omniture

QNB Group: Keputusan Kewangan untuk Tahun Berakhir 31 Disember 2018

QNB Group
2019-01-17 11:11 958

DOHA, Qatar, 17 Januari 2019 /PRNewswire/ --

QNB, institusi kewangan yang terbesar di rantau Timur Tengah dan Afrika (MEA), mengumumkan keputusannya untuk tahun berakhir pada 31 Disember 2018.

generated by system

Keuntungan Bersih untuk tahun berakhir pada 31 Disember 2018 mencecah QAR13.8 bilion (USD3.8 bilon), meningkat sebanyak 5% berbanding tempoh yang sama tahun lalu. Jumlah aset meningkat sebanyak 6% dari Disember 2017 dan mencecah QAR862 bilion (USD237 bilion), nilai tertinggi yang pernah dicapai oleh Syarikat dan merupakan salah satu set keputusan terbaik dalam sejarah QNB Group.

Lembaga Pengarah telah mengesyorkan kepada Perhimpunan Agung tentang pengagihan dividen tunai sebanyak 60% daripada nilai saham nominal (QAR6.0 sesaham). Keputusan kewangan bagi tahun 2018 berserta pengagihan keuntungan tertakluk kepada kelulusan oleh Qatar Central Bank (QCB).

Pendorong utama kepada pertumbuhan jumlah aset adalah daripada pinjaman dan pendahuluan yang meningkat sebanyak 5% bagi mencecah QAR613 bilion (USD168 bilion). Ini dibiayai khususnya oleh deposit pelanggan yang meningkat sebanyak 5% bagi mencecah QAR617 bilion (USD169 bilion) dari Disember 2017. Keupayaan pengurusan liabiliti aset kukuh QNB membantu QNB Group menambah baik nisbah pinjaman kepada depositnya iaitu 99.3% setakat 31 Disember 2018.

Pemacu Syarikat ke arah kecekapan operasi menghasilkan penjimatan kos selain sumber janaan pendapatan yang mampan. Ini membantu QNB Group untuk meningkatkan nisbah kecekapan (nisbah kos kepada pendapatan) kepada 25.8%, daripada 29.1% tahun lalu, yang dianggap sebagai salah satu nisbah terbaik dalam kalangan institusi kewangan besar di rantau ini.

Nisbah pinjaman tak berbayar kepada pinjaman kasar berjumlah 1.9% setakat 31 Disember 2018, kadar yang dianggap sebagai salah satu daripada yang terendah antara institusi-institusi kewangan di rantau MEA, memperlihatkan kualiti tinggi rekod pinjaman Syarikat dan pengurusan risiko kredit yang berkesan. Dasar konservatif Syarikat berhubung peruntukan menghasilkan nisbah lindung sebanyak 104% setakat 31 Disember 2018.

Jumlah Ekuiti meningkat sebanyak 12% dari Disember 2017 bagi mencecah QAR88 bilion (USD24 bilion) setakat 31 Disember 2018. Pendapatan setiap Saham mencecah QAR14.4 (USD3.9), berbanding QAR13.7 (USD3.8) pada Disember 2017.

Nisbah Kecukupan Modal (CAR) Syarikat setakat 31 Disember 2018 berjumlah 19.0%, lebih tinggi berbanding keperluan minimum kawal selia Qatar Central Bank dan Basel Committee. QNB Group berjaya mengumpul tambahan QAR10 bilion sebagai nota modal Tahap 1 Tambahan bagi menyokong pertumbuhan aktiviti dan operasi Syarikat.

Statistik kumpulan

QNB Group menawarkan perkhidmatan kepada kumpulan pelanggan melibatkan lebih 23 juta pelanggan dengan lebih 29,000 sumber kakitangan yang beroperasi dari lebih 1,100 lokasi dan 4,400 ATM.

Source: QNB Group
Keywords: Banking/Financial Service Earnings