omniture

SHAREit jalin kerjasama dengan Google Play bantu pastikan pengguna selamat apabila berkongsi aplikasi rakan-ke-rakan

SHAREit
2018-10-22 20:57 1004

BEIJING, 22 Oktober 2018 /PRNewswire/ -- SHAREit, satu platform penyampaian kandungan sehenti, bekerjasama dengan Google Play untuk menjadikan perkongsian aplikasi rakan-ke-rakan lebih selamat untuk semua pengguna SHAREit di seluruh dunia.

Lantaran data yang mahal dan sambungan internet yang lemah, ramai pengguna, terutamanya daripada pasaran-pasaran baru muncul seperti India, Indonesia, Afrika, Brazil dan sebagainya kadang kala mengalami masalah memuat turun aplikasi terus daripada Google Play. SHAREit, yang telah memperoleh lebih 1.5 bilion muat turun seluruh dunia, membolehkan pengguna berkongsi fail dan aplikasi dari satu telefon kepada telefon yang lain tanpa sambungan internet.

Pada bulan Jun, Google Play mula menambah metadata sekuriti kepada semua aplikasi dan kemas kini aplikasi bagi membantu mengesahkan kesahihan aplikasi daripada Google Play. Ini membantu memastikan pengguna selamat dan membolehkan pembangun mendekati audiens yang lebih luas, khususnya di negara-negara yang mana perkongsian aplikasi rakan-ke-rakan biasa dilakukan. Google memilih SHAREit sebagai salah satu daripada rakan kongsi aplikasi perkongsian rakan-ke-rakan yang pertama. Kini, apabila rakan-ke-rakan pengguna berkongsi aplikasi melalui SHAREit, Google Play akan berupaya menentukan kesahihan aplikasi yang dikongsi sewaktu peranti tidak disambungkan kepada internet, menambah aplikasi yang dikongsi melalui SHAREit kepada pustaka Google Play pengguna dan mengurus kemas kini aplikasi apabila peranti terhubung kembali dengan sambungan internet. Ini akan memberi pengalaman sekuriti yang dipertingkat kepada pengguna apabila mereka memasang aplikasi yang dipindahkan dari peranti lain melalui SHAREit.

Ini bermakna bahawa perkongsian aplikasi dengan SHAREit kini lebih selamat dengan fungsi sekuriti tambahan yang didatangkan dengan mana-mana aplikasi Play yang dipasang.

Mengulas tentang perkongsian berkenaan, En. Michael Qiu, Ketua Pegawai Eksekutif, SHAREit berkata, "Ini merupakan satu peluang yang amat menarik buat SHAREit untuk bekerjasama dengan Google Play. Kami berasa amat gembira kerana dapat menjadi antara aplikasi perkongsian rakan-ke-rakan pertama untuk memulakan penyepaduan program metadata sekuriti Google Play. Memandangkan SHAREit mempunyai lebih 1.5 bilion pengguna di seluruh dunia, kolaborasi ini akan membantu pengguna memastikan aplikasi mereka sentiasa dikemas kini dan menawarkan peluang-peluang pengagihan baharu kepada pembangun."

Selain beroperasi sebagai aplikasi perkongsian rakan ke rakan yang dipercayai, SHAREit turut muncul sebagai platform kandungan hiburan berorientasi pengguna yang mana ia menyediakan pelbagai kandungan video dan filem daripada rakan-rakan kongsinya kepada 400 juta pengguna Indianya serta 1.5 bilion pengguna seluruh dunia. SHAREit menyasarkan untuk menjadikan kandungan digital dapat diakses secara sama rata kepada semua individu tanpa mengira lokasi pengguna dan kualiti internet.

Menerusi penyepaduan ini, perkongsian dengan Google Play terus membuktikan bahawa SHAREit merupakan platform yang terkemuka dan paling dipercayai untuk penemuan, penggunaan dan perkongsian kandungan, khususnya dalam pasaran-pasaran baru muncul. SHAREit mengalu-alukan semua pembangun untuk berganding bahu dengan platform SHAREit dalam usaha menyediakan kandungan unik mereka kepada 1.5 bilion pengguna SHAREit.

Latar Belakang SHAREit

SHAREit Information Technology Co., Ltd. mengkhusus pada Pembangunan Aplikasi Internet Mudah Alih. SHAREit merupakan produk teras yang mana fungsi utamanya adalah untuk memindahkan fail-fail antara platform-platform berbeza tanpa sebarang caj data. SHAREit berkembang menjadi platform pengagihan bersepadu kandungan sosial yang paling bernilai dalam pasaran baru muncul. Ia turut menyediakan ekosistem hiburan bersepadu yang berorientasi pengguna, memberi kesan penting dalam bidang-bidang muzik, video, gambar, aplikasi dan sebagainya.

Source: SHAREit
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Mobile Entertainment Telecommunications