omniture

Pertubuhan Hak Persembahan Awam Berpangkalan AS Pro Music Rights Cecah 7.4% Bahagian Pasaran Jadikannya Pertubuhan Hak Persembahan Awam Ke-3 Terbesar di Amerika Syarikat

Pro Music Rights
2018-08-16 22:32 3544

Pro Music Rights -- Persatuan Hak Persembahan Awam kelima Di A.S. -- kini kawal 7.4% bahagian pasaran

MIAMI, 16 Ogos 2018 /PRNewswire/ -- Pro Music Rights ialah Persatuan Hak Persembahan Awam kelima seumpamanya yang dibentuk di Amerika Syarikat, sebuah persatuan yang mengawal 7.4% bahagian pasaran di A.S. dan memperlihatkan hasil kerja dengan penghibur yang begitu terkenal seperti Snoop Dogg, A$AP Rocky, Wiz Khalifa, Pharrell, Young Jeezy, Juelz Santana, Lil Yachty, MoneyBaggYo, Larry June, Trae Pound, Sauce Walka, Trae Tha Truth, Sosaman, Soulja Boy, Lex Luger, Lud Foe, SlowBucks, Gunplay, OG Maco, Rich The Kid, Fat Trel, Young Scooter, Nipsey Hussle, Famous Dex, Boosie Badazz, Shy Glizzy dan ramai lagi.


Pro Music Rights membayar 100% daripada kesemua Royalti Persembahan Awam terus kepada penghibur, penggubah lagu, penerbit dan pemegang hak yang layak secara sah yang telah menyertai Pro Music Rights secara bulanan. Jake P. Noch menubuhkan Pro Music Rights dan kini menjadi Ketua Pegawai Eksekutif semasa setelah mengalami sendiri isu-isu sistematik yang melanda bidang Hak Persembahan Awam. Isu-isu berkenaan telah mengekang keupayaan penghibur, penggubah lagu, penerbit dan komuniti kreatif secara keseluruhan untuk memperoleh mata pencarian.

Pro Music Rights bawakan jurutera dan penerbit yang memenangi Anugerah Grammy Paul Ring untuk menyandang jawatan Presiden Pro Music Rights.

Ring telah mengecapi kejayaan dalam tempoh yang panjang sebagai Presiden untuk dua buah syarikat rakaman terkenal yang telah diedarkan secara eksklusif melalui Universal Music Group sepanjang tempoh 23 tahun yang lalu. Tempoh berkhidmat Ring bermula pada tahun 1995 sebagai Presiden Private Eye Records yang melibatkan artis-artis legenda seperti Rick James, Cameo Gap Band dan James Brown. Pada tahun 2000, beliau melancarkan Bungalo Records, yang telah mengekalkan kekayaan dan kepelbagaian sejarah artis-artis dan penerbit-penerbit hebat termasuk Rodney Jerkins, DJ Quik, dan Patti LaBelle.

Pro Music Rights turut melantik Livio Harris sebagai Naib Presiden Kanan Operasi Global. Harris ialah seorang eksekutif syarikat hebat yang memulakan kerjaya beliau sebagai penyanyi/penggubah lagu dan mengikat perjanjian dengan syarikat rakaman utama pada tahun 1990 yang dikenali sebagai Uptown Records (syarikat rakaman untuk Jodeci, Mary J. Blige, Guy dan ramai lagi).

Dengan pengalaman beliau sebagai seorang artis, kemajuan biasa yang dialami Livio adalah mendaki kedudukan dalam industri selaku eksekutif yang telah mengumpul pengalaman industri selama lebih 30 tahun lamanya. Beliau telah meningkat maju daripada menjadi bekas artis rakaman, pengurus hiburan, eksekutif pembangunan artis, Naib Presiden Tier2 Films dan Naib Presiden Eksekutif Notting Hill Music Publishing.

Livio pernah bekerja dengan banyak syarikat muzik seperti Elektra Records dan Epic Records sebagai Perunding A&R. Livio turut mengendalikan dan membangunkan Notting Hill Music Publishing (A.S.) selama lebih 21 tahun. Livio telah diiktiraf untuk sejumlah besar katalog A.S. Notting Hill termasuk Will Smith, The Pussycat Dolls, Beyonce, Destiny's Child, Eminem, Outkast, Nelly, Michael Jackson dan DJ Khaled, antara lainnya.

Untuk Maklumat Lanjut mengenai Pro Music Rights layari: https://ProMusicRights.com

Petikan

Resnikoff, P. (2018, 3 Ogos). US-Based PRO Pro Music Rights Reaches a 7.4% Market Share. Diperoleh pada 15 Ogos 2018, daripada https://www.digitalmusicnews.com/2018/08/03/pro-music-rights-7-4-market-share/

About. (n.d.). Diperoleh pada 31 Julai 2018, daripada https://www.bmi.com/about

ASCAP Payment System. (n.d.). Diperoleh pada 31 Julai 2018, daripada https://www.ascap.com/help/royalties-and-payment/payment

FIND WORKS. (n.d.). Diperoleh pada 31 Julai 2018, daripada http://www.ProMusicRights.com/

Licensed Customers Login. (n.d.). Diperoleh pada 31 Julai 2018, daripada http://licensees.sesac.com/

Rights, H. G. (n.d.). Global Music Rights. Diperoleh pada 31 Julai 2018, daripada https://globalmusicrights.com/CatalogRequest

US-Based PRO Pro Music Rights Reaches a 7.4% Market Share – A2IM. (n.d.). Diperoleh pada 6 Ogos 2018, daripada https://a2im.org/forums/topic/us-based-pro-pro-music-rights-reaches-a-7-4-market-share/

Tag Topik: Pro Music Rights. (n.d.). Diperoleh pada 15 Ogos 2018, daripada https://a2im.org/forums/topic-tag/pro-music-rights/

"Richard Gora of Gora, LLC Announces Partnership with Pro Music Rights, LLC, the Third-Largest US PRO Representing Over 2 Million Copyrighted Publications." Digital Innovations in Facial Recognition: Interview (Includes Interview), 13 Ogos 2018, www.digitaljournal.com/pr/3895838?noredir=1.

Maklumat - https://mma.prnewswire.com/media/731345/Pro_Music_Rights_Infographic.jpg

Logo - https://mma.prnewswire.com/media/728013/Pro_Music_Rights_Logo.jpg

 

Source: Pro Music Rights
Keywords: Entertainment Music Publishing/Information Service Corporate Expansion