omniture

IAC Group Selesaikan Pembiayaan Semula Nota Bercagar Senior

IAC Group
2018-04-24 20:20 298

LUXEMBOURG, 24 April 2018 /PRNewswire/ -- International Automotive Components Group S.A. ("IAC"), iaitu peneraju automotif dan mobiliti bertaraf global bagi penyelesaian dalaman ringan dan bahan baharu, dengan sukacitanya mengumumkan penutupan transaksi pembiayaan baharu olehnya melalui terbitan Nota Lien Kedua sebanyak $215 juta sehingga April 2023 kepada dana yang diurus oleh Gamut Capital Management, L.P. ("Gamut").

Hasil perolehan berserta wang tunai di tangan digunakan untuk menebus 9.125 peratus Nota Bercagar Senior IAC sebanyak $300 juta sehingga 1 Jun 2018. Melalui transaksi ini, Gamut turut memperoleh kepentingan ekuiti minoriti dalam syarikat.

Pembiayaan ini dapat mengukuhkan kunci kira-kira IAC dan menyediakan kefleksibelan kewangan untuk meneruskan strategi pelaburan IAC bagi menaik taraf asas aset dan melaksanakan projek-projek pelanggan.  

Perella Weinberg Partners LP bertindak sebagai penasihat kewangan IAC manakala Jones Day bertindak sebagai penasihat undang-undangnya. Jefferies Group, LLC bertindak sebagai penasihat kewangan Gamut and Paul, Weiss, Rifkind, Wharton & Garrison LLP bertindak sebagai penasihat undang-undang.

Latar Belakang IAC Group

Beribu pejabat di Luxembourg, International Automotive Components (IAC) ialah pembekal komponen dan sistem automotif yang terkemuka dunia, termasuk panel instrumen, sistem konsol, panel pintu, lapisan bumbung dan sistem atas untuk pengeluar kereta di seluruh dunia. Jualan oleh syarikat pada tahun 2017 dianggarkan mencecah $4.4 bilion. IAC Group mengendalikan lebih 50 kemudahan pengeluaran di 16 negara. Syarikat juga mempunyai lebih 60 jumlah lokasi di 19 negara, termasuk 19 pusat reka bentuk, teknikal dan komersial, serta menggaji lebih 22,000 kakitangan di seluruh dunia. Untuk maklumat lanjut, layari www.iacgroup.com.

Latar Belakang Gamut Capital Management

Gamut Capital Management, L.P. ialah firma pelaburan persendirian yang berpangkalan di New York yang mengurus $1 bilion aset yang memberi tumpuan kepada pasaran pertengahan. Gamut diasaskan pada tahun 2015 oleh Stan Parket dan Jordan Zaken yang mempunyai gabungan pengalaman pelaburan ekuiti persendirian selama lebih 35 tahun dalam pelbagai industri, mencakupi spektrum struktur ekuiti persendirian tradisional dan bukan tradisional yang luas, serta sepanjang kitaran ekonomi. Ahli-ahli profesional urus niaga kanan Gamut telah menjalankan pelaburan dalam lebih 30 syarikat di Amerika Utara dan Eropah. Untuk mengetahui lebih lanjut, sila layari www.gamutcapital.com.

Latar Belakang WL Ross & Co. LLC

WL Ross & Co. LLC ialah firma ekuiti persendirian yang mengkhusus dalam pasaran pertengahan, penstrukturan semula, belian habis, pemulihan dan keadaan tertentu. Firma ini dimiliki sepenuhnya oleh Invesco dan merupakan sebahagian daripada Invesco Private Capital Division.

 

Source: IAC Group
Related Links:
Keywords: Auto Banking/Financial Service Offerings