omniture

Aidemy Tawar Platform Pembelajaran Dalam Talian Mengkhusus dalam Pengaturcaraan Rantaian Blok

AIDEMY, INC.
2018-10-17 10:30 909

Aidemy platform pembelajaran bolehkan pelajar belajar bagaimana Bitcoin dan Rantaian Blok berfungsi gunakan latihan-latihan pengekodan Aidemy.

TOKYO dan SAN FRANCISCO, 17 Oktober 2018 /PRNewswire/ -- Menurut satu laporan yang disediakan oleh Satis Group Crypto Research (https://www.ccn.com/81-of-icos-are-scams-u-s-losing-token-sale-market-share-report/), sekitar 81% daripada bilangan keseluruhan tawaran awal syiling yang dilancarkan sejak tahun 2017 ternyata merupakan satu penipuan. Bagi menyelesaikan masalah ini, kursus "Rantaian Blok untuk Orang Baru" oleh Aidemy akan mendidik semua pelabur tentang segala aspek Rantaian Blok dan mata wang kripto yang amat penting untuk mencapai kejayaan. Pelajar-pelajar kini boleh belajar dengan mudah konsep Rantaian Blok melalui latihan-latihan pengekodan yang melaksanakan latihan "pelombongan", "Tambah urusniaga" dan "algoritma konsensus". Aidemy turut menyediakan satu persekitaran yang interaktif sepenuhnya, yang membolehkan pelajar-pelajar untuk berlatih pengekodan melalui pelayar web mereka sendiri.

Logo Aidemy Inc.
Logo Aidemy Inc.

"Kami akan menghapuskan halangan untuk menggabungkan teknologi dan industri. Setiap orang perlu mengetahui tentang Rantaian Blok khususnya mereka yang berada dalam industri-industri kewangan dan teknologi. Aidemy menyokong mereka yang mencuba untuk menyepadukan teknologi termaju dalam segenap aspek perniagaan mereka," kata Akihiko Ishikawa, Pengasas Bersama, Ketua Pegawai Eksekutif Aidemy Inc.

Harga: 3 kursus (Pengenalan kepada Python, Numpy, Asas Rantaian Blok) Secara Percuma

Latar Belakang Aidemy

Aidemy Inc bermula pada tahun 2014. Misi kami ialah "Membawakan teknologi kepada semua". Pada bulan Disember 2017, "Belajar AI Secara Pantas - Aidemy" dilancarkan di Jepun. Dalam tempoh 3 bulan, Aidemy mencapai kumpulan pengguna seramai 10,000 orang, dan lebih 1,000,000 kod dilaksanakan, menjadikannya salah satu perkhidmatan pembelajaran terbesar Jepun bagi teknologi canggih. Pengasas Bersama & Ketua Pegawai Eksekutif, Akihiko Ishikawa menamatkan pengajian dari University of Tokyo dan beliau merupakan pengarang "Mathematics of AI Programming" yang diterbitkan oleh KADOKAWA pada Februari 2018. Dengan harapan agar dapat membantu individu-individu menghindari unsur-unsur penipuan ICO, Aidemy kini menyediakan kursus Rantaian Blok kami kepada "Orang Baru Rantaian Blok" di AS.

Untuk maklumat lanjut:

Nama: Hinano Kadoya
No. Telefon: +81 80-6589-0268
Emel: Kadoya-h@aidemy.net

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20181012/2266138-2

Source: AIDEMY, INC.
Keywords: Computer Software Computer/Electronics New products/services Blockchain