omniture

Smart Contract Security Alliance Masukkan Pusat R&D Fujitsu dalam Keahliannya

Smart Contract Security Alliance
2019-03-21 18:58 1849

SAN FRANCISCO, 21 Mac 2019 /PRNewswire/ -- Smart Contract Security Alliance, sebuah kolaborasi para pemimpin industri yang mencadangkan piawaian keselamatan dan garis panduan bagi industri rantaian blok, menambah Fujitsu R & D Centre Co., Ltd. ke dalam keahliannya. Fujitsu R&D Center, syarikat kumpulan Fujitsu yang berpangkalan di China, merupakan institusi penyelidikan dan pembangunan pertama dengan status undang-undang bebas di China. Ditubuhkan pada tahun 1935, Fujitsu Limited ialah penyedia perkhidmatan IT terkemuka di Jepun, dan juga merupakan pemimpin dalam pembangunan Hyperledger.

Fujitsu Joins the Smart Contract Security Alliance with Quantstamp
Fujitsu Joins the Smart Contract Security Alliance with Quantstamp

"Fujitsu ialah sebuah syarikat IT yang telah lama bertapak dan berjaya yang telah membuat sumbangan utama kepada Hyperledger," kata Richard Ma, Ketua Pegawai Eksekutif Quantstamp and Pengasas Bersama Smart Contract Security Alliance. "Kami sangat teruja untuk memasukkan penglibatan dan kepentingan mereka dalam Hyperledger ke dalam kepakaran kolektif pakatan itu."

Walaupun syarikat-syarikat perusahaan biasanya berminat dengan aplikasi rantaian blok, kekurangan piawaian keselamatan telah menyebabkan banyak penerimanya yang berpotensi tidak menggunakannya. Aplikasi rantaian blok, seperti kontrak pintar, menawarkan potensi besar bagi syarikat di berbagai sektor kerana mereka dapat mencipta kecekapan dan menyelesaikan masalah yang tidak dapat diselesaikan oleh teknologi lain. Penting untuk menangani cabaran-cabaran keselamatan yang menonjol dalam penggunaan rantaian blok yang lebih luas melalui inisiatif seperti Smart Contract Security Alliance.

Smart Contract Security Alliance, yang diasaskan oleh Quantstamp, bekerjasama dengan pemimpin industri untuk membangunkan piawaian yang diterima untuk mencipta dan menilai keselamatan kontrak pintar dan aplikasi rantaian blok. Melalui pembangunan piawaian ini, Smart Contract Security Alliance bertujuan untuk membawa profesionalisme ke dalam industri rantaian blok dan memudahkan penerimaan arus perdana.

"Organisasi seperti Smart Contract Security Alliance adalah penting untuk membawa profesionalisme dan keselamatan ke dalam industri rantaian blok yang baru muncul," kata Kentarou Fuji, Naib Presiden Unit Pemasaran Global di Fujitsu Limited. "Kami tidak sabar-sabar untuk bekerjasama dengan rakan-rakan kami dalam perikatan untuk membantu industri ini mencapai potensi yang besar."

Keahlian Smart Contract Security Alliance termasuk Quantstamp, Layer X, NRI Secure, Blockgeeks, Modular Inc., dan National University of Singapore Crystal Centre School of Computing. Perikatan itu akan memberikan lebih banyak panduan kepada komuniti rantaian blok dan berkongsi pembelajaran yang berkaitan dengan keselamatan kontrak pintar.

Fujitsu Limited ialah ahli utama Hyperledger. Pada bulan Julai 2017, syarikat meningkatkan kelajuan urusniaga Hyperledger sebanyak 270% dengan meningkatkan komunikasi antara aplikasi rantaian blok dan rantaian blok yang mendasarinya. Fujitsu juga membangunkan "rangka kerja penghasilan rantaian blok" yang membolehkan perniagaan mengembangkan produk berdaya maju yang minimum (MVPs) dalam tempoh 5 hari. Jun tahun lalu, syarikat melancarkan produk "perkhidmatan asset rantaian blok" yang membolehkan perniagaan untuk memasarkan produk lebih baik kepada pelanggan berpotensi. Pada bulan Mac 2018, Fujitsu mengembangkan perisian yang mengesan kemungkinan kelemahan dalam kontrak pintar Ethereum.

Syarikat-syarikat keselamatan yang berminat untuk memajukan piawaian teknologi rantaian blok digalakkan menyertai Smart Contract Security Alliance dan mempunyai suara dalam masa hadapan keselamatan rantaian blok.

Pelajari lebih lanjut SmartContractSecurityAlliance.com atau berhubung terus hello@smartcontractsecurityalliance.com

Ketahui lebih lanjut tentang Fujitsu di fujitsu.com/global/

Foto - https://mma.prnewswire.com/media/838334/Fujitsu_Smart_Contract_Security_Alliance.jpg

 

 

Source: Smart Contract Security Alliance
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics High Tech Security Licensing/marketing agreements Blockchain Financial Technology