omniture

Keuntungan XCMG Melonjak tatkala Pemulihan Ekonomi Global Tingkatkan Permintaan terhadap Jentera Pembinaan

XCMG
2018-05-22 22:09 1348

XUZHOU, China, 22 Mei 2018 /PRNewswire/ -- XCMG (000425.SZ), pengeluar jentera pembinaan yang terkemuka di dunia, menyaksikan pendapatannya meningkat hampir empat kali ganda sepanjang tahun lalu tatkala pemulihan ekonomi dunia diteruskan manakala pelaburan infrastruktur di China meningkatkan permintaan terhadap peralatan termasuk pengorek, pemuat dan trak angkat susun. Syarikat ini, pengeksport jentera pembinaan terbesar China, meramalkan pertumbuhan kukuh pada tahun 2018 hasil penambahbaikan berterusan dalam pasaran global meskipun terdapatnya kenaikan geseran perdagangan antara Amerika Syarikat dan China.

XCMG’s Profit Surges as Global Economic Recovery Boosts Demand for Construction Machinery.
XCMG’s Profit Surges as Global Economic Recovery Boosts Demand for Construction Machinery.

Bagi tahun 2017, keuntungan bersih melonjak 389.31% kepada RMB 1.02 bilion, meningkat daripada RMB 208.6 juta tahun lalu, jauh melebihi pertumbuhan pendapatan sebanyak 72.46% yang disebutkan oleh syarikat dalam laporan tahunan sebelumnya. Pada tahun 2018, XCMG meramalkan jualan sebanyak RMB36.8 bilion, memperlihatkan pertumbuhan berbanding tahun sebelumnya sebanyak 26.3%.

"Walaupun peningkatan perlindungan dan pertambahan geseran China-A.S. dilihat menjejaskan ekonomi dunia, trend globalisasi tidak dapat dibalikkan semula, membolehkan XCMG meneruskan usaha peluasan globalnya," kata Wang Min, Presiden XCMG. "Dalam pasaran domestik, kami akan memanfaatkan kekuatan kami dalam kualiti produk dan saluran jualan bagi meluaskan bahagian pasaran dan kami akan berusaha menjadi 'pengeluar pintar' dengan melabur dalam teknologi dan kakitangan kami."

Pembuat jentera pembinaan Cina mendapat manfaat daripada pemulihan berikutan kitar menurun selama lima tahun, pada tahun 2011-2016, yang menyaksikan industri menyusut sebanyak dua pertiga daripada nilai puncaknya. Pada tahun 2017, pelaburan infrastruktur China meningkat dengan pantas tatkala ekonomi menjadi stabil, memberikan rangsangan kepada industri.

Meskipun prestasi cemerlang XCMG tahun lalu didorong oleh penggabungan industri yang mengukuhkan kedudukan pasaran syarikat, tumpuan utamanya ialah pertumbuhan luar negara yang kukuh.

Pada tahun 2017, XCMG menjadi pengeksport jentera pembinaan terbesar China ke rantau Asia Pasifik, dengan jualan melonjak 71%. Sementara itu, eksport-eksport ke lapan negara di Amerika Selatan meningkat 1.6 kali ganda manakala penyetempatan bertapak kukuh di benua ini dan syarikat mula menjalankan penyelidikan dan pembangunan (R&D) terhadap jentera pengorek tempatan. Di Eropah, produk kren XCMG popular di Jerman.

Jualan luar negara XCMG akan terus mendapat manfaat daripada Inisiatif Jalur dan Jalan China yang merangsang pelaburan infrastruktur di kawasan-kawasan sepanjang "Jalan Sutera" moden yang menghubungkan China dan negara-negara Eurasia.

XCMG akan terus meluaskan bahagian pasaran globalnya dengan menyasarkan wilayah-wilayah utama, meningkatkan pelaburan dalam penyelidikan dan perkhidmatan global serta mencari penemuan penting dalam pasaran-pasaran yang sofistikated di Eropah dan Amerika Utara.

Syarikat ini, pembuat trak kren dan penggelek jalan tugas berat yang terbesar di dunia akan mengukuhkan daya saing terasnya sekaligus turut meneroka peluang-peluang dalam industri-industri baharu seperti perlindungan alam sekitar. Di samping itu, XCMG akan banyak melabur dalam generasi teknologi maklumat seterusnya, sebagai sebahagian daripada strateginya untuk berubah menjadi "pengeluar pintar".

Latar Belakang XCMG

XCMG (000425.SZ) ialah sebuah syarikat pengilangan jentera berat multinasional yang melakar sejarah selama 74 tahun. Syarikat kini berada di kedudukan keenam dalam industri jentera pembinaan dunia. Syarikat turut mengeksport ke lebih 177 negara dan wilayah di seluruh dunia.

Layari: www.xcmg.com, atau halaman XCMG melalui Facebook, Twitter, YouTube, LinkedIn dan Instagram.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180521/2138569-1

Source: XCMG
Related Stocks:
Shenzhen:000425
Related Links:
Keywords: Auto Banking/Financial Service Transportation Earnings Earnings projections or forecasts