omniture

Venture Global LNG Umum Pembiayaan Tawaran Persendirian Tambahan sebanyak $160 Juta: Jumlah Pembiayaan Agregat Cecah $630 Juta

Venture Global LNG
2018-08-16 20:52 3479

ARLINGTON, Virginia, 16 Ogos 2018 /PRNewswire/ -- Venture Global LNG, Inc. mengumumkan ia telah mengumpulkan modal persendirian tambahan kira-kira sebanyak $160 juta daripada pelabur-pelabur institusi besar. Syarikat kini telah mengumpul sejumlah $630 juta untuk menyokong pembangunan projek-projeknya.

Hasil kutipan transaksi akan membiayai aktiviti-aktiviti pembangunan berterusan Venture Global LNG untuk kemudahan eksport LNG yang dicadangkan di Louisiana. Syarikat sedang membangunkan kemudahan Calcasieu Pass 10 MTPA di Teluk Mexico dan kemudahan LNG Plaquemines 20 MTPA di Sungai Mississippi menggunakan teknologi pencecairan berkecekapan tinggi dan berskala pertengahan yang disediakan oleh rakan kongsi strategiknya GE Oil & Gas, LLC, sebahagian daripada Baker Hughes, sebuah syarikat GE (BHGE).

Sebagai tindak balas kepada peningkatan modal, Ketua Pegawai Eksekutif Bersama Mike Sabel berkata, "Pelabur-pelabur baharu dan sedia ada mengiktiraf pelaksanaan berkualiti kami tatkala kami terus menandatangan perjanjian yang mengikat selama 20 tahun untuk tujuan pembelian LNG daripada projek-projek Calcasieu Pass dan Plaquemines kami. Senarai rakan kongsi bertaraf dunia kami yang semakin bertambah, termasuk Shell, BP, Edison S.p.A., Galp dan PGNiG, antara lain, berasa yakin dengan keupayaan kami untuk menyediakan LNG berkos paling rendah dari Amerika Utara."

Ketua Pegawai Eksekutif Bersama Bob Pender menambah, "Susulan penerimaan Draf Pernyataan Impak Alam Sekitar untuk projek Calcasieu Pass kami pada Jun lalu, kami bersiap sedia untuk mendapatkan kebenaran FERC kami dan permulaan pembinaan pada awal tahun 2019. Momentum kontrak untuk projek Plaquemines kami terus berkembang dan kami berharap dapat mengumumkan pencapaian tambahan dalam tempoh terdekat."

Latar Belakang Venture Global LNG

Venture Global LNG ialah penyedia LNG berkos rendah untuk jangka panjang yang akan dibekalkan daripada lembangan gas asli Amerika Utara yang kaya dengan sumber. Sistem proses pencecairan Venture Global LNG akan menggunakan suit produk yang amat cekap dan andal yang dibekalkan oleh GE Oil & Gas, LLC, sebahagian daripada Baker Hughes, sebuah syarikat GE (BHGE). Venture Global LNG membangunkan kemudahan Venture Global Calcasieu Pass 10 MTPA (di tapak berkeluasan kira-kira 1,000 ekar yang terletak di persimpangan Laluan Kapal Calcasieu dengan Teluk Mexico) dan kemudahan LNG Venture Global Plaquemines 20 MTPA (di tapak berkeluasan kira-kira 630 ekar di Plaquemines Parish, Louisiana, 30 batu di bahagian selatan New Orleans, Sungai Mississippi). Venture Global telah mengumpul modal sebanyak $630 juta setakat ini bagi menyokong pembangunan projek-projeknya. Maklumat lanjut boleh didapati di www.venturegloballng.com.

Source: Venture Global LNG
Keywords: Gas Oil/Energy Utilities