omniture

Kamado Joe Lancar Gril Baharu dan Perkenal 'Kebuk Asap' Inovatif Baharu

Kamado Joe
2019-03-21 08:48 2104

ATLANTA, 21 Mac 2019 /PRNewswire/ -- Kamado Joe, pengeluar inovatif disruptif kategori gril seramik, mengumumkan pelancaran dua gril gaya kamado baharu: Classic III dan Big Joe III. Gril III Series yang dinanti-nantikan ini adalah yang pertama menampilkan kebuk asap hiperbola penemuan ulung syarikat yang digelar 'SlōRoller'. Kebuk inovatif ini telah dibangunkan oleh sepasukan penyelidik Harvard, dan memaksimumkan rasa asap dan pengedaran haba dengan mengubah tekanan dalaman untuk menghasilkan aliran udara siklon yang optimum di dalam gril.

Kamado Joe Big Joe III Grill
Kamado Joe Big Joe III Grill

Classic III (MSRP: $1,599USD) dan Big Joe III (MSRP: $2,399USD) baharu akan tersedia di rakan kongsi runcit di seluruh dunia.

"Kami terus mencabar diri sendiri untuk membina gril terbaik yang pernah dibuat. III Series tidak terkecuali. Kami menggunakan bahan terbaik, sains terkenal di dunia, dan rakan kongsi global terkemuka untuk menyampaikan kepada mereka yang gemar memanggang sebuah grill gaya seramik yang mengungguli semua yang ada di pasaran," jelas Bobby Brennan, Ketua Pegawai Eksekutif Kamado Joe. "Ia bukan hanya baharu – secara saintifiknya ia lebih baik."

Kebuk Asap Hiperbola SlōRoller
Dibina dengan teknologi yang tidak pernah digunakan dalam industri pemanasan, SlōRoller memanfaatkan sains yang dipatenkan yang dibangunkan oleh Desora, sebuah pasukan penyelidik Harvard yang beralih untuk mengubah gril gaya kamado menjadi salah satu pemanggang yang paling optimum di dunia. Teknologi hiperbola SlōRoller pada dasarnya mengubah corak aliran udara di dalam gril, menyebabkan asap berputar sekitar lima hingga 20 kali lebih banyak berbanding gril-gril lain. Dengan mengedarkan asap dan haba dalam haba gelombang yang berputar dan berkitar semula, SlōRoller mengelilingi makanan dalam asap semasa mengedarkan haba dengan sama rata, menghasilkan rasa yang lebih baik dan sehingga pengurangan 80 peratus di kawasan-kawasan panas.

Siri Baharu Gabungkan Banyak Inovasi
Seperti pendahulunya, gril Classic III dan Big Joe III juga mempunyai cangkerang tebal, tahan haba yang mengepung asap dan kelembapan di dalam pada sebarang suhu. Kubah atas yang mudah dibuka termasuk Air Lift Hinge yang mengimbang balas dan kalis cuaca, bolong atas Kontrol Tower yang ultra-persis, manakala permukaan memasak yang besar di bawahnya dibuat daripada keluli tahan karat gred komersial 304. Gril III Series biasa juga didatangkan dengan Sistem Memasak Fleksibel Divide & Conquer® tiga tingkat dengan Keranjang Arang, FireBox Termaju Berbilang Panel, rak sisi aluminium bersalut serbuk tahan panas, roda keluli galvani tugas berat, dan laci abu tarik keluar yang dipatenkan untuk memudahkan pembersihan.

Selain siri grill baharu, Kamado Joe juga menambah rangkaian aksesori pemanggangan gred professional. Sisipan pizza DōJoe berbentuk baji, yang mengubah gril Kamado Joe Classic atau Big Joe menjadi oven pizza berprestasi tinggi, mewujudkan suasana yang optimum untuk kerak yang sempurna dan bahagian atas yang rangup.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang teknologi dan reka bentuk di sebalik SlōRoller, serta penambahan terbaharu Kamado Joe kepada barisan produknya, lawati kamadojoe.com.

LATAR BELAKANG KAMADO JOE
Berpangkalan di luar Atlanta, GA, Kamado Joe terus menyempurnakan gril kamado gaya Asia kuno. Kamado Joe berbangga untuk memodenkan gaya klasik gril dengan ketukangan yang tiada tandingannya, ciri-ciri yang lebih pintar, aksesori inovatif dan pelbagai permukaan memasak yang fleksibel. Dengan memperkenalkan portfolio produk baharu yang berkembang, Kamado Joe akan terus memacu inovasi memasak luaran sebagai peneraju pasaran menuju masa depan.

LATAR BELAKANG DESORA
Ditubuhkan oleh pelajar dan fakulti Harvard University untuk merintis masak memasak, Desora menggunakan sains, kejuruteraan, dan hasil terbukti untuk menjadikan masakan boleh diakses oleh semua orang. Memperkasa pengguna untuk menyempurnakan masakan mereka, rangkaian produk Desora yang berkualiti termasuk iKamand dan SlōRoller untuk gril Kamado Joe ProJoe, Classic III dan Big Joe III.

Hubungi: Zarina Cheves, 706-256-3859, zcheves@masterbuilt.com

Kamado Joe DōJoe pizza insert
Kamado Joe DōJoe pizza insert

 

The SlōRoller Hyperbolic Smoke Chamber
The SlōRoller Hyperbolic Smoke Chamber

 

Kamado Joe Classic III Grill
Kamado Joe Classic III Grill

 

Photo - https://mma.prnewswire.com/media/838039/KJ_Big_Joe_III.jpg  

Photo - https://mma.prnewswire.com/media/838040/DoJoe.jpg  

Photo - https://mma.prnewswire.com/media/838041/KAMADO807.jpg  

Photo - https://mma.prnewswire.com/media/838042/KJ_Classic_III_Lifestyle.jpg  

Logo - https://mma.prnewswire.com/media/838099/Kamado_Joe_Logo.jpg

Source: Kamado Joe
Keywords: Food/Beverages Household Products Household/Consumer/Cosmetics Retail Sports New products/services Outdoors/Camping/Hiking