengejar keuntungan," kata beliau.

"Mempunyai semangat keusahawanan penting dalam perniagaan dan melabur dalam kebajikan sosial dapat menghasilkan faedah yang tidak disangka-sangka untuk syarikat."

Source: Xi'an Jiaotong-Liverpool University
Keywords: Education Higher Education