omniture

Bintang Handalan Amerika Post Malone sebagai Penghibur Utama Konsert Pasca Perlumbaan Yasalam Malam Khamis di Abu Dhabi Grand Prix 2018

Yas Marina Circuit
2018-09-26 20:40 412

ABU DHABI, Emiriah Arab Bersatu, 26 September 2018 /PRNewswire/ --

Litar Yas Marina dan FLASH Entertainment telah mendedahkan artis global keempat yang bakal mengadakan persembahan di Konsert Pasca Perlumbaan Yasalam tahun ini sebagai sebahagian daripada aktiviti hujung minggu FORMULA 1 2018 ETIHAD AIRWAYS ABU DHABI GRAND PRIX.

generated by system

Bintang handalan Amerika yang memenangi anugerah Billboard, Post Malone, disahkan sebagai penghibur utama di du Arena, Pulau Yas, pada hari Khamis 22 November.

Acara persembahan ini secara rasminya memulakan empat malam persembahan secara langsung yang menandakan 10 tahun Konsert Pasca Perlumbaan Yasalam yang hebat dan edisi ke-10 Abu Dhabi Grand Prix.

Post Malone, yang terkenal dengan lagu-lagu hit carta global beliau iaitu 'Rockstar' dan 'Better Now', turut serta bersama barisan penghibur yang sudahpun terkenal untuk Konsert Pasca Perlumbaan Yasalam yang lebih istimewa tahun ini.

Pada hari Jumaat, bintang handalan Kanada 'The Weeknd' akan membuat persembahan di du Arena, penyanyi UK Sam Smith akan muncul di pentas pada hari Sabtu, manakala legenda rock Amerika Guns N' Roses bakal melabuhkan tirai konsert pada hari Ahad.

Pemegang-pemegang tiket Abu Dhabi Grand Prix dapat menikmati akses kepada keempat-empat Konsert Pasca Perlumbaan Yasalam, dengan penaiktarafan kepada kawasan Golden Circle eksklusif, iaitu tempat terbaik untuk menyaksikan barisan artis membuat persembahan, disediakan dengan harga bermula dari AED 195.

Dengan tahun 2018 menandakan edisi ke-10 Abu Dhabi Grand Prix, para peminat perlumbaan dapat mengalami pelbagai cara yang baharu, menarik dan bernilai untuk menikmati aktiviti hujung minggu perlumbaan yang terbesar bagi tahun ini.

'Super Thursday' akan menjadi acara yang lebih besar dan lebih baik berbanding sebelum ini, yang mana para peminat berpeluang meluangkan lebih banyak masa untuk meneroka lorong pit, mengalami keterujaan perlumbaan di sekitar Litar dan menyaksikan persembahan oleh beberapa pertunjukan muzik terbaik yang cerah prospeknya.

Tahun ini, pemegang-pemegang tiket dapat menikmati diskaun 50 peratus bagi kemasukan umum ke Louvre Abu Dhabi yang menakjubkan mulai hari Khamis hingga Ahad.

Louvre Abu Dhabi menempatkan ratusan karya seni dan karya agung terkenal dari seluruh dunia. Ketenangan dan kedamaian galeri-galeri serta ruang terbuka yang direka dengan begitu terperinci menawarkan pengunjung dengan ketenangan daripada bunyi bising, orang ramai dan keseronokan yang hiruk pikuk di Litar Yas Marina.

Tiket-tiket disediakan dalam talian di http://www.yasmarinacircuit.com dan melalui Pusat Panggilan Litar Yas Marina (800-927) atau +971(0)2-659-9800.

Source: Yas Marina Circuit
Keywords: Entertainment Music Future Events